Menjaga Tali Pusat Bayi

Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat.

Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa. Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya.

Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya. Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan? Tali pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa. Cara menjaganya

 1. Pastikan Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.

 2. Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.

 3. Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.

 4. Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang. Tanda jangkitan selepas 2 hariSemasa tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera, Kelihatan kemerahan dan bengkak Berdarah tanpa berhenti Keluar nanah Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

credit

 ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Advertisements

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan Bayi tiada air mata.

Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. Mereka mempunyai lebih tulang.

 Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

Bayi mempunyai deria bau yang kuat.

Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

 Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.

Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir.

Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

 Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

 Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

 Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

credit

 ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Pengurusan Ekzema Atopik

Assalamualaikum…

Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa. Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.
Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.
Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.
Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula. Ini menyebabkan kelembapan kulit hilang menyebabkan berlakunya ekzema atopik,” ujar Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon.

Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur.
Akibatnya, penjaga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan.
Tambah Dr. Kin Fon, di Malaysia sahaja, 12.6 peratus pelajar sekolah menghadapi masalah ekzema berbanding di Indonesia hanya 3.7 peratus. Fenomena ini juga lebih tinggi di Malaysia Timur berbanding di Semenanjung.

Kebimbangan ini juga melibatkan kes ekzema atopik di kalangan kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun yang meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Daripada kes yang berlaku, kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

“Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.

Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis. faktor persekitaran seperti cuaca dan pencemaran juga dikatakan menjadi faktor utama penyakit ini,” katanya ketika kempen kesedaran ekzema atopik anjuran Leo Pharma di Bangsar, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu Pakar Dermatologi, Pensyarah Kanan Hospital Hammersmith dan Pakar Kehormat Dermatologi di Kolej Imperial dan Diraja Lepasan Ijazah Sekolah Perubatan, London, Dr. Anthony Chu berharap pesakit berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema.

Menggambarkan bayi yang menghidap penyakit ini akan resah dan tidak boleh duduk diam, Dr. Anthony berpendapat ia sesuatu yang serius kerana kesan gatal atau ruam yang digaru itu boleh luka dan berdarah.

sumber : http://www.rawatan.org/pengurusan-ekzema-atopik/

Bagaimana Shaklee membantu anda?
Untuk bayi eczema yang masih menyusu susu ibu :
Ibu disarankan cuba amik 2 biji alfalfa sehari. Jika ada nampak berkesan positif, maka boleh diteruskan. Walau bagaimanapun, jika terdapat kesan negatif, ibu disarankan memberhentikan pengambilan Alfalfa. Selain itu ibu yang menyusu, boleh cuba amik 2 biji vitamin C sebiji pagi dan sebiji malam untuk bantu bina dinding sel yang sihat.
Bayi berusia 1 tahun ke atas :

  • Anak boleh mengambil Meal Shake. Campurkan sedikit dengan minuman anak.
  • Sapu herbal cream. Herbal blend ni mengandungi bahan2 supermoist dimana ia mengikat moisture dlm kulit kita. Walau bagaimanapun, herbal blend ini juga mengandungi menthol, jadi perlu disapu nipis2 sahaja. Jika ada kesan negatif, hentikan penggunakan.
  • Pastikan anak minum banyak air masak.
  • Beri anak minum jus buah-buahan, yogurt dan buah potong.
Orang dewasa :
  • Disarankan supaya ambil Set G
  • Sapu herbal cream. Herbal blend ni mengandungi bahan2 supermoist dimana ia mengikat moisture dlm kulit kita. Walau bagaimanapun, herbal blend ini juga mengandungi menthol, jadi perlu disapu nipis2 sahaja. Jika ada kesan negatif, hentikan penggunakan.
  • Pastikan minum banyak air masak.

Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi sebelum dan selepas pengambilan ya. Pastikan ikut saranan pengedar untuk pengambilan yang betul.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

credit..

Berminat?

 

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse