Cara Atasi Perut Buncit, Menggeleber Dan Berselulit Selepas Bersalin

perut

Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.

Kenapa wanita lepas bersalin mengalami masalah perut buncit, menggeleber dan berselulit?

Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan olehdiastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.

perut (1)

Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ  dalam badan dan bukannya otot perut.  Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah. Bagi membetulkan masalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting.

Sebannyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas dimana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya. Selain itu, peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya. Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kanji, manis, berlemak dan masin bagi mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, minum banyak air supaya kulit akan lebih elastik. Anda juga boleh menyapu produk seperti Bio Oil sejak trimester pertama lagi bagi mengekalkan lembapan dan elastisiti kulit. Bagi anda yang telah lama mempunyai rekahan kulit, bukannya tiada harapan lagi untuk menghilangkannya. Warna rekahan akan beransur-beransur menjadi lebih pudar dengan masa dan tidak akan kelihatan jelas lagi (nak menyedapkan hati sendiri ).

Dengan shaklee anda boleh atasi masalah STRETCH MARSK dengan pengambilan ESP.

Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin 

  1. SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  2. BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  3. BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  4. KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  5. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  6. BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  7. DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

esp dan selulit

Bagaimana supplemen Shaklee membantu?

Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja – ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah kebaikan dan fungsi ketiga2 vitamin ini dalam menangani msalah anda?

Lecithin

– Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
– Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
– mengawal penggumpalan platlet darah.
– Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
– Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
– Untuk metablisma lemak.

Herba Lax
 
– mercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
– membantu masalah sembelit
– tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
– kempiskan perut
– membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.

Alfafa 

~ Bertindak seperti kacip fatimah
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa haid.
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
~ Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:
 Facebook : Hasheenabeevi ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: hasheena73@gmail.com
Blog: https://kedaivitaminku.wordpress.com

Sms / call/ whatsapp: 019-8668615
Pages Facebook : Health and you

credit…

Advertisements

Jadual pengambilan Shaklee dan pantang larang

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Bagi setiap pelanggan Sheena E Shop House, saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :

Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :

Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :

Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:

Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex

Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP

Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa

Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP

Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E

Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 biji selapas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi

  1. Alfalfa bersama Vitamin E – Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron – Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
 credit

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Pantang Larang Pengambilan Supplemen Zat Besi

Zat besi selalu dan amat sesuai diambil oleh orang yang mengalami tekanan darah rendah atau kurang sel darah merah. Ini kerana zat besi membantu pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Malah pengambilan zat besi mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang. Namun, info dah maklumat berguna tentang cara mengambil zat besi membantu mengoptimumkan penyerapan zat besi dan mengurangkan kesan yang tidak sepatutnya.

Pantang Larang Pengambilan Supplemen Zat Besi

1. Dos untuk zat besi untuk wanita mengandung adalah 27mg dan untuk orang biasa 18mg. Jadi jangan ambil pada dos berlebihan untuk mengelakkan pedih perut atau sembelit.

Vita Lea Shaklee mengandungi 9mg Zat Besi untuk 1 tablet dan 18mg Zat Besi untuk 2 tablet.

2. Elakkan pengambilan antibiotic seperti ciprofloxacin, doxycycline, norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas menelan pil suplemen yang mengandungi zat besi.

3. Makanan seperti boleh menggganggu penyerapan zat besi seperti ikan, daging merah dan hati. Oleh itu pengambilan suplemen zat iron harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan tersebut.

4. Makanan jenis tenusu juga seperti susu, mentega dan keju boleh menghalang penyerapan zat besi. Elakkan juga mengambil pil kalsium atau supplemen mengandungi kalsium atau antacid (‘ubat angin’) bersama supplemen zat besi kerana ia menghalang penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

 

Diharap perkongsian ini membawa manfaat. Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan dengan yang lain.

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Pantang Larang Ketika Hamil

Assalamualaikum bakal-bakal mama diluar sana..selamat pagi!


Betul ke ada pantang larang untuk mama yang sedang hamil ni? Tak pasti la kesahihannya.

Ada orang tua-tua dulu kata, tak boleh menjahit dan menganyam nanti tali pusat terbelit. Erm kadang-kadang terlepas jugak buat semua tu masa mengandungkan anak pertama dulu. Kandungan 4 bulan masa tu bulan puasa plak. Memang terlepas jugak nganyam ketupat, ada jugak nak dekat 50 helai daun dah buat. Bila ada orang tua datang rumah kena tegur, ish ko jangan nganyam nanti terbelit anak ko pulak nanti. Terkejut jugak sebab baru 1st time dengor. Terus stop. Baik2 plak makcik-makcik ni sambungkan..terima kasih la ye..Tapi alhamdulillah, anak lahir selamat aje, padahal dah banyak juga nganyam. Pasal jahit tu pun dah terlepas jugak pernah nak menjahit baju dan bantal yang koyak. Alhamdulillah senang lahir. Sampai-sampai hospital dah bukak 7cm, 3 jam lepas tu terus lahir. Erm, kadang-kadang nak percaya boleh tapi jangan sampai taksub sangat kan. Kita bukan buat benda jahat pun..

Ada juga yang kata tak boleh siang ikan, sejauh mana kebenarannya tak boleh lah nak fikirkan sangat. Sebab saya dulu pun kena juga siang ikan masa ngandungkan anak sulung dulu. Niat kita nak masak untuk suami dan nak beri anak didalam kandungan sihat. Kalau ada ahli keluarga yang lain di rumah boleh tolong masakkan ataupun suami orang kaya yang boleh amik orang gaji takper la kan. Kalau memang duduk sendiri macam mana nak gayakan tu. Yang penting niat kena betul yer tak? Kalau mcm tu order saja fast food hari-hari. Sanggup ker. hehehe..Masa mengandung dulu saya memang suka memasak, hari-hari nak masak lain-lain. Memang tak ada alah bab-bab masak ni. Agaknya nanti anak nak jadi chef selebriti terkenal agaknya. hehe..mudah-mudahan..Walaupun baby boy, mana tau jadi chef boleh tahan jugak. Berangan aje lebih..:P

Ada juga yang kata jangan mandi malam, nanti susah nak beranak. Orang kata nanti kembar air. Tapi yang terjadi pada seorang kawan saya dia mengalami kembar darah. 4 hari di hospital tak beranak-beranak. Sebab dia kata dia suka mandi malam. dah feveret katanya. Wallahualam. Kalau boleh dielakkan elakkan la. Sebab kita pun walaupun tak pregnant memang tak elok mandi malam. Dada sejuk nanti. Mudah kena paru-paru berair. Tapi kalau yang kerja balik malam tu apa nak buat. Nanti busuk plak hubby cakap. Tapi sekadar mandi basah-basah aje cukup la..tak yah la sampai nak berendam lama-lama. betul tak?

Ada yang kata kalau nak potong apa-apa jangan secara terbalik. Nanti anak songsang. Ini pun tak tau lah sejauh mana kebenarannya. Sebab belum pernah tarjadi pada sesiapa. Pernah dengar orang cakap aje.

Ada juga yang kata tuala jangan letak kat leher. Nanti anak terbelit tali pusat. Disebabkan saya sekarang sedang mengandung anak kedua. Saya selalu juga terlepas buat mcm tu sebab nak mandikan anak sulung. Mudah-mudahan tak terjadi lah.

Ada juga yang kata tak boleh potong rambut, takut nanti kena bedah. erm yang ni saya tak percaya. Sebab dulu masa ngandung anak sulung masuk 6 bulan, memang badan sentiasa panas. Kipas kalau boleh nak dekat aje bila tidur malam. huhu. Merungut kat suami nak potong rambut. Suami tak suka saya rambut pendek. Tapi kita dah panas sangat suami iyerkan aje. Nanti baby dah lahir lama-lama panjang balik rambut, masih boleh diikat lagi untuk waktu berpantang nanti. Alhamdulillah lahir normal jugak. 🙂

Ada juga yang kata jangan tengok citer-citer aksi dan seram-seram. Tak elok kalau ibu-ibu terkejut. Erm yang ni saya nak bagi sedikit pandangan lah. Buat ape lah nak tengok citer-citer yang mcm ni kan. Elok kita banyak baca al-quran dan berzikir. Boleh kalau nak tengok citer-citer mcm ni tapi jangan terlampau sangat. Sikit-sikit bolehlah. Kalau tengok selalu kalau dah terbayang-bayang dalam mimpi kan tak elok juga tu. Yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah.

Dulu pun masa pregnant dulu, saya pun kadang-kadang taknak buat itu taknak buat ini, was-was bila nak buat sesuatu time pregnant. suami selalu tegur, jangan ‘yang’. ‘Awak tak boleh pikir-pikir sangat bila buat sesuatu tu. Yang penting niat tu. Kalau niat tak baik, tak baik lah jadinya’. betul jugak tu..huhu~

Tentang bab pemakanan pula, kalau rasa makanan tu tak berapa elok tak perlulah makan. Macam nenas buahnya tajam. Durian pula orang kata panas, sikit-sikit boleh la takut nanti mengidam pula. Elakkan buah-buahan yang sejuk. Buah-buah yang lain pula makanlah ikut keperluan tubuh. Yang ada khasiat untuk bayi dalam kandungan.

Tentang bab minuman pula, pun macam tu. Orang kata tak elok minum air kelapa muda di awal kandungan tapi elok di akhir-akhir pula. Erm macam tu kita boleh la ikut. Pernah dengar banyak citer jugak tentang air kelapa muda ni. Kalau rahim tak kuat takut gugur pula. Banyakkan minum air barli dan soya. Bagus untuk sesiapa yang ada gastrik dan elok untuk minda bayi. Kalau boleh buatan sendiri bukan dalam kotak, banyak kandungan gula aje. Takut nanti kena kencing manis dan darah tinggi pula. Masa belum mengandung takde apa-apa penyakit pula ye tak. Masa mengandung ni boleh ada pula. Biasa la tu pembawakan budak. 🙂

Bentuk perut petunjuk jantina bayiTerdapat andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala, bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan.

