PROMOSI DISEMBER : COLLEGEN POWDER BELI 6 PERCUMA 1

images

Untuk pengetahuan semua collegen powder ni dilancarkan pada bulan jun 2012 yang lalu dan Inilah kali pertamanya Shaklee Malaysia mengumumkan promosi Collegen Powder ini.

Untuk pengetahuan semua walaupun produk ini baru berada di pasaran selama 6 bulan tetapi ia telah mendapat banyak sambutan dan hangat diperkatakan.

Shaklee Malaysia mengumumkan Promosi Shaklee BELI 6 PERCUMA 1. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut apa yang collegen ini boleh buat klik sini

Dengan harga Rm1428.00 ini anda mendapat 7 kotak collegen powder ini berbanding harga pasaran Rm298.00 sekotak. Disini anda telah mendapat penjimatan pembelian untuk 7 kotak collegen powder ini. Cuba tekan kalkulator berapa yang anda dapat jimatkan sekiranya anda membeli 7 kotak collegen powder ini. Hampir Rm600+..banyak tu yang anda dapat jimat….

Apa lagi jangan berlengah lagi jom dapatkan collegen powder sekarang

*********************************************************************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju.
Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House.
**********************************************************************************************************************************
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera
.

Susu ibu fakta atau mitos

Jurnal Perubatan The Lancet dalam artikel The World Forgotten Children tahun lalu mendedahkan, hampir 11 juta kanak-kanak akan mati sebelum mereka mencapai umur 5 tahun. Manakala lebih separuh daripada kanak-kanak ini iaitu dalam anggaran kira-kira enam juta orang, akan mati disebabkan penyakit yang selalunya mudah dicegah atau dirawat kesan tidak disusukan ibunya.
Bayi negara ini `tidak `ketinggalan’ kerana 58 peratus daripada kanak-kanak di seluruh dunia tidak menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada empat bulan terpenting dalam hidup mereka yang mana 25 peratus adalah kekurangan zat iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian kanak-kanak. Hakikatnya, lebih dua 2 juta kematian bayi berusia kurang lima bulan boleh dicegah menerusi proses sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi; penyusuan susu ibu yang lebih baik (1.3 juta) dan penyusuan badan lengkap (0.6 juta).
Mitos mengenai susu ibu termasuk:
* Susu kering – Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.
* Luka – Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.
* Penyebab sakit kuning – Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.
* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah – Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.
* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat – Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.
* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu – Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.
Faedah Susu Ibu:
* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.
* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.
* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.
* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.
BAGAIMANA SUSU TERHASIL
* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.
* Susu ibu `dilepaskan’ apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu’ bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.
* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.
* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.
Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon
Perlu mula seawal hamil
PENYUSUAN membekalkan pemakanan yang lengkap kepada bayi malah dapat melindungi bayi daripada jangkitan. Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang.
Namun, apakah persediaan yang harus dilakukan? Berikut antara panduannya:
Persediaan sejak hamil :
* Bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayi.
* Dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada profesional kesihatan.
* Belajar teknik betul untuk menyusukan bayi.
Mula sejam selepas kelahiran :
* Letakkan bayi atas dada ibu sekurang-kurangnya 10 minit supaya agar mendapat sentuhan kulit.
* Rapatkan bayi ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan dalam tempoh sejam selepas bersalin.
* Dapatkan bantuan daripada jururawat atau doktor untuk memulakan penyusuan susu ibu.
Susukan bayi dengan kerap dan ikut kemahuannya :
* Biarkan ibu sentiasa berada dengan bayi supaya bayi boleh disusukan seberapa kerap yang dikehendaki.
* Susukan bayi apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar (seperti membuka mulut, mencari payudara atau menangis).
* Susukan bayi siang dan malam sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.
* Jangan beri puting tiruan kepada bayi yang menyusu dengan susu ibu melainkan atas nasihat doktor.
* Pada usia bawah enam bulan, beri hanya susu ibu tanpa minuman atau makanan tambahan, termasuklah air kosong (melainkan atas nasihat doktor).
* Perhatikan tanda bayi menerima cukup susu seperti membuang air kecil enam hingga lapan kali sehari, membuang air besar setiap hari dan membesar mengikut berat badan normal mengikut carta pertumbuhan.
Perah susu :
* Berikan susu perahan sungguhpun sudah keluar bekerja. Berlatih memerah susu ketika cuti bersalin, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kembali bertugas.
* Ketika cuti bersalin latih bayi untuk menyesuaikan diri dengan susu perahan.
* Simpan susu perahan dengan betul.Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk (2 – 4 darjah Celsius) selamat digunakan oleh bayi dalam tempoh lapan hari.
* Rancang jadual kerja supaya ibu mempunyai cukup masa untuk memerah susu.
Jaga pemakanan ibu dan bayi :
* Teruskan penyusuan ibu walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap iaitu pada usia lebih enam bulan.
* Aturkan kerja rumah dan pastikan dapat tidur yang cukup.
* Makan makanan yang seimbang dengan tambahan satu sajian susu dan nasi atau bijirin lain.
* Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air minuman sehari.
Sokongan pasangan serta orang sekitar :
* Suami perlu berikan sokongan. Berikan perhatian kepada anak-anak lain ketika isteri sedang menyusukan anak-anak.
* Bantu isteri dengan kerja rumah.
* Dapatkan isteri makanan berkhasiat serta utamakan keperluannya.
* Majikan boleh sediakan tempat ibu memerah susu yang selesa serta peti ais di tempat berkenaan membolehkan susu perahan disimpan.
* Profesional kesihatan dan pengasuh kanak-kanak boleh menyokong penyusuan susu ibu dengan memberikan susu ibu saja kepada bayi apabila ibu mula bekerja.
* Oleh kerana kebaikan penyusuan susu ibu terbukti, maka galakan penyusuan susu ibu adalah amat diperlukan.
* Ibu mestikan berfikir secara positif dan tidak menganggap bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi selepas mereka kembali bekerja.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya hasheena73@gmail.com untuk pertanyaan dan lain-lain..

