Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

 

Pengambilan makanan yang seimbang ketika hamil sangat penting kerana pada ketika ini, nutrisi lengkap bukan sahaja buat ibu malahan buat bayi yang sedang mengalami proses tumbesaran dalam rahim ibu tersebut. Sedangkan ketika tidak hamil pun, kaum wanita amat sukar untuk melengkapi nutrisi dalam diet harian, apatah lagi dengan dugaan mabuk hamil yang selalunya membikin seorang wanita hamil itu tak mahu makan. Ketika inilah, pengambilan vitamin untuk wanita hamil sangat penting.

 

Di awal kehamilan biasanya obygyn akan mewajibkan pengambilan asid folik. Kenapa? Kerana pengambilan asid folik yang mencukupi akan membantu melindungi bayi yang dikandung daripada kecacatan saraf tunjang. Terbaik, pengambilan asid folik harus bermula pada mereka yang baru bercadang mahu mengandung, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan diteruskan juga sepanjang 3 bulan pertama kehamilan sebelum mengambil multivitamin prenatal

 

Selain itu, pengambilan kalsium, iron (zat besi) dan DHA juga penting ketika hamil. Anda boleh mendapatkan nutrien-nutrien ini melalui amalan makanan yang seimbang, atau sekiranya ada kekangan, dapatkannya melalui pengambilan vitamin khusus untuk wanita hamil.

 

Vitamin Shaklee untuk wanita hamil

 

 

Alhamdulillah. Dalam dua kehamilan saya memang mengamalkan vitamin Shaklee. Anak pertama, saya amalkan vitamin yang doktor bekalkan. Namun, apabila bertemu vitamin yang terbukti 100% semulajadi, bukan sintetik, saya memilih untuk melaburkan wang ke untuk Shaklee. 

 

Syukur, saya menghadapi kehamilan yang sihat

 

Tiada berat yang berlebihan, tiada masalah Hb rendah, GDM, dan alhamdulillah saya melahirkan dengan mudah (anak besar 3.6++ dan normal ; serta masa contraction yang sekejap). Malahan tenaga saya pulih dengan cepat dan badan cepat recover dalam pantang. 

 

Vitamin-vitamin yang saya amalkan ketika hamil (dan juga saya tetap menyusukan anak saya yang masih kecil ketika hamil!)

 

  • VItalea (lengkap dengan zat besi)
  • Vitamin C
  • B Complex (lengkap dengan asid folik)
  • Ostematrik (kalsium, magnesium dan vitamin D)
  • Omega Guard (asid lemak penting, DHA)
  • ESP (protein)

 

Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil (Panduan Am)

 

Vitalea – 1 ke 2 biji sehari

 

Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

 

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

 

B Complex – 1 ke 2 biji sehari

 

B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea). 

 

Vitamin C – 1 biji sehari

 

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

 

Ostematrix – 4 biji sehari

 

Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahajakalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg  kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 

 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan ‘menarik’ kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

 

Omega Guard – 1 biji sehari


Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

 

Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untukotak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

 

ESP – 1 sudu besar sehari

 

Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 

 

Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

 

Panduan makan yang saya sediakan di atas adalah umum. Anda perlulah mendapatkan jadual makan yang sesuai dengan keperluan diri sendiri melalui SID masing-masing. 

 

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House.

 

Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s