SUSU HAMPIR KERING

Ramai ibu menyusu yang pernah alami susu merudum yang dahsyat hingga hampir kering susu badan. memang tertekan sungguh perasaan si ibu ni. Masa tu dalam kepala dah mula merancang nak beri susu formula kepada anak. Tambah pula orang sekeliling (suami, mertua, babysitter) tak berapa menyokong penyusuan badan, lagilah si ibu rasa tertekan.


Oh NO.. Katakan TIDAK kepada susu formula! Jangan cepat menyerah kalah, jangan mudah putus asa dan jangan cepat putus akal. Jom kita berusaha, tambah ilmu, gali ilmu macamana nak atasi masalah susu merudum ni. Jom baca pengalaman seorang ibu menyusu yang alami susu merudum selepas meninggalkan anaknya selama 10 hari ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Ini adalah kisah saya sendiri, yang mana saya mengalami masalah susu merudum yang sangat dahsyat

Dari purata 20 oz sehari kepada 3 oz sehari.

Apa? Ambil milk booster? Ambil supplement? FYI saya adalah pengamal supplement dan untuk pengetahuan semua, supplement bukan PENYEBAB susu ibu menjadi banyak. Ada rahsia di sebaliknya… Itu cerita lain.
OK, bila susu saya merudum sehingga 70%, sudah pasti saya jadi resah. Betul kan? Siapa tak susah hati.
Jadi, apa yang saya lakukan?

(1) Praktikkan HYPNO-BREASTFEEDING. Ya, ramai yang kata ia bermula dari minda. Jadi perlu sentiasa positif dan yakin bahawa masalah ini dapat diatasi.

(2) BERSYUKUR sedar atau tidak, kita cuma tahu bersyukur selepas mendapat nikmat. Sedangkan sebenarnya nikmat itu akan datang lebih banyak bila kita bersyukur sebelum nikmat tu datang.

(3) BERDOA maaf cakap, saya dapati ramai ibu yang tidak amalkan ini. Berdoa untuk susu yang banyak dan mencukupi untuk anak. Tak perlu nak hafal2 doa tertentu pun tak apa (kalau hafal lagi bagus), doa je dalam bahasa Melayu atau bahasa apa pun. Allah faham.

3 elemen di atas perlu ada dalam diri setiap ibu yang menemui masalah dalam penyusuan. Kemudian..

POWER PUMPING

Ya, saya masih ingat seorang ibu mengadu kepada saya tentang susu badannya yang kurang. Beliau bertanya apakah milk booster atau supplemen extra lagi yang patut beliau ambil (beliau juga mengamalkannya).

Saya jawab mudah saja. Makanan harus seimbang, dengan semua elemen mengikut piramid makanan. Suplemen atau milk booster adalah pilihan. Seperti anda memilih baju, asasnya menutup aurat, kemudian warna, jenis kain, hiasannya… Semua terpulang kepada empunya badan.

Namun, sebagus mana milk booster itu pun, jika tiada stimulasi (dari pam atau bayi), tiadalah akan berhasil. Kerana susu ibu berkonsepkan – pengeluaran berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, makin banyak pengeluaran.

Lalu saya meminta beliau melakukan
power pumping
. Beliau yang pertama kali melakukannya, mengikut saja tips saya.

Selepas seminggu beliau menghubungi saya “Terima kasih,  Sekarang susu saya dah banyak semula. Bagus lah power pumping ni,”

Syukur alhamdulillah.

Dan itu jugalah praktik saya selama 2 minggu kebelakangan. Setiap hari, saya melakukan power pumping 1 atau 2 kali.

Berapa lama baru nampak hasilnya? Sesungguhnya bukan overnight. Ramai ibu yang give up power pumping sebab katanya tak ada perubahan pun..

Ia bukan magic ya. Sehari dua memang tak nampak apa2. Saya sendiri selama 3 hari masih mendapat amaun yang sama. Hari ke-4 ada peningkatan sikit.

Dan saya mengambil kita semua aspek secara holistik. Fizikal, emosi…

Sabar.
Syukur.

Alhamdulillah selepas 2 minggu, susu saya dah 80% recover. Bermakna saya masih kurang 4 oz untuk kembali kepada asal. Dan daripada amaun semasa merudum hari tu, ia dah meningkat sebanyak 250%!

Jadi, buat ibu2 yang mengalami nasib yang sama.. Jangan berputus asa, berusaha, berdoa, bersyukur dan bertawakallah. Pasti Allah tidak membiarkan hamba-Nya selepas Dia memerintahkan ibu2 untuk menyusukan anak dengan lengkapnya selama 2 tahun.

Insya-Allah, biidznillah.”
 
 

So ibu-ibu di luar sana, tiada jalan mudah untuk dapatkan susu yang banyak. Jangan cepat putus asa kerana rezeki anak tetap ada cuma ibu perlu sedikit usaha. Jangan stress jika susu sikit ok!

Bertenang ye!

**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s