Kelebihan Al Ma’thurat

Bismillahhirrahmannirrahim…

Terjemahan alma’thurat ini dibuat untuk memudahkan saya lebih mendekatkan lagi dan menghayati lagi ayat2 ini …mudah2an akan memberi manafaat kepada diri ini untuk lebih dekat denganNya..

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan gangguan syaitan yang direjam,

Surah al-Fatihah 1-7

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Yang menguasai hari pembalasan (akhirat)
Engkaulah sahaja ya Allah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka
Bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat

Surah alBaqarah 1-5

 

Aliff Laam Mim

Kitab alQuran ini tiada keraguan kepadanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa
Iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki Yang kami anugerahkan kepada mereka
Dan mereka yang beriman kepada kitab alQuran yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab terdahulu sebelummu serta mereka yang yakin akan adanya kehidupan akhirat
Mereka itu yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung

Surah alBaqarah ayat 255 (ayat Kursy)

Allah, tidak ada tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus menguasai makhluknya, tidak mengantuk dan tidak tidur

KepunyaanNya segala yang di langit dan di bumi
Tiada yang dapat memberi syafaat melainkan dengan keizinanNya
Allah mengetahui apa yang dihadapan mereka dan apa yang dibelakang mereka: dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan dengan apa yang dikehendakiNya
Kursy (ilmu) Allah meliputi langit dan bumi
Dan Allah tidak merasa berat memelihara ke duanya
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar

Surah alBaqarah 256 – 257

Tiada paksaan dalam agama (islam),sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur)

Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus
dan ingatlah, Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Allah pelindung kepada orang yang beriman, ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)
dan orang yang kafir, penolong mereka adalah Taghut, yang mengeluarkan mereka (cahaya iman ) kepada kegelapan (kufur)
mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.

surah alBaqarah 284 – 286

Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi.

dan jika kamu melahirkan apa yang apa yang ada didalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.
Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakinya dan Allah menyiksa siapa yang dikehendakinya,
dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Rasullullah telah beriman kepada AlQuran, diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
demikian pula orang2 yang beriman kepada Allah, malaikat2nya, kitab2nya, dan rasul2nya,
dan mereka mengatakan ; kami tidak membezakan antara sesorang pun dengan yang lain dari rasul2nya ; dan mereka mengatakan ; kami dengar dan kami taat,; mereka berdoa ; Ampunkanlah kami ya Allah dan kepada Mu kami dikembalikan
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala dari kebajikan yang dilakukannya dan ia mendapat dosa dari kejahatan yang dilakukannya
Mereka berdoa ; Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Berikanlah kami kemaafan, ampunilah kami,dan rahmatilah kami, Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir

Surah Al-Imran 1-2

Aliff, Laam Mim

Allah tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya

Surah At-Thaha 111-112

 

Dan tunduklah segala muka kepada Allah Yang tetap Hidup, lagi kekal mentadbirkan makhlukNya, dan sesungguhnya rugilah orang yang memikul kezaliman.

Dan sesiapa yang mengerjakan segala amal soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah ia merasa takut diainaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.

Surah At-Taubah 129
Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan kecuali Dia. kepadaNya aku bertawakal, Dialah Tuhan ‘Arasy Yang Maha Besar

 

Surah Al-Isra’ 110 – 111

 

Katakanlah; Serulah nama Allah atau ArRahman , yang mana saja kamu serukan; kerana bagiNyalah nama2 yang baik, dan janganlah kamu menyaringkan bacaan solatmu, dan janganlah kamu perlahankannya, dan gunakanlah saja satu cara yang sederhana antara itu
dan katakanlah; Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan kelemahanNya, dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh2.

Al-Mukminun 115 – 118

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama2 Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya dan balasan amalnya yang jahat itu, disediakan disisi Tuhannya, Sesungguhnya orang yang kafir tidak akan berjaya.
Dan katakanlah , wahai Muhammad; Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi Rahmat

Surah al-Rum 17 – 20

Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

Dan bagiNyalah segala puji dilangit dan di bumi dan juga pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dam mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup serta menghidupkan bumi sesudah matinya, dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan
Dan diantara tanda2 kekuasanNya, bahawa ia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba2 kamu menjadi manusia yang hidup berkembang biak
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu, isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenanghati dengannya. dan dijadikan diantara kamu perasaan kasihsayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 bagi orang yang berfikir.

Surah ArRum 22 – 26
Dan diantara tanda2 kekuasanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 bagi orang yang berpengetahuan.

Dan diantara tanda2 kemurahanNya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya. sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan bagi orang yang mahu mendengar nasihat pengajaran.
Dan di antara tanda2 kekuasaaNya, ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan kamu dan memberi harapan, dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya bumi sesudah matinya. sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda2 bagi orang yang menggunakan akal.
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi dengan perintahNya, akhirnya apabila ia menyeru kamu dengan satu seruan dari bumi., kamu dengan serta merta keluar dari kubur masing2.
Dan sekelian makhluk yang ada dilangit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya,
masing2 tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

Al-Mukmin 1 -3
Haa Mim

Turunnya AlQuran ini dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui
Yang mengampunkan dosa dan yang menerima taubat., yang berat azabnya bagi orang2 kafir –
Lagi Pemberi Nikmat yang melimpah kurniaanNya,
tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaMu lah tempat kembali

Surah Al-Hasyr 22 – 24

Dialah Allah., tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui pekara yang ghaib dan yang nyata., Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dialah Allah , tiada Tuhan melainkan Dia,. Yang Menguasai, Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan ; Maha Pengawal ; Maha Kuasa ; Maha Kuat ; Memiliki Segala Kebesaran ; Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekelian makhluk ; Yang Mengadakan ; Yang membentuk Rupa; bagiNyalah nama2 yang sebaik2nya ; bertasbih kepadaNya segala yang ada dilangit dan di bumi ; dan Dialah Yang Tiada tolok bandingan,; lagi Maha Bijaksana

Al-Zalzalah 1 – 8

 

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya.

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya.
Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun ; Apakah yang sudah terjadi kepada bumi?
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya
Bahawa Tuhanmu telah memerintahkannya – berlaku demikian
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing2 untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amalan2 mereka
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya

Al-Kafirun 1 – 6

Katakanlah wahai Muhammad : hai orang2 kafir

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
Dan kamu bukan penyembah Allah – yang aku sembah
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yg kamu sembah
Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Allah yg aku sembah
Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku

Al-Nasr 1-3

 

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan ( semasa engkau wahai muhammad berjaya menguasai negeri Mekkah)
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berramai2
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat

Al-Ikhlas 1- 4

Katakanlah wahai Muhammad : Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa

Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat
Ia tidak beranak dan ia pula tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya

Al-Falaq 1- 5
Katakanlah wahai Muhammad : Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk
Dari bencana makhluk2 yg ia ciptakan
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
Dan dari kejahatan makhluk2 yang menghembus2 pada simpulan2 dan ikatan2
Dan dari kejahatan Orang yang dengki apabila ia melakukan dengki

Al-Nas 1 – 6

 

Katakanlah wahai Muhammad : aku berlindung kepada Allah Pemelihara sekelian manusia
Yang menguasai sekelian manusia
Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam
Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia
Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia


WIRID DAN DOA

1) SESUNGGUHNYA KAMI HAYATI WAKTU PAGI/PETANG HARI INI DENGAN KESEDARAN BAHAWA BUMI DAN ISINYA, INI SELURUHNYA ADALAH MILIK ALLAH.
DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH TIADA SEKUTU BAGINYA DAN TIADA TUHAN SELAINNYA DAN KEPADANYA KAMI AKAN DIBANGKITKAN/DIKEMBALIKAN – 3X

KAMI HIDUP PADA WAKTU PAGI / PETANG HARI INI DALAM SUASANA FITRAH, DALAM LINGKUNGAN KALIMAH IKHLAS, DENGAN MENGHAYATI AGAMA NABI MUHAMMAD SAW DALAM MILLAH (AJARAN) BAPA (DATUK) KAMI NABI IBRAHIM YANG BERSIFAT LURUS. SEMEMANGNYA BELIAU BUKANLAH SEORANG YANG MUSYRIK – 3X

2) YA ALLAH PADA PAGI / PETANG HARI INI KAMI SENTIASA MENIKMATI KESEJAHTERAAN PEMBERIANMU – KESELAMATAN DARI BALA BENCANA DAN TERTUTUPNYA RAHSIA DOSA2KU : MAKA OLEH ITU SEMPURNAKANLAH NIKMATMU, KESEJAHTERAANMU DAN PEMELIHARAANMU KE ATAS DIRIKU : DI DUNIA DAN AKHIRAT – 3X

3) YA ALLAH, APA SAHAJA NIKMAT YG AKU KECAPI ATAU PEROLEHI OLEH MANA2 MAKHLUKMU PADA WAKTU PAGI / PETANG HARI INI : SEMUANYA ADALAH DARIPADAMU JUA : YANG MAHA ESA DAN TIDAK MEMPUNYAI SEKUTU., BAGIMU SEGALA PUJI DAN SYUKUR – 3X

4) YA ALLAH YA TUHANKU
BAGIMU SEGALA PUJI SEAGUNG KEMULIAAN ZATMU, DAN SEAGUNG KEBESARANMU. – 3X

5) AKU REDHA ALLAH SEBAGAI TUHANKU
AKU REDHA ISLAM SEBAGAI AGAMAKU
DAN MUHAMMAD SEBAGAI NABI DAN RASULKU – 3X
6 ) MAHA SUCI ALLAH DAN SEGALA PUJI BAGINYA SEBANYAK BILANGAN CIPTAANNYA DAN KEREDHAANNYA, SEBERAT TIMBANGAN ‘ARASYNYA DAN SEBANYAK DAKWAT YG TERPAKAI UNTUK MENULIS KALIMATNYA – 3X
7) DENGAN NAMA ALLAH YG DENGAN NAMANYA TERPELIHARA SEGALANYA SESUATU YANG DI BUMI DAN DI LANGIT DAIPADA SEBARANG BAHAYA. SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI – 3X

8) YA ALLAH KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA KEJAHATAN MENYEKUTUKAN ENGKAU DENGAN SESUATU YANG KAMI KETAHUI DAN KAMI MOHON AMPUN JIKA KAMI TERSALAH MENYEKUTUKAN ENGKAU DENGAN SESUATU YANG TIDAK KAMI KETAHUI – 3X

9) YA ALLAH, AKU BERLINDUNG DENGAN KALIMAH FIRMANMU YANG SEMPURNA DARI KEJAHATAN MAKHLUK CIPTAANNTA – 3X

10) YA ALLAH, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI RASA SEDIH DAN GELISAH,
AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI RASA LEMAH DAN MALAS
AKU JUGA BERLINDUNG KEPADAMU DARI SIFAT PENGECUT DAN BAKHIL SERTA DARI CENGKAMAN HUTANG DAN PENINDASAN ORANG – 3X

11) YA ALLAH
SIHATKANLAH TUBUHKU
SIHATKANLAH PENDENGARANKU
DAN SIHATKANLAH PENGELIHATANKU – 3X

12) YA ALLAH
SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI KEKAFIRAN DAN KEFAKIRAN
YA ALLAH AKU JUA BERLINDUNG KEPADAMU DARI SIKSAAN KUBUR
SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU
13) YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHANKU, TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU, ENGKAULAH YG MENCIPTA SEGALA SESUATU DAN AKU ADALAH HAMBA ABDIMU
AKU BERADA DALAM PERJANJIANMU DAN IKRAR KEPADAMU YANG AKAN AKU LAKSANAKAN DENGAN SEGALA KEMAMPUANKU
YA ALLAH AKU BERLINDUNG KEPADAMU DAPIPADA SEBARANG KEJAHATAN YANG TELAH AKU LAKUKAN
AKU AKUI DGN SEBENAR2NYA SEGALA NIKMATMU KE ATASKU
AKU JUA MENGAKUI SEGALA DOSA2KU PADAMU
MAKA AMPUNKANLAH AKU KERNA SESUNGGUHNYA TIADA YANG MENGAMPUNI DOSA2 INI KECUALI ENGKAU YA ALLAH -3X

14) AKU MOHON KEAMPUNANMU, YA ALLAH
TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU YANG SENTIASA HIDUP DAN SENTIASA JAGA
YA ALLAH AKU BERTAUBAT KEPADAMU – 3X

15 ) WAHAI TUHANKU
LIMPAHKANLAH RAHMAT KESEJAHTERAAN KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW DAN SELURUH KELUARGANYA,SEBAGAIMANA TELAH ENGKAU LIMPAHKAN RAHMAT KESEJAHTERAAN KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI IBRAHIM DAN KELUARGANYA
LIMPAHKANLAH KEBERKATAN TERHADAP JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGANYA, SEBAGAIMANA TELAH ENGKAU LIMPAHKAN KEATAS JUNJUNGAN MULIA NABI IBRAHIM DAN KELUARGANYA
DAN DI KALANGAN PENGHUNI SELURUH ALAM INI
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA TERPUJI DAN MAHA MULIA – 10 X

16) MAHA SUCI ALLAH DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
ALLAH MAHA BESAR – 100 X

17) TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
YANG MAHA ESA
TIADA SEKUTU BAGINYA
BAGINYA SEGALA KERAJAAN DAN PUJI
ALLAH BERKUASA ATAS SEGALA2NYA – 10 X
18) MAHA SUCI ALLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
AMPUNILAH AKU DAN AKU BERTAUBAT PADAMU – 3 X

19) YA ALLAH,
RESTUI DAN BERKATI JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI HAMBA, NABIMU DAN RASULMU YG UMMI
BERKATILAH JUGA KELUARGA DAN SAHABATNYA
SEJAHTERAKANLAH BAGINDA SELAMA2NYA
KAMI POHONKAN SEBANYAK APA SAJA YG DIKETAHUI OLEHMU ATAU SEBANYAK PERKARA YG DITULIS OLEH QALAMMU DAN SEBANYAK YG DIRANGKUM OLEH KITAB SUCIMU
TERIMALAH…REDHALAH JUA PENGHULU2 KAMI SAIDINA ABU BAKAR, UMAR , OTHMAN, ALI DAN PARA SAHABAT BAGINDA SEMUANYA, PARA TABI’IN DAN ORANG2 YG MENGIKUT JEJAK LANGKAH MEREKA SEHINGGA KE HARI PEMBALASAN. TERIMALAH MEREKA SEBAIK2NYA.

20) MAHA SUCI TUHAN YG MEMILIKI KEBESARAN DAN KEMULIAAN DARI SEGALA SIFAT TERCELA YG CUBA DILETAKKAN KE ATASMU
SALAM SEJAHTERA UNYIK PARA RASUL UTUSAN
DAN SEGALA PUJI HANYA LAYAK UNTUK ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM.

DOA SELEPAS WIRID

1) YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI LIDAH YANG BASAH KERANA MENGINGATIMU DAN MENYEBUT NAMAMU, HATI YG PENUH SEGAR MENGINGATIMU, HATI YG PENUH SEGAR MENSYUKURI NIKMATMU DAN TUBUH BADAN YG RINGAN, MENYEMPURNAKAN KETAATAN KEPADAMU

2) YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA KAMI IMAN YG SEMPURNA, HATI YG KYUSUK, ILMU YG BERGUNA, KEYAKINAN YG BENAR2 MANTAP
YA ALLAH KURNIAKANLAH KAMI CARA HIDUP YG MANTAP, SELAMAT DARI SEGALA BAHAYA.
KAMI MOHON, YA ALLAH, KECUKUPAN DARI SEGALANYA SEHINGGA TIDAK SAMPAI KAMI MEMINTA2 DARI ORANG LAIN. DAN BERIKANLAH KAMI YA ALLAH IMAN KEPADAMU YG SEBENAR2NYA., SEHINGGA KAMI TIDAK MERASA TAKUT, MENGHARAP DAN MENYEMBAH SELAIN DARIMU,
KURNIAKANLAH NAUNGANMU KEPADA KAMI, KELUARGA DAN ANAK2 KAMI SERTA SESIAPA2 SAJA YG BERSAMA2 KAMI
JANGANLAH ENGKAU, YA ALLAH BIARKAN NASIB KAMI DITENTUKAN OLEH DIRI KAMI SENDIRI WALAUPUN SEKADAR SEKELIP MATA ATAU KADAR MASA LEBIH SINGKAT DARI ITU.
YA ALLAH, YA TUHAN KAMI, ENGKAU TUHAN YANG MEMPERKENANKAN SEGALA PERMINTAAN.

3) SELAWAT DAN SALAM UNTUK JUNJUNGAN MULIA RASULLULLAH SAW, YG MULIA DAN KEPADA KELUARGANYA DAN SAHABAT2NYA

4) KATAKANLAH
YA ALLAH, PEMILIK KEKUASAAN ALAM BUANA, ENGKAU MEMBERI KEKUASAAN KEPADA SESIAPA YG ENGKAU SUKA DAN MERAMPAS KEKUASAAN DARI SESIAPA SAHAJA YG ENGKAU MAHU, YA ALLAH

ENGKAU BERKUASA MEMULIAKAN DAN MENGHINAKAN SESIAPA YG ENGKAU MAHU, DI TANGANMU SEGALA KEBAIKAN DAN KEKAYAAN. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA UNYUK BERBUAT APA SAJA TERHADAP APA SAJA

ENGKAU MENABIRKAN SIANG DGN MALAM DAN MENABIRKAN MALAM DENGAN SIANG, ENGKAU MENERBITKAN SESUATU YG HIDUP DARI SESUATU YG MATI, SEBAGAIMANA ENGKAU MELAHIRKAN YG MATI DARI SESUATU YG HIDUP. DAN ENGKAU MEMBERI REZEKI TANPA BERHITUNG, KEPADA SIAPA SAJA YG ENGKAU KEHENDAKI, ENGKAU MENGAGIHKAN REZEKI

YA ALLAH, MENJELANGLAH KINI MALAM CIPTAANMU DAN BEREDARLAH PULA SIANGMU, YA ALLAH, INILAH LUAHAN DAN PERMINTAAN DARIPADA PARA PENYERU AGAMAMU, OLEH ITU AMPUNKANLAH DOSA2KU…..

YA ALLAH ENGKAU ,MENGETAHUI HATI2 INI……TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHIMU DAN UTK MEMATUHI PERINTAHMU, DAN BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU DAN TELAH MENGIKAT JANJISETIA

MAKA ERATKANLAH YA ALLAH IKATANNYA DAN KEKALKANLAH KEMESRAANNYA DAN TUNJUKKANLAH JALANNYA DAN PENUHILAH DGN CAHAYANYA YG TIDAK AKAN PADAM DAN LAPANGKANLAH HATI2NYA DGN LIMPAHAN IMAN DGN MU
DAN KEINDAHAN BERTAWAKAL ATAS MU DAN HIDUPKANNYA DGN MENGENALMU
DAN MATIKANNYA ATAS SYAHADAHMU PADA JALANMU

ENGKAU SEBAIK2 SANDARAN DAN SEBAIK2 PENOLONG
RESTUILAH NABI KAMI, NABI MUHAMMAD SAW DAN AHLI KELUARGA BAGINDA SERTA SAHABAT2 BAGINDA SELURUHNYA

YA ALLAH, RESTUILAH JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD SAW, AHLI KELUARGA DAN PARA SAHABAT BAGINDA SEMUANYA.

Amin…..

Semoga engkau perkenankan doa ini , Ya Allah.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you

******************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya

Advertisements

Sakit Gastrik Hilang Dengan Produk Shaklee

Sakit Gastrik?. Huhu. Sape yang kena memang tau la rasa sakitnya macamana. Tanda gastrik seperti rasa pedih ulu hati, sakit tulang belakang, migrain, sakit perut, pinggang. Pakej lengkap bila gastrik ni menyerang saya. Kini sakit gastrik terkawal dan migrain dah kurang hanya dengan mengambil B-Complex dan Ostematrix Shaklee sebagai ganti ubat gastrik klinik.

images (1)

 

 

 

Atas nasihat seorang rakan saya pun cuba B-Complex dan Ostematrix ni untuk pulihkan sakit gastrik saya. Menariknya. Gabungan B-Complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee ni juga buatkan migrain dah jarang menyerang. Kira 2 in 1 la. Migrain ni pun satu hal juga. Betul la kata en. hubby kalau sakit kepala, batu pun saya makan.. hehe

 

Peranan Ostematrix Pada Pesakit Gastrik:

 

1. Ostematrix adalah supplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D

2. Ostematrix membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus
dan menyebabkan pedih ulu hati.

 

Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.

 

Peranan B complex Shaklee Atasi Gastrik

B complex Shaklee bertindak  sebagai penenang kepada pesakit gastrik  selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Dengan supplement B-complex juga melengkapkan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

 

 

 

images

 

Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya BERSIFAT MENGHILANGKAN SEMENTARA RASA SAKIT GASTRIK. Jadi anda tak Perlukan pain killer lagi. Lagipun Pain killer bukan menyembuhkan penyakit malah membuatkan kita terlalu bergantung kepada pain killer dan dosnya juga makin bertambah bila sakit kerap menyerang.

Setakat sekarang saya amalkan B complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee, syukur SAKIT gastrik sesekali menyerang kalau saya tak jaga pemakanan, ambil makanan gastrik dan lewatkan makan. huhu. yang best, MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA PUN DAH JARANG-JARANG SERANG. Sebelum ni, pantang kurang minum air, siap la aku sakit kepala langsung tak boleh buat apa-apa.

 

********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

13 Kelebihan Lecithin Shaklee

Info penting yang anda perlu tahu tentang SHAKLEE LECITHIN!

Ramai yang kurang tahu pasal Lecithin.. mungkin ade yang tak pernah dengar..


Lecithin ni antara vitamin glamour di kalangan mereka yang nak kurus kerana lecithin berfungsi memecahkan lemak.. tetapi rasanya ramai tak tau yang lecithin sebenarnya berfungsi lebih dari itu….

Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana lecithin mempunyai kesan melekat kat lemak….dalam perkataan ringkasnya,lecithin menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.

Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan ..Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean…

13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.

 

Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

Kenapa org yang nak kurus suke lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.

Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati….
Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin
Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…

Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalammencegah eczema.
Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat cecair hempedu (bile).. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..

Banyak betul fungsi lecithin kan. Lecithin juga lebih cepat berkesan jika diambil bersama Alfalfa atau Cinch Shake . Ini adalah set yang disyorkan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan…


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Cara nak dapatkan vitamin shaklee dengan harga MURAH!!

Anda seorang yang pentingkan kesihatan??

 

Pengamal tegar Vitamin SHAKLEE?? PENING?? TAK TAHU MANA NAK DAPATKAN HARGA SHAKLEE MURAH??  TAHNIAH!! anda terjumpa blog ni.. sila teruskan pembacaan anda, dan anda akan ketahui cara bagaimana saya mendapatkan harga vitamin SHAKLEE dengan HARGA MURAH!!..

 

Baby terkejut

 

 

hahaha..comel tak baby tu..insyaAllah tida apa yang mustahil dalam dunia ni,namun semuanya dengan keizinan Allah jua..ok teruskan pembacaan anda, dan anda akan dapatkan jawapannya..

Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?

 

Hubungi saya!! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook❤❤❤❤

 FAEDAH DAN KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

[✔] Untung Jual Harga Runcit (Retail Price) sehingga 30%

[✔] Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan. Ia dikenali sebagai Bonus Prestasi. Nilainya adalah 5 hingga 21%.

[✔] Bonus Kepimpinan

[✔] Bonus Tambahan

[✔] Insentif Coordinator

[✔] Insentif Istimewa

[✔] Insentif pelancogan

[✔] Subsidi Kereta

 PURATA PENDAPATAN TAHUNAN

[✔] Master Coordinator RM 600,000 and above

[✔] Senior Key Coordinator RM 350,000 and above[✔] Key Coordinator RM 250,000 and above

[✔] Senior Coordinator RM 150,000 and above[✔] Coordinator RM 80,000 and above[✔] Senior Supervisor RM 36,000 and above

[✔] Supervisor RM 20,000 and above
 KEISTIMEWAAN KAMI

[✔] Dinaungi 3 Masters Coordinator ternama

.[✔] Sokongan berterusan.

[✔] Tutorial online dan juga offline

(jika mahu)

[✔] Kelas dan coaching offline.

[✔] Seminar dan gathering.

[✔] Tips perniagaan dari Masters berpengalaman

.[✔] Pelbagai aktiviti menarik
❤ BAGAIMANA NAK MULA?Anda boleh memilih pakej-pakej di bawah:-
✎ Pendaftaran ialah RM65 seumur hidup (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Maksimum registration ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch)
ATAU
✎ Membuat pembelian RM660 (200 UV point) untuk keahlian percuma,
ATAU
✎ Pembelian 2 botol Vivix untuk keahlian percuma,
ATAU
✎ Pembelian 3 kotak Collagen Powder untuk keahlian percuma.

 PERBEZAAN KAMI

[✔] Perniagaan berasaskan produk bukan head-hunting

[✔] Sistem yang hala

l[✔] Belajar bagaimana buat marketing online secara agresif

[✔] Akan di invite ke Secret Group di Facebook untuk dapatkan tips-tips dan teknik marketing dan jualan.

[✔] OFFER BEST ini hanya terdapat dalam kumpulan kami sahaja.

❤ PERLU KE MAINTAIN POINT SETIAP BULAN? 

Tidak. Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase.
❤ APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SAYA NAK DAFTAR SENDIRI DI BRANCH? 

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 869586 sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee.
 APA NAK BUAT JIKA SAYA DAH DAFTAR DENGAN ORANG LAIN TETAPI TIDAK MENDAPAT GUIDELINE UNTUK BISNES SHAKLEE?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula2 mendaftar (step paling atas tadi). Anda boleh menggunakan ID saya sebagai sponsor anda, 869586. Saya akan membimbing anda sehingga berjaya. Dengan menjadi ahli di bawah saya (menggunakan ID saya 869586 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

Testimoni Turun 20kg Dengan Set Slimming Shaklee

Alhamdulillah…Alhamdulillah….Alhamdulillah….Hari yang cukup  tenang dan cukup – cukup ceria..Terasa sangat – sangat bersyukur dengan kurniaan Allah yang tak pernah kurang walau sikit pun…Alhamdulillah….

testi turun 20kg3

Hari ni saya nak cerita lagi tentang SET SLIMMING SHAKLEE, rasanya ramai lagi yang tak tahu yang SHAKLEE ni ada set untuk kurus dan kurangkan berat badan, so teruskan membaca ye…

 

Sebelum tu mari kita tengok testimoni mereka yang telah Berjaya turunkan berat badan dengan Set Slimming Shaklee

 

 

STEP 1 – DETOX

 

set detox

 

 

Detox atau proses buang adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah segala nutrien yang baik dapat diserap oleh badan pada tahap yang optimum dan proses pembakaran lemak akan lebih mudah. Oleh sebab itu, kunci asas untuk penurunan berat badan yang betul adalah dengan detox. Apakah produk yang sesuai untuk detox?

 

 

Anda boleh memilih sama ada Alfafa/Herba-Lax/Fiber untuk detox anda. Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit anda dinasihatkan untuk consume Herba-Lax. Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah sembelit bolehlah consume Alfafa atau Fiber mengikut bajet anda. Herba-Lax dan Fiber TIDAK DIGALAKKAN diambil oleh ibu yang breastfeeding ye. Jangan risau, anda yang breastfeeding masih boleh mengambil Alfafa selain fungsinya sebagai MILK BOOSTER. Antara ketiga-tiga produk ni, Fiber adalah yang paling powerful setanding dengan harganya la kan dan Alfafa adalah yang paling slow.

 

STEP 2 – FAT EMULSIFIER/ BAKAR LEMAK

6c916-lecithin

 

 

Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak. Lecithin dinamakan ‘pengemulsi semulajadi ‘ kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Dalam erti kata lain, ia menyebabkan lemak terapun dalam darah dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membrane. Lecithin tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan tetapi ianya diperlukan oleh badan.

 

STEP 3 – PROTEIN

 

esp n inch loss

 

Kenapa perlu protein dalam proses pengurangan berat badan? Protein diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme badan, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Protein juga membantu memelihara otot dalam badan kita. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan FLABBY (menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi mereka ini telah kehilangan otot. Otot penting untuk meningkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.  So pilihan protein anda adalah CINCH SHAKE atau ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP). 

 

Cinch Shakes

Merupakan campuran Proprietari Protein dengan Leusina yang bebas laktos, rendah glisemik dan terdiri daripada soya bukan GMO. Cinch Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.

•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

 

Energizing Soy Protein (ESP)

Merupakan Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu dan  sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

 

Khasiat Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya

 

Gabungan ketiga-tiga produk ini akan membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Yang penting perlu jaga pola pengambilan makanan anda. Makan makanan yang seimbang, bersenam jangan lupa walaupun hanya dengan berjalan kaki. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air kosong sehari untuk memudahkan proses toksin dan penyerapan vitamin yang diambil.

 

 

Bagaimana hendak mendapatkan produk-produk seperti di atas?

 

Hubungi saya segera:

 

Your Shaklee Independent Distributor
Hasheena♥ SMS | Call : 019-8668615/0128844580♥ Shaklee ID :869586

 

credit

*********************************************************************************

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

Penyakit Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.

 

Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

 

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

asimptomatik

akut

interkritikal

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjalhipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout

Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.

Sendi menjadi bengkak.

Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.

Demam

 

Elakkan Makan

Makanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging merah & ikan

Organ dalaman (hati & pedal etc)

ikan bilis dan sardin

Makanan laut: ketam, tiram, kepah, udang

asparagus, bunga kobis, cendawan, bayam, sayuran warna merah

sayuran kekacang

aspirin, teh dan alkohol

 

APA YANG BOLEH DIMAKAN

Anda boleh ambil produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, karbohidrat kompleks seperti roti gandum dan bijirin. Berita baiknya, anda boleh minum kopi. Anda juga boleh ambil buah-buahan sitrus. Lebih penting lagi, anda perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi, iaitu 8-16 gelas sehari. Pendek kata, anda perlu buang air kecil lebih kerap untuk membuang asid urik yang berlebihan.

 

SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK GOUT

 

Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.

 

71612-image02257548

f1e4a-image23502693

 

91192-image1597683

d8bc6-image25218887

ca824-image231359807

 

 

 

 

 

 

1. Alfalfa – untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate. Rumusan Opticarb yang sudah dipatenkan ini juga meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali gand, memberikan tenaga dan memelihara pengaliran bendalir dalam tubuh. Ianya baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).

3. Joint Health Tablet – memberi keselesaan kepada sendi

4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. Minyak ikan sangat terkenal dengan manfaatnya dalam memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memeliharan sendi dan gout dengan efektif. Jika anda risau kandungan purine kerana minyak ikan kebanyakannya diambil daripada ikan laut air sejuk, jawapannya ada di bawah:

Q: A doctor advised me to take fish oil supplements to improve my cholesterol level. But the source of fish oil in many preparations includes sardines, trout and herring – fish that are high in p1urines and on the list of foods I should avoid because I have gout. How much purine is in fish oil supplements? Should I take them or not?

A: Purines are found in the meat of the fish but not in highly purified, molecularly distilled fish oil, so it should not affect your gout. I recommend everyone consume at least 2,000 milligrams (mg) per day of EPA and DHA (two fatty acids in fish oil crucial to human health). Those with autoimmune disorders and arthritis should consume 3,000 to 6,000 mg in divided doses with meals.

Sumber: www.arthritistoday.org 

 

Vivix : Vivix merupakan suplemen terbaik untuk masalah sendi dan otot, seperti sakit lutut, sakit sendi dan gout. Ceri dan buah beri juga merupakan penawar terbaik bagi gout. Vivix dihasilkan daripada gabungan Muscadine Grape Extract, Purple Carrot Extract, European Elderberry Extract dan Polygonum Cuspicatum Extract.

