Manfaat Penyusuan Kepada Ibu

Banyak manfaat penyusuan susu badan ini kepada ibu daripada hormon penyusuan yang dirembeskan oleh badan anda, terutamanya jika ingin meneruskan penyusuan sehingga bayi genap berumur dua tahun atau lebih mengikut kemahuan ibu dan anak.

Antara manfaatnya:

  • Hormon prolaktin yang terkandung dalam susu ibu banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin meransang perasaan kasih sayang sedia ada kepada bayi pula.

  • Hormon oksitosin membantu mempercapatkan proses pemulihan dan pengecutan rahim selain melansingkan tubuh badan, mengempiskan perut dengan lebih cepat.

  • Penyusuan secepat mungkin dalam tempoh 30 minit selepas melahirkan bayi mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
  • Mengurangkan risiko barah payudara, serviks, Endometrium (berasal dari selaput dinding ovari) dan kanser ovari, di kemudian hari.
  • Menjimatkan masa, tenaga dan wang kerana, tidak perlu mengeluarkan wang membeli susu formula yang kian mahal yang belum tentu bersesuaian dengan sistem pencernaan bayi anda, tidak perlu bangun tengah malam menyediakan susu, dan anda boleh susukan bayi anda pada bila-bila masa yang bayi inginkan dengan kadar segera
  • Mengurangkan risiko osteoporosis dan penyakit jantung
  • Penyusuan dapat menahan ovulasi daripada berlaku yang mana dapat melewatkan kedatangan haid (kesuburan).
  • Tidak perlu menyediakan kelengkapan menyusu bayi dan mencari tempat yang sesuai untuk menyediakan susu bayi sekiranya anda dan bayi keluar bersama-sama. Bermakna anda boleh menyusukan bayi anda dalam keadaan sopan di mana-man sahaja pada bila-bila masa tanpa kekangan keadaan.
  • Penyusuan yang tiada had dan masa memberikan kepuasaan, ketenangan dan menyeronokkan bagi bayi dan ibu selain ibu dapat menunaikan tanggungjawabnya menyusukan bayi sendiri.
  • Mengeratkan hubungan jalinan kasih sayang antara ibu dan anak yang amat mahal harganya dan tidak dapat ditukar ganti dikemudian hari.
Adalah sesuatu ramai wanita di asia yang menyusukan bayi masing-masing untuk meneruskan sesi penyusuan setelah mereka dan bayi beroleh manfaat daripada penyusuan bayi. Kebiaasaannya ibu-ibu menyusukan bayi mereka sehingga bayi berusia 3-4 tahun dan kanak-kanak tersebut akan bercerai susu badan secara semulajadi dan tanpa perlu dipaksa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s