Pemerahan susu apa yang perlu anda tahu?

Ramai sedar tentang kebaikan penyusuan susu ibu namun ramai yang tidak tahu tentang pemerahan susu Ibu.
 

Jangan kecewa jika percubaan pemerahan pertama anda membuahkan hasil yang tidak memberangsangkan. Jadi anda kena kerap pam kerana dengan kekerapan anda mengepam akan membantu menghasilkan pengaliran lebih banyak susu.

Pastikan anda mengepam mengikut waktu yang sama sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Bagi ibu-ibu yang bekerja, anda perlu mengepam pada waktu-waktu biasa bayi anda menyusu tetapi masa yang ada gak terhad dan saya cadangkan anda mengepam pada jam 10 pagi, 1 tengah hari dan 4 petang.

Bagi memastikan pengaliran susu berjalan dengan lancar, faktor pemilihan tempat mengepam adalah amat penting. Pilihlah lokasi yang sesuai, sunyi dan selesa. Antara lain anda juga digalakkan untuk merenung foto ataupun mendengar rakaman suara bayi menangis. kedua-dua alat ini sedikit sebanyak membantu pengaliran susu badan.

Sebelum mengepam pastikan anda minum air terlebih dahulu dan sebaik-baiknya air suam.

Tuamkan payudara anda dengan tuala yang direndam dengan air suam dan urut perlahan-lahan.

Susu perahan boleh disimpan dalam botol susu, bekas plastik dan bekas kaca. Labelkan setiap perahan anda dan jangan lupa letak tarikh dan waktu mengepam.

Simpan susu yang diperah mengikut kuantiti yang biasa diminum oleh bayi anda untuk mengelak pembaziran.

Setelah susu diperah, ia hanya boleh bertahan  sehingga 4 jam dalam suhu bilik dan adalah lebih baik anda menyimpan dalam peti sejuk. Susu yang disimpan di peti sejuk boleh diguna pakia antara 48 jam sehingga 72 jam. Untu lebih tahan lam sehingga 3 bulan, anda boleh menyimpannya di dalam bahagian peyejuk beku.

Susu yang disimpan di bahagian penyejuk beku perlu dipanaskan mengikut suhu badan, jadi anda hanya perlu merendam botol tersebut dengan bekas yang mengandungi air suam. Langkah merebus ataupun memanaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro akan merosakkan komponen susu tersebut dan juga boleh menyebabkan lidah bayi melecur semasa ia meminumnya.

Selain daripada meminum air yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang anda juga perlu memakan jenis-jenis makanan yang lain untuk menambah kuantiti susu seperti daun kucai, barli, longan, halba, peria lobak putih dan lain-lain.

Atau anda juga boleh mengambil vitamin yang boleh membantu anda meningkatkan kualiti dan kuantiti susu anda sebagai contoh shaklee.

Set penyusuan Shaklee lengkap dan selamat digunakan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi….

 

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Advertisements

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja

ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Masa untuk mula memerah susu ibu

Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.

Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.

  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.

  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.

Pusing dan perah dari semua arah.

Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.

Menyimpan susu yang telah diperah.

  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.

  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.

  • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:

Masa Menyusu
Hari 1 – 3
Hari 4 – 6
Hari 7 – 9
Hari 10 – 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pg Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pg Susu ibu Susu yang diperah Susu yang diperah Susu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 – 1.30 tgh Susu ibu Susu ibu Susu yang diperah Susu yang diperah
Minum Petang 2.00 – 4.00 ptg Susu ibu Susu ibu Susu ibu Susu yang diperah

Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House.

credit
********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse