Bayi Cirit Birit dan Cara Mengatasi

 
Ramai ibu-bapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghadapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau susu formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.

Kadang kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik sahaja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku apabila perutnya diisi penuh. Susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakkan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari. Pergerakan usus bayi yang mengambi susu formula ialah sekali sehari dan selalunya najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas sebulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir pada kadar yang erap sebanyak satu kali setiap kali dia menyusu, atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badan mula menurun ia mungkin cirit birit. Jadi berjumpalah dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga.

Punca Cirit-Birit.
Punca utama cirit-birit adalah virus yang bergelar rotavirus. hampir ke semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastreonteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus keluar tanpa menyebabkan sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh:

  1. susu formula yang tidak disediakan dengan sempurna,
  2. selsema
  3. antibiotik
  4. keracunan makanan
  5. alergi
  6. kekurangan enzim tertentu.(jarang berlaku)

Cara Pencegahan
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit yang disebabkan oleh mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria selepas memegang benda yang kotor atau selepas ke tandas.

Rawatan
Jika bayi anda mengambil susu badan atau susu formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buah-buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak cair (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan boleh menjadikan cirit-birit semakin teruk.)

*jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatagkan kesan sampingan yang serius.

Bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit
ini kerana elemen dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Bilakah harus memanggil doktor?
Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, selalunya ia boleh berhenti sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan. Jadi jangan bertangguh memanggil doktor pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

  1. kulit atau bibir kering
  2. lemah dan lesu
  3. menangis tanpa air mata
  4. ubun-ubun menurun
  5. tangan dan kaki pucat
  6. air kencing kuning pekat.
Seharusnya anda berbincang dengan doktor jika anak anda:
  1. tidak mahu minum
  2. demam lebih dari 24jam
  3. terdapat darah dalam najisnya
  4. cirit-birit bersama dengan muntah lebih dari 24jam
  5. perut kembung atau buncit
Jika bayi anda kurang selesa semasa cirit-birit,peluklah dia dan tenangkan hatnya seberapa boleh. Pastikan badanya kerinh. Berikan perhatian dan lembutkanah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Yakin , tenang dan banyakkan berdoa…bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa…

credit

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s