Nutrisi Untuk Ibu Mengandung

Ibu hamil secara azalinya mula memandang diet hariannya sebagai sesuatu yang serius. Maklumlah, membawa insan lain dalam tubuhnya, menjadikan seorang ibu tidak mahu merisikokan bayinya terhadap perkara-perkara yang tidak diingini.

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan semasa mengandung dikaitkan dengan merendahkan peluang mempunyai bayi dengan alahan tertentu,satu kajian dari Jepun mencadangkan hal ini.

Kajian mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh wanita yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dan kuning yang kaya dengan beta karotena, mempunyai kurang risiko menghidap ekzema, satu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal, kering, merah dan rekah.

Makanan yang tinggi dalam Vitamin E, seperti yang ditemui dalam beberapa sayur-sayuran hijau, juga didapati boleh mengurangkan risiko semput pada bayi.

Kajian ini dibuat terhadap 763 wanita Jepun yang memakan sayur dan buah semasa mengandung untuk menilai adakah bayi mereka menghidap ekzema.

Keputusannya, penyelidik mendapati, pengambilan sayur dan buah yang kaya dengan fitonutrien semasa hamil mengurangkan risiko ekzema pada bayi sehingga 79%, selepas didedahkan kepada faktor-faktor yang boleh mencetuskan ekzema.

Jadi, kepada ibu-ibu hamil, banyakkan mengambil makananan yang tinggi dengan beta karotena, insya-Allah kita berusaha untuk menghidarkan anak-anak kita dari risiko penyakit-penyakit yang boleh mengganggu kegiatan harian mereka. Dan setelah melahirkan, jangan abaikan untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan

credit

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s