Berpantang Selepas Bersalin : Rahsia Kekal Langsing Seperti Anak Dara Selepas Bersalin

Salam sayang semua:)

Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya lagi:) Entry kali ni masih lagi berkisar tentang kisah berpantang selepas bersalin. Rindunya saya nak melalui sekali lagi tempoh 44 hari tu, rindu sangat perasaan menyusu anak. Perasaan yang tak mampu terluah oleh kata-kata, hanya ibu-ibu sahaja yang memahami perasaan tu.

Ok, berbalik kepada kisah berpantang, pada saya, waktu berpantang 44 hari adalah waktu yang paling kritikal untuk si bu dan juga anak. Setiap wanita seharusnya betul-betul menitik beratkan penjagaan terutamanya penjagaan dalaman ketika dalam tempoh ini. Ini sangat penting yer ibu-ibu semua, jangan nanti dah lepas habis pantang tu, muka pucat, badan sakit sana sakit sini, tu belum masuk bab-bab part yang ‘kembang’ lagi tu:) Kalau cik abang complaint, susah nanti.

Kalau kita dah betul-betul jaga semasa dalam pantang tu, InsyaAllah, tak susah badan kita nak maintain nanti.

Jom saya kongsi serba-sedikit tip-tip atau amalan asas yang perlu semasa dalam berpantang. Sesetengah orang mungkin memandang remeh atau mengabaikan amalan-amalan ni, tapi bagi saya, amalan-amalan ini WAJIB dilakukan setiap kali berpantang:

Bertungku
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap rasanya berpantang sekiranya tidak bertungku. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Berurut
Berurut juga merupakan amalan penting ketika berpantang. Rawatan berurut ini hendaklah dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Mandi dan Lulur
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Seboleh-sebolehnya sepanjang tempoh berpantang mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya diamalkan selama dua minggu.Sebelum mandi, amalan lulur adalah juga digalakkkan untuk membuang segala daki-daki dan menjadikan kulit lebih bersih dan halus.

Rawatan Berbengkung

Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang. Saya dulu pakai bengkung ni 24 jam, cuma buka ketika nak mandi atau ke tandas sahaja.

Pemakaian Baju Tebal dan Stoking
Pemakaian baju tebal dan stoking adalah perlu untuk menjaga badan dan kaki supaya tidak sejuk dan masuk angin. Yang ni pun memang 24 jam juga saya pakai. Mak saya siap cakap, kalau zaman dahulu, kipas pun tak boleh pasang:)

Pengambilan Jamu atau Supplemen Yang Sesuai
Pening juga untuk memilih set yang sesuai. Jika anda sedang mencari set berpantang yang bagus,yang bukan sahaja memberi kebaikan untuk anda, malahan bayi anda, anda boleh mencuba Set Berpantang Shaklee.

Kelebihan Set Berpantang / Bersalin Shaklee

  • Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
  • Boleh terus diambil walaupun anak ade juandis (kuning)
  • Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
  • Dapat membantu ibu mengurangkan stress
  • Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin
  • Anda juga tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu

credit
 

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s