Bayi Cirit Birit dan Cara Mengatasi

 
Ramai ibu-bapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghadapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau susu formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.

Kadang kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik sahaja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku apabila perutnya diisi penuh. Susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakkan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari. Pergerakan usus bayi yang mengambi susu formula ialah sekali sehari dan selalunya najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas sebulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir pada kadar yang erap sebanyak satu kali setiap kali dia menyusu, atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badan mula menurun ia mungkin cirit birit. Jadi berjumpalah dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga.

Punca Cirit-Birit.
Punca utama cirit-birit adalah virus yang bergelar rotavirus. hampir ke semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastreonteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus keluar tanpa menyebabkan sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh:

  1. susu formula yang tidak disediakan dengan sempurna,
  2. selsema
  3. antibiotik
  4. keracunan makanan
  5. alergi
  6. kekurangan enzim tertentu.(jarang berlaku)

Cara Pencegahan
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit yang disebabkan oleh mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria selepas memegang benda yang kotor atau selepas ke tandas.

Rawatan
Jika bayi anda mengambil susu badan atau susu formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buah-buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak cair (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan boleh menjadikan cirit-birit semakin teruk.)

*jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatagkan kesan sampingan yang serius.

Bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit
ini kerana elemen dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Bilakah harus memanggil doktor?
Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, selalunya ia boleh berhenti sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan. Jadi jangan bertangguh memanggil doktor pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

  1. kulit atau bibir kering
  2. lemah dan lesu
  3. menangis tanpa air mata
  4. ubun-ubun menurun
  5. tangan dan kaki pucat
  6. air kencing kuning pekat.
Seharusnya anda berbincang dengan doktor jika anak anda:
  1. tidak mahu minum
  2. demam lebih dari 24jam
  3. terdapat darah dalam najisnya
  4. cirit-birit bersama dengan muntah lebih dari 24jam
  5. perut kembung atau buncit
Jika bayi anda kurang selesa semasa cirit-birit,peluklah dia dan tenangkan hatnya seberapa boleh. Pastikan badanya kerinh. Berikan perhatian dan lembutkanah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Yakin , tenang dan banyakkan berdoa…bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa…

credit

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Advertisements

DIARRHEA atau DIAREA atau CIRIT BIRIT

Apa puncanya ye? Jom mama nak kongsikan bersama anda, mama dapat dari Mr. Wikipedia.

Diarea (Indonesia.= diare; Inggeris = diarrhea) ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.

Definisi untuk diarea sebenar ialah peningkatan berat najis melebihi 200 gm dalam 24 jam.

Tanda – Tanda Awal

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.

Simptom

  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus
  • Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.
    Tempoh Berlaku
    Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.
    Sebab Berlaku
    Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:[1]
    • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
    • Meminum air tercemar.
    • Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
    • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
    • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaanlaktosa melebihi sebulan atau lebih.
    • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
    • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
    • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.
    • Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
    • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
  • Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.
    Ada juga segelintir pesakit yang baru melakukan pembedahan khususnya melibatkan bahagian sekitar abdomen akan mengalami cirit-birit. Ini akan menyebabkan makanan yang diambil akan melalui sistem pencernaan dengan lebih cepat dari biasa.
    Pesakit yang akan melakukan pembedahan khususnya pada bahagian abdomen juga biasanya diperlukan berpuasa lebih kurang 10 jam sebelum pembedahan bermula, mereka juga akan diberikan ubat pelawas (laksatif) bagi menggalakkan pembuangan air besar yang lebih cepat.
    Pelancong atau pemigrasi juga tidak terlepas dari mendapat diarrhea, biasanya ia berlaku akibat perubahan persekitaran yang berlainan dari tempat asalnya. Atau mungkin juga disebabkan oleh pengambilan makanan yang telah tercemar oleh bakteria, virus, parasit, batuan halus dan kasar samada secara segaja atau tidak sengaja tanpa dijangkakan. Pemigrasian atau melancong ke wilayah negara membangun seperti di benua Afrika, Asia, Amerika Latin dan Caribbean juga biasanya terdedah kepada risiko ini. Melawat ke negara seperti Kanada, kebanyakan negara-negara di Eropah,Jepun, sebilangan kawasan di Australia dan di New Zealand, kelihatan kurang mendapat cirit-birit, ini mungkin atas faktor cuaca persekitaran yang sejuk yang sedikit sebanyak dapat merencatkan keaktifan tindak balas bakteria, parasit dan virus dalam sistem pencernaan, atau mungkin juga faktor khidmat perubatan yang canggih dan terkini dinegara tersebut, serta tahap kebersihan dan hygenik yang tinggi diamalkan oleh masyarakat negara tersebut, yang mendorong pengurangan risiko mendapat cirit-birit.
    Epidemiologi
    Hampir kesemua orang dari pelbagai latar belakang budaya, bangsa, usia dan jantina boleh mendapat diarrhea. Di Amerika Syarikat, setiap orang dari golongan dewasa biasanya akan mengalami cirit-birit akut (acute diarrhea) dalam setahun,[2] dan kanak-kanak pula secara purata akan mendapat 2 episod cirit birit dalam setahun.[3]
    Dianggarkan bahawa dalam serangan cirit-birit disebabkan oleh bakteria di Amerika Syarikat, 99% daripadanya disebabkan oleh Campylobacter jejuni dangan peratusan 20 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
    So setiap orang pasti akan mengalaminya, tak kiralah doktor ke..distributor shaklee ke..pasti akan kena. Ada orang salah faham, mereka ingat mama sebagai distributor shaklee tidak akan berasa sakit langsung. Wah bestnye kalau macam tu..lagi best kalau jadi doktor..ialah sebab doktor kan!..tak begitu? Renung2kan lah wahai hamba Allah…..
     

    ************************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. *************************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse