Bengkak Susu (Mastitis)

Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.

 Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

 Gejala- Gejala Mastitis Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-

  Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
 Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
Payudara menjadi bengkak Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
Kulit payudara menjadi merah Demam 38 C atau lebih Sebab

Mastitis

 Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

 Siapa yang berisiko Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
 Puting sakit atau luka
 Sejarah mastitis pada kandungan dulu.Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
 Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.

Bila anda perlu jumpa doktor
 Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

 Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan. Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

Rawatan
Mastitis di rumah Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat. Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-

 Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
 Minum air secukupnya.
Minima lapan gelas sehari.
Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
 Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

Pencegahan

 Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.

Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya. Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan. Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting. Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

credit

,.Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

*********************************************************************************


SEBELUM ANDA MEMBUAT BAYARAN SILA HUBUNGI SAYA DI 0198668615 UNTUK MENGETAHUI TENTANG STOK
SILA BUAT BAYARAN KE AKAUN BANK ADMIN SEPERTI BERIKUT:
Maybank – 164593033829 atas nama hasheena

NAME
Email
NO.TELEFON
NAMA BANK ANDA MAYBANK CIMB BANK
Bukti Pembayaran (Masa/Tarikh/Jumlah/Ref):

Put a website form like this on your site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s