Rahsia Kulit Sihat Dan Cantik Tanpa Jeragat

Ada seorang customer yang alami perubahan kulit muka terutama selepas melahirkan anak sulung. Mukanya penuh dengan jeragat atau bintik-bintik coklat. Kebiasaannya, ibu-ibu yang tiba-tiba mendapat jeragat ni berpunca dari perubahan hormon. Selain itu, penyebab lain kepada pembentukan jeragat ialah kulit wajah yang terdedah secara langsung kepada sinaran matahari tanpa apa-apa krim pelindung.

Ni har contoh gambar jeragat..

Dan seperti yang kita sedia maklum, nak hilangkan jeragat ni bukan mudah. Namun sekiranya anda antara orang-orang yang menghadapi masalah ni, jangan risau. Percayalah setiap masalah ada jalan penyelesaian.

Apa ye perkara yang boleh kita usaha untuk mengurangkan kesannya dari terus merebak dan seterusnya hilang?

#1) Melalui penjagaan kulit wajah.
Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.

#2) Melalui pemakanan harian.
Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.

#3) Melalui supplement.
Antara supplement yang membantu mengurangkan jeragat dari terus merebak ialah:
Energizing Soy Protein (ESP) – memastikan sel badan sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari. Ini kerana protein sangat-sangat penting dalam pembentukan sel-sel baru.
Vitamin B dan C – kedua-dua vitamin ini sangat penting untuk membantu pembinaan kolagen.
Vitamin A dan E – sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan sel abnormal.
GLA – membantu keseimbangan hormon dalam badan.

Bagi yang kurang berkemampuan memadai amalkan ESP, Vitamin A, Vitamin C dan GLA.

Untuk mendapatkan kesan yang betul, pengambilan supplement yang KONSISTEN selama 90 – 120 hari sehingga mendapatkan ton kulit yang sekata. Penting supaya KONSISTEN. InsyaAllah, usaha yang istiqamah akan berhasil.

Tak nak ke kulit yang cantik berseri-seri macam ni?

credit….

 

********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee ********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Advertisements

Vitamin Untuk Kulit Berjerawat dan Berparut

Assalamualaikum semua 🙂

Pada entry kali ini, Nad nak share tentang supplements untuk kecantikan kulit. Anda sudah mencuba pelbagai produk kecantikan kulit yang ada di pasaran tetapi masih tidak mendapat kesan yang anda mahukan? Cuba baca artikel di bawah:

Masalah jerawat dan berparut?

Q: “Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.”

A: Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.

Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.

Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.Credits.

Dari artikel di atas, Nad simpulkan bahawa nutrien-nutrien ini dapat membantu masalah kulit:
1. Rendah indeks glisemik
2. Vitamin A
3. Vitamin C
4. Vitamin E
5. Asid lemak omega-3
6. Asid lemak omega-6
7. Gamma linolic acid (GLA)

Produk Shaklee yang disarankan berdasarkan saranan di atas:

ESP – rendah indeks glisemik

Vitamin A

Vitamin C
Vitamin E

Omega-6 dan Gamma linolic acid

 

credit
********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse