Zikir Dan Istighfar Rejab

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Maka banyakkanlah beristighfar pada Rejab ini kerana setiap saat dalamnya Allah SWT menyelamatkan seorang daripada api neraka.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan catatan kejahatan.”

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.    

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Bacalah zikir-zikir berikut selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar:

1. Tahlil, Takbir dan Istighfar:

2. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :

.

.

.

3. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :

.

.

4. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :

.

.

.

5. Berselawat : 

.

.

6. Beristighfar Pagi dan Petang :-

ISTIGHFAR

Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.

1.  Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar  yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab :

  

2.  Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

 

Fadhilat Surah Al-Qadar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)

.

FADILAT SURAH AL-QADAR

.

1.         Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar, pahalanya sama dengan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malam Al-Qadar.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/613).

2.         Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Tidak ada seorang pun hamba yang membaca surah Al-Qadar tujuh kali sesudah solat Subuh, kecuali para malaikat berselawat kepadanya 70 selawat dan mencurahkan rahmat kepadanya 70 rahmat.”(Mafatihul Jinan 79).

3.         Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar dalam shalat-shalat fardhunya, malaikat memanggilnya: Wahai hamba Allah, Allah telah mengampuni dosamu yang lalu, maka mulailah amalmu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/612).

4.         Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Sesiapa yang berziarah ke kubur saudaranya yang seagama, kemudian ia meletakkan tangannya pada kuburannya dan membaca surah Al-Qadar (7 kali), Allah menjamin keamanan baginya dari ketakutan yang paling besar.”  (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).

5.         Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) menasehati para sahabat dan pengikutnya: “Sesiapa yang sakit, hendaknya ia mengambil bekas air yang baru, kemudian diisi air oleh dirinya sendiri, lalu membacakan pada air itu surah Al-Qadar secara tartil (tertib) sebanyak (30 kali), kemudian air itu diminum, dibuat wudhu’ dan diusapkan pada bagian yang sakit, jika airnya kurang bisa ditambahkan. Jika hal itu dilakukan, insya Allah dalam waktu tiga hari Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.”  (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).