Nursing Strike: Apabila Bayi Anda Enggan Menyusu

Alhamdulillah, di dalam kesibukan saya di bekerja seharian serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri apabila pulang ke rumah, dapat juga saya cari masa untuk menulis tentang satu topik yang saya kira penting namun jarang diketahui apatah lagi dibincangkan oleh ibu-ibu menyusu.

Ye lah, biasanya topik perbincangan dalam mana-mana kumpulan sokongan penyusuan akan membincangkan tentang cara-cara memperbanyakkan susu perahan, jenis-jenis pump dan sewaktu dengannya. Jadi pada kali ini saya nak sentuh tentang nursing strike pula.

Tidak kiralah sama ada anda seorang ibu baru atau baru pertama kali menyusu badan mahupun telah lama menyusukan, saya percaya pasti ramai di antara anda di luar sana yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah nursing strike ini?

Menurut babycenter.com, nursing strike adalah:

A baby who refuses to breastfeed (and is not in the process of being weaned) is said to be on a “nursing strike.” A nursing strike is your baby’s way of telling you that something’s wrong. And it’ll probably take a little detective work to figure out the problem.

Dalam erti kata lain, nursing strike merujuk kepada keadaan di mana bayi dengan secara tiba-tiba dan tanpa sebab enggan menyusu.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan mengapa seseorang bayi itu melalui fasa nursing strike ini:

  • Teething atau tumbuh gigi
  • Sakit seperti demam, batuk, selsema, sakit telinga etc
  • Keadaan takut dan terkejut mungkin kerana dimarahi apabila bayi sudah mula pandai mengigit
  • Perubahan pada persekitaran
  • Perubahan ketara pada corak dan jadual penyusuan
  • Perubahan bau pada si ibu berikutan pertukaran sabun, deodorant mahupun penggunaan perfume baru
  • Perubahan pada rasa susu berikutan pengambilan makanan atau diet si ibu

Perlu diingatkan bahawa JARANG SEKALI bagi BAYI di BAWAH UMUR SETAHUN untuk BERCERAI SUSU dengan SENDIRINYA. Dan keadaan nursing strike atau keengganan bayi menyusu tidak bermakna bayi anda akan menolak daripada menyusu untuk selama-lamanya.

Tambahan pula, andai bayi anda telah bersedia untuk bercerai susu sekali pun, ianya tidak akan dilakukan dengan tergesa-gesa sebaliknya akan dilakukan secara perlahan-lahan. Oleh itu sebagai seorang ibu, anda tidaklah perlu merasa panik atau terlalu risau kerana bayi anda pasti akan kembali menyusu seperti sediakala.

Tempoh nursing strike ini boleh berlanjutan daripada sehari dua ke seminggu bergantung kepada keadaan dan kesediaan bayi itu sendiri. Oleh yang demikian, semasa tempoh nursing strike ini sedang berlangsung, anda perlulah memainkan peranan dan harus bijak memujuk bayi anda untuk ingin kembali menyusu.

Anda juga dinasihatkan untuk mengepam susu di dalam tempoh ini agar penghasilan susu tidak terjejas (konsep demand = supply perlu sentiasa diberi perhatian) selain tidak mahu mengundang risiko untuk terkena bengkak susu mahupun blocked duct atau saluran susu tersumbat.

Dalam memujuk bayi anda untuk kembali menyusu, berikut adalah beberapa tips yang boleh dipraktikkan:

  • Kerapkan skin-to-skin contact
  • Pelbagaikan posisi penyusuan bagi mengenalpasti posisi mana yang paling digemari bayi anda
  • Kerapkan pelawaan untuk bayi anda menyusu
  • Sekiranya nursing strike ini berpunca daripada keadaan bayi anda yang tidak sihat, bawanya segera untuk berjumpa doctor
  • Menyusu dalam keadaan bayi mengantuk atau mamai
  • Elakkan daripada sebarang gangguan semasa menyusu agar bayi anda dapat memberi sepenuh tumpuan kepada anda dan penyusuan

Semoga dengan perkongsian tip-tips yang diberikan di atas, anda akan lebih bersedia sekiranya bayi anda mengalami masalah nursing strike. Sesungguhnya perjalanan penyusuan tanpa sebarang cabaran bukanlah perjalanan penyusuan yang sebenar

credit

**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s