Secara jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang dimaklumkan. Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan sebagai andaian.

Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.

Minum kopi punca tanda lahir

Perlu ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari ia tidak akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.

Bayi perempuan ‘curi’ kecantikan ibu

Akibatnya ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan. Hakikatnya, wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan.

Barangkali juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas dan gangguan hormon. Perlu diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi yang dapat menentukan jenis janin.

Elak jumpa orang cacat

Tatkala bertemu dengan seseorang yang berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan berasa bimbang. Ada juga saudara mara yang minta anda menghindari dari bertemu dengan golongan sebegitu.

Alasannya bimbang janin akan terkenan dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan bimbang, hal sebegitu tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk wajahnya hanya dengan melihat sesuatu yang buruk.

Sebaiknya dari awal lagi, amalkan membaca surahsurah pilihan untuk membantu ibu sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan. Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor agar janin dalam kandungan sihat dan selamat.

Gemar makan asam tanda dapat anak lelaki

Ada juga yang menyatakan ibu hamil yang gemar memakan coklat akan melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang mahukan bayi lelaki akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda.

Sabar ya bakal ibu! Tiada jaminan perubatan yang dapat menentukan keinginan makan sesuatu boleh menentukan jantina pada janin anda.

Bayi berambut buat ibu panas

Ianya hanyalah mitos, hal ini kerana gejala panas dalam adalah biasa buat wanita hamil. Terutama di akhir trimester, apabila janin mula memberikan tekanan kepada organ ibunya.

Ibu hamil perlu mengelakkan makan sambal

Dikatakan mengambil sambal berlebihan boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu diketahui cili bukan punca kepada kebotakan. Namun, ibu masih perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas agar ibu dapat mengelakkan berlakunya masalah cirit birit.

Jangan makan nanas

Wanita hamil juga sering kali diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun asam. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keputihan, keguguran dan meningkatkan lendir pada paru paru bayi malah ada yang menyatakan ia boleh menyebabkan bayi kuning.

Perlu diketahui, nenas kaya dengan vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko jangkitan kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan iaitu lebih dari 1000mg/hari ia mampu mencetuskan masalah kesihatan yang lain terutama pada anda yang sensitif.

Jangan duduk di muka pintu

Kata orang tua ia boleh menyebabkan ibu sukar melahirkan. Hal ini kerana, perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan orang. Perlu diingat, pintu merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu perlu menghindari daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka sejuk dan berangin. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran secara pembedahan.

Ibu hamil degil akan bermasalah

Ada yang memaklumkan jika bakal ibu tidak mahu mengikuti pantang larang yang diberikan bermakna bakal ibu akan dilanda masalah. Seharusnya bakal ibu jangan marah, ucapkan terima kasih dengan pandangan yang mereka berikan.

Namun, pandangan yang tidak boleh diterima, tidak perlu disimpan dalam hati sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa baik atau buruk perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.

Walaupun pelbagai mitos telah dikemukakan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub sehingga menyebabkan perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria


Yang penting bersederhanalah dari semua hal. Banyak sangat pun tak boleh, sikit sangat pun tak boleh. Jadi pilihlah yang tengah-tengah. Ikut sunnah nabi.

Sebenarnya yang penting masa mengandung ni, percakapan, perbuatan dan yang paling penting hati semuanya kena jaga. Kalau boleh, buatlah perkara yang elok. Jangan terlalu beremosi dan jangan terlalu taksub akan sesuatu. Perbanyakkan amalan semasa mengandung. Istighfar selalu kalau terkejut dan ternampak sesuatu, dan bukannya sumpah seranah. Niat yang baik kerana Allah pasti datangnya yang baik juga. Amalkan surah-surah yang elok untuk kandungan. Amalkan 5 perkara ni sebelum dan selepas:

  • Jaga tutur kata setiap hari
  • Banyakkan selawat dan membaca Al-Quran
  • Menjaga hubungan baik sesama insan
  • Jaga pemakanan, makan makanan yang berkhasiat..
  • Banyakkan bersedekah…

Bila nak dekat-dekat bersalin, minta lah maaf dengan semua orang lebih-lebih lagi dengan suami. Amalkan surah Maryam untuk memudahkan persalinan nanti dan banyakkan makan kurma untuk anak sihat dan bijak. Amalkan juga surah Yusof untuk anak cantik. Dan banyak lagi surah-surah yang elok untuk diamalkan. Boleh search di internet.

Jadilah orang yang berilmu.
 
credit

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse