Cegah risiko penyakit 3 serangkai jantung, diabetes & darah tinggi

Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.
Anda perlu cakna tentang kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang mempunyai gaya hidup kurang sihat (makan lewat malam, tidur lambat dan merokok), berat badan berlebihan, mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit 3 serangkai dan berusia 30 tahun ke atas. Anda perlu ambil langkah pencegahan bagi mengelak risiko penyakit 3 serangkai iaitu jantung, diabetes & darah tinggi.
jantung
1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL
Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun. Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG
Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak. Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!
3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN
Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah. Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru. Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.
4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat. Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda mencukupi supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.
5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS
Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.
Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.
Vivix Shaklee adalah supplemen yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient. Sumber resevratrol dan phytonutrient ini adalah dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi. Vivix juga kaya dengan polifenol. Polifenol terdapat dalam pelbagai tumbuhan seperti buah, sayur dan teh herba. Polifenol adalah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik.
credit

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

GLA Complex vs Evening Primrose Oil

Ada yang pernah bertanya, Shaklee ada EPO (Evening Primrose Oil) atau tidak?


Jawapannya, ADA!

Suplemen Evening Primrose Oil, atau dengan nama singkatan nya EPO, amat masyhur di kalangan wanita. Ada yang menggunakan sejak dari muda, ada yang mengamalkan bila dah berusia, terutama apabila hampir-hampir menopause, dan tidak kurang juga yang menggunakan setelah berumah tangga, untuk menstabilkan hormon kewanitaan. Pendek kata, ada sesetengahnya yang berkata, “Kalau tak ambil suplemen lain pun takpalah, asalkan jangan skip makan EPO”. Begitu sekali impak EPO kepada kaum wanita!

Di Shaklee, kami tidak mempunyai vitamin yang di panggil EPO, namun, Shaklee ada vitamin yang lebih baik daripada EPO, yang dikenali sebagai GLA Complex. Owh ya, dalam GLA Complex ini, turut ada kandungan Vitamin E yang asli dan Minyak biji matahari.

GLA ialah singkatan bagi Gamma-Linelonic Acid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.

Kenapa kami konfiden yang GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran? Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA – gamma-linolenic acid.

Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. Jika anda tahu apa kandungan EPO, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang GLA bukan, kerana EPO kaya dengan sumber GLA.

Tips :
♥ Ambil sebiji GLA Complex sebelum tidur, kerana ia dipercayai dapat membantu memecahkan lemak tatkala kita sedang tidur.
♥ GLA juga bagus untuk kesuburan, kecantikan kulit dan kestabilan hormon.
♥ GLA juga bagus utk mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex
•Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

•Membantu meningkatkan kesuburan – for those trying to conceive baby!

•Melegakan PMS (sindrom pra-haid) – abdominal pain, breast pain

•Membantu dalam menangani menopus

•Menguatkan kuku dan rambut

•Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

•Membantu menangani ekzema

•Melegakan simptom akibat artritis reumatoid

•Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

•Menguatkan imuniti tubuh

•Memperlahankan proses penuaan

•Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung

•Mengawal kencing manis dan darah tinggi

•Mengawal kolesterol

•Untuk fungsi saraf

source: alinalan & Shaklee Malaysia

*******************************************

Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Kaitan Diabetes (Kencing Manis) dengan Sakit Jantung & Darah Tinggi

Kaitan Diabetes (Kencing Manis) dengan Sakit Jantung & Darah Tinggi

Kita biasa degar tentang penyakit 3 serangkai ni kan terutama kepada golongan berusia. Kalau ada kencing manis biasanya didatangkan sekali pakej dengan darah tinggi dan sakit jantung.
 
 
 
Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.
Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.
 
Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iitu Co-Q10.
Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.
Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.
 
Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya.
 
Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.
 
Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.
Vitamin yang disyorkan untk diabetes:
>>B COMPLEX
>>VITA-C
>>VITALEA
>>VITA – E (antikoksida)
PERHATIAN : Sekiranya doktor telah pun memberikan ubat, sila teruskan pengambilan ubat dan jangan berhenti sehingga diminta berbuat demikian. Walau bagaimanapun, pengambilan supplemen mungkin dapat membantu menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat.
 

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse