TESTIMONI SUSU KERING DAPAT DIKEMBALIKAN

Assalamualaikum,

Siapa kata susu badan yang sudah kering tidak dapat dikembalikan…

Alhamdulillah seminggu yang lepas saya menerima email daripada seorang ibu yang menyusukan anak 4 bulan dan susu beliau menjadi kering. Dan beliau telah membuat power pumping, minum air secukupnya, ambil suplemen dan kurang stress dan akhirnya semalam beliau menelefon saya dan memberitahu susunya sudah mula keluar….alhamdulillah

 
 

Menurut kajian, ramai ibu-ibu di Malaysia yang tidak meneruskan penyusuan susu ibu selepas habis tempoh berpantang. Kebanyakan yang saya temui memberikan alasan susu mereka kering secara tiba-tiba apabila mereka mula bekerja. Terdapat juga alasan-alasan lain yang bagi saya kurang logik yang diberikan kerana kurang ilmu berkaitan dengan penyusuan.


Sebagaimana yang kita ketahui, pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan konsep supply & demand. Pengeluaran susu ibu akan berterusan dan semakin banyak dengan stimulasi yang baik dan stimulasi yang terbaik adalah hisapan dari bayi itu sendiri.

Dengan kata lain, semakin banyak dan kerap ibu-ibu menyusukan bayi mereka, semakin banyak susu akan dihasilkan. Penghasilan akan berkurangan sekiranya ibu tersebut
– mengalami tekanan perasaan
– mengandung (bagi sesetengah wanita)
– datang haid (bagi sesetengah wanita)
– makan pil perancang atau kaedah merancang keluarga lain yang berasaskan hormon


Bagaimana pun, penghasilan masih ada cuma agak terjejas disebabkan oleh faktor-faktor yang telah disebutkan.Mungkin kerana saya tidak pernah mengalami keadaan air susu kering secara tiba-tiba, saya tidak dapat memahami punca sebenar bagaimana ia boleh berlaku. Apa pun, saya menyarankan agar ibu-ibu yang mahu meneruskan penyusuan agar terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka.

(1) Tambah kekerapan menyusu dan luangkan lebih banyak masa untuk menyusukan bayi. Sekiranya perlu, ambil cuti beberapa hari untuk bersama dengan bayi.Ketika ini, minta bantuan suami untuk menyiapkan kerja-kerja rumah.
(2) Banyakkan berehat. Sentiasa memikirkan perkara yang menggembirakan dan elakkan dari rasa tertekan.
(3) Setelah selesai menyusukan bayi, pam saki baki susu yang tinggal untuk meningkatkan stimulasi
(4) Ambil makanan atau supplement yang dapat membantu pengeluaran susu. Makan secukupnya dan elakkan dari diet yang melampau.
(5) Elakkan dari memberikan susu formula kepada bayi kerana ini akan menyebabkan bayi kekenyangan dan kurang menyusu. Akhirnya susu akan menjadi semakin berkurangan kerana kurang stimulasi. Sebaik-baiknya elakkan dari menyimpan susu formula di rumah kerana ini akan menyebabkan ibu akan menyediakan satu tanggapan bahawa “kalau susu ibu tak cukup susu formula pun ada”.(Demand kurang – Supply akan berkurangan)

Sentiasa dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan-rakan yang sama-sama menyusukan bayi bagi mengelakkan dari rasa putus asa. Dapatkan bantuan nasihat dari pakar laktasi sekiranya perlu.

 

**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s