Atasi Masalah Haid Tidak Teratur dengan GLA

Irregular Periodatau kitaran haid tidak teratur adalah antara masalah yang tidak boleh dipandang remeh terutamanya bagi pasangan yang ingin menimang cahaya mata. Kerana ini sedikit sebanyak menjadi faktor ketidaksuburan di pihak isteri.

Kenapa perlu mempunyai kitaran haid yang teratur?
Ovulasi berlaku semasa kitaran haid iaitu pada hari ke 14 dari hari pertama kedatangan darah haid. Kitaran haid (period cycle) yang teratur setiap bulan memudahkan untuk anda mengetahui waktu subur dan merancang untuk mendapatkan anak.
Apakah keistimewaan Shaklee GLA Complex berbanding Evening Primrose Oil (EPO) jenama lain?
Evening Primrose Oil diambil daripada bunga evening primrose (EP). Benih bunga liar EP mengandungi sehingga 25% asid lemak penting termasukLinoleic Acid (LA) dan Gamma-Linoleic Acid (GLA). Asid lemak mempunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutamanya wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8% GLA complex.


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
(sumber)
Nak tahu lebih lagi tentang GLA, klik SINI.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat? Hubungi saya di hasheena73@gmail.com atau SMS ke 012-8844580 (Hasheena) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut

16 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG BAYI BARU LAHIR

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
    Sumber persatuan ibu comel mengandung
    Berminat untuk pengambilan shaklee set bersalin boleh hubungi saya di 0128844580 atau emai saya di hasheena73@gmail.com
    Setiap pembelian daripada Sheena E Shop House akan mendapat konsultasi percuma…

Pernah dengar tentang OVARIAN CYST?

Mungkin ada di antara kita yang kurang faham lagi tentang Ovarian Cyst ni walaupun telah ramai di antara kita yang kena benda ni terutamanya bagi kaum wanita.
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
ngeri bila tengok gambar ni…

Jenis-Jenis Cyst

======================================================================
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
GLA complex
==================
Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
Testimoni pelanggan yang telah menggunakan GLA
Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com. Setiap pembelian daripada Sheena E Shop House akan mendapat konsultasi percuma!!!
Credit