 

*********************************************************************************

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

ASMA

Asthma Breathing Prob Image

 

 

 

 

 

Assalammualaikum  w,b.t kepada semua Pelanggan, Pembaca Dan Pelawat Blog Kami yang di hargai dan kami kasihi……Hari ini kami ingin berkongsi informasi tentang Penyakit ASTHMA.

Asthma adalah disebabkan oleh keradangan pada tiub bronkial dengan meningkatkan pengeluaran rembesan lender di dalam saluran pernafasan. Orang yang menghidapi  penyakit asthma biasanya akan mengalami  saluran pernafasan menjadi ketat, panas, atau penuh dengan lendir.

 

Gejala Asthma Biasanya Seperti :-

Batuk, terutama pada waktu malam.

Sesak nafas.

Sesak dada, sakit, atau tekanan

 

 

Namun, tidak semua orang yang menghidapi asthma mengalami gejala yang sama atau pun dengan cara yang sama. Ada pesakit yang tidak mempunyai semua gejala-gejala ini, ada pesakit yang mempunyai gejala yang berbeza atau pada masa yang berlainan. Gejala asma juga boleh berbeza dari satu serangan asma sederhana satu masa dan teruk pada masa yang lain.

 

Sesetengah pesakit asthma boleh melalui hari-harinya tanpa mengalami apa-apa gejala dan hanya diganggu oleh serangan asthma yang biasa atau teruk secara berkala. Lain-lain pesakit mungkin mempunyai gejala-gejala asthma hampir pada setiap hari. Di samping itu, sesetengah orang hanya boleh mengalami penyakit asthma semasa bersenam atau jangkitan virus seperti selsema.

Serangan asthma ringan umumnya biasa berlaku. Biasanya, saluran pernafasan terbuka dalam beberapa minit ke beberapa jam. Serangan yang teruk adalah jarang tetapi lebih lama dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Ia adalah penting untuk mengenal pasti dan merawat walaupun gejala asma ringan untuk membantu pesakit mencegah kejadian yang lebih teruk dan memastikan penyakit asthma berada di bawah kawalan yang lebih baik.

 

Ketahuilah Gejala Awal Penyakit Asthma :-

 

Tanda-tanda amaran awal adalah perubahan yang berlaku sebelum atau pada awal-awal serangan asthma. Tanda-tanda ini boleh bermula sebelum tanda-tanda asthma yang biasanya terjadi dan ianya adalah tanda-tanda awal bahawa asthma anda akan menjadi lebih teruk.

Secara umum, tanda-tanda ini belum mencukupi untuk menghentikan anda daripada melakukan aktiviti harian anda. Tetapi dengan mengenal pasti tanda-tanda ini, anda boleh menghentikan serangan asthma atau menghalang seseorang yang menghidapinya daripada menjadi lebih teruk.

 

Tanda-Tanda Amaran Awal Asthma Adalah Seperti :-

Batuk yang kerap, terutamanya pada waktu malam.

Kehilangan nafas anda dengan mudah atau sesak nafas.

Berasa sangat letih atau lemah apabila berjalan.

Berdehit atau batuk selepas senaman.

Rasa letih, mudah marah, cepat marah, atau muram.

Penurunan atau perubahan fungsi dalam paru-paru mengikut ukuran yang diukur pada meter aliran.

Tanda-tanda selesema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakan hidung, sakit tekak, dan sakit kepala).

Masalah tidur.

 

 

Jika anda mengalami  tanda-tanda amaran awal atau tanda-tanda asthma, anda perlu mengambil lebih ubat asthma seperti yang telah dinyatakan dalam pelan tindakan asthma anda.

 

 

Ketahui Gejala Serangan Asthma :-

Serangan asthma bermula di mana kumpulan otot di sekeliling saluran udara mencetuskan ianya menjadi ketat. Pengetatan ini dipanggil bronchospasm. Dalam serangan ini, lapisan saluran pernafasan menjadi bengkak atau radang dan sel-sel lapisan saluran udara menghasilkan lebih lender dan lebih tebal daripada biasa.

 

Semua faktor-faktor ini  iaitu bronchospasm, keradangan, dan pengeluaran lendir membawa kepada punca gejala seperti kesukaran bernafas, nafas berbunyi siul, batuk, sesak nafas, dan sukar untuk melakukan aktiviti harian biasa.

 

 

Lain-lain Gejala Serangan Asthma Termasuk :-

Nafas berbunyi siul apabila nafas ditarik dan dilepaskan.

Batuk yang tidak mahu berhenti.

Pernafasan sangat laju.

Sakit dada atau tekanan.

Leher dan otot dada menjadi ketat, yang dipanggil penarikan balik.

Kesukaran bercakap.

Berasa gemuruh atau panik.

Pucat, muka berpeluh.

Bibir atau kuku menjadi biru.

Keseriusan serangan asthma boleh meningkat dengan cepat, jadi adalah penting untuk merawat gejala-gejala asthma serta-merta sebaik sahaja ianya dikenal pasti.

 

Tanpa rawatan segera, seperti dengan asthma inhaler atau bronkodilator, pernafasan anda akan bekerja dengan lebih keras. Jika anda menggunakan meter ujian pernafasan pada masa ini, bacaannya mungkin akan menjadi kurang daripada 50%.

 

Apabila paru-paru terus mengetat, pesakit tidak akan dapat untuk menggunakan meter ujian pernafasan. Secara beransur-ansur, paru-paru pesakit akan mengetat supaya tidak ada pergerakan udara yang cukup untuk menghasilkan semput. Ini kadang-kadang dipanggil “dada senyap,” dan ia merupakan satu tanda tidak menyenangkan. Anda perlu dibawa ke hospital dengan segera. Malangnya, sesetengah orang mentafsirkan kehilangan berdehit sebagai tanda peningkatan dan gagal untuk mendapatkan rawatan kecemasan segera.

Jika anda tidak menerima rawatan asthma yang mencukupi, anda akhirnya tidak akan dapat bercakap dan akan menghasilkan warna biru di sekeliling bibir anda. Perubahan warna, yang dikenali sebagai sianosis, bermakna anda mempunyai oksigen kurang dan kurang dalam darah anda. Tanpa rawatan yang agresif ini kecemasan asthma, anda akan kehilangan kesedaran dan akhirnya mati.

 

Ketahui Mengapa Jangkitan Pencetus Gejala Asma :-

 

Kadang-kadang virus atau jangkitan bakteria mencetuskan asthma. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai virus sejuk yang mencetuskan gejala asthma anda. Atau asthma anda boleh dicetuskan oleh jangkitan sinus bakteria. Sinusitis dengan asma adalah perkara biasa.

Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda dan gejala jangkitan saluran pernafasan dan untuk menghubungi penjaga kesihatan anda dengan segera untuk diagnosis dan rawatan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami peningkatan gejala sesak nafas, sesak nafas, atau berdehit dengan jangkitan pernafasan. Pada orang yang tidak mempunyai asthma, jangkitan pernafasan tidak boleh mencetuskan gejala melemahkan yang sama. Peka pada tubuh badan anda dan memahami tanda-tanda amaran bahawa jangkitan mungkin sedang bermula. Kemudian ambil ubat-ubatan yang betul seperti yang telah ditetapkan untuk membersihkan jangkitan dan mengawal asma dan kesihatan anda.

 

 

Penjagaan Diri Dan Rawatan :-

 

Rawatan asma boleh berbeza dari anti -radang dan bronkodilator inhaler asma kepada ubat-ubatan jenis makan dan kepada ubat-ubatan asma jenis nebulizer atau mesin pernafasan. Dapatkan pemahaman yang lebih baik bagaimana ubat-ubatan asthma bekerja supaya anda akan tahu yang ubat-ubatan yang boleh mencegah gejala asthma. Juga, belajar tentang ubat-ubat asthma semulajadi dan cara-cara untuk memantau pernafasan anda di rumah.

 

Rawatan Asthma :-

Rawatan awal dan agresif asthma adalah kunci untuk melegakan gejala dan mencegah serangan asthma. Ketahui cara yang banyak merawat asthma dan kemudian berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui rawatan mana yang sesuai untuk anda.

Ubat Asthma :-

Ubat asthma boleh bertindak dengan cepat untuk menghentikan batuk dan semput. Belajar dengan lebih lanjut mengenai ubat-ubatan asthma dan pelbagai kaedah untuk mengambilnya.

Inhalers Asthma :-

Tertanya-tanya adakah anda menggunakan asthma inhaler anda dengan cara yang betul? Adakah anda bernafas dan sedut … atau sedut dan  bernafas? Belajar bagaimana untuk mendapatkan bantuanyang melegakan dari inhaler asthma anda.

Steroid & Lain-Lain Dadah Anti –Radang :-

Adakah anda mengalami kahak yang tebal dan bengkak di saluran pernafasan? Belajar bagaimana asthma dirawat dengan ubat-ubatan anti -radang dan bagaimana ubat-ubatan makan dan sedut ini boleh mencegah serangan asthma.

Bronkodilator ( Pembuka Saluran Pernafasan ) :-

Adakah paru-paru anda berasa ketat? Bronkodilator boleh membantu. Baca lebih lanjut untuk belajar tentang pelbagai jenis inhaler dan bagaimana ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dan melegakan asma.

Asthma Nebulizer ( Mesin pernafasan ) :-

Nebulizer asthma ( mesin pernafasan ) boleh memberikan ubat kepada pesakit asthma termuda dan tertua. Baca lebih lanjut mengenai nebulizers untuk memahami bagaimana ianya bertindak.

Prednisone dan Asma ( Menghentikan satu Serangan Asma ) :-

Kadang-kadang ubat-ubatan asthma yang lebih kuat adalah perlu untuk mengurangkan gejala. Belajar lebih lanjut mengenai asthma dan prednisone, bagaimana ia berfungsi, dan kesan-kesan sampingan yang mungkin terjadi.

Periksa Kesihatan( Menilai Pelan Rawatan Asma Anda ) :-

Dapatkan tips untuk menguruskan asthma anda lebih baik.

 

Rawatan Asthma Menggunakan Alternatif Lain :-

Mencari beberapa ubat asma semulajadi?? Belajar lebih lanjut mengenai herba, makanan tambahan semula jadi, dan bagaimana rawatan alternatif boleh mengurangkan gejala asthma. Dapatkan nasihat dari mereka yang pakar.

 

Sekian sedikit sebanyak perkongsian informasi mengenai Penyakit Asthma untuk makluman Para Pelanggan, Pembaca Dan Pelawat Blog kami yang sangat kami kasihi dan hargai.

 

 

*********************************************************************************

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee