LANGKAH-LANGKAH URUSKAN SUSU IBU

Langkah-langkah yang saya tulis disini adalah berdasarkan buku-buku, artikel-artikel & blog-blog cara panduan menyusu & mengurus susu yang telah dibaca dan kemudian saya praktikkan secara ‘try&error’ terlebih dahulu. Saya telah mengamalkan langkah-langkah ini selama saya menyusu badan sepenuhnya.



1. PAM SUSU IBU-SETIAP BREAST SELAMA 10MIN
(Perah guna tangan, pam manual / bateri / elektrik (double / single pam)
· Susu yg baru di pam / perah boleh bertahan pada suhu bilik Max. 4jam.
· Susu perahan boleh diberi terus kpd bayi atau di simpan dlm peti sejuk /disejukkan dalam cooler bag
berisi ice pack (4 ice pack tahan 12jam untuk tampung 6-8 biji botol susu simpan)
(ice pack boleh diulang pakai selama 1 tahun. Bekukan ice pack Min.8 jam sebelum guna)
· Simpan susu perahan dalam ice box pun boleh. Isi dengan ais kiub banyak-banyak
Cara terbaik – tuang susu yang diperah ikut keperluan bayi ke dalam botol susu minum. Lebihan susu
dalam botol susu simpan disimpan dlm peti sejuk bahagian bawah untuk dijadikan stok untuk keesokan
hari @ Untuk Bayi



2. SEJUKKAN SUSU
(peti sejuk bhgn bawah – Max.48jam=2hari)

1. Dalam tempoh 48jam, susu perahan perlu diguna untuk bekalan anak keesokan hari@ pun
dibekukan.
Jika untuk bekukan terus;

2. Susu perlu disejukkan Min. 1/2 jam sebelum dibekukan @ dicampur ke dalam botol simpan
berisi separuh susu beku.

SELEPAS DISEJUKKAN DALAM PETI AIS MINIMUM 1/2JAM
Sekiranya Untuk Bayi Menyusu· Susu sejuk yang cair,- tuang ke dalam botol susu minum, rendam seketika dlm air panas hingga tahap
suam yg sesuai untuk bayi. (titikkan sikit kat tangan sebelum bagi kat baby).
· Susu yang tidak habis diminum dalam tempoh 1jam tidak boleh ulang minum atau di simpan dalam peti ais
semula.

Sekiranya Untuk Beku (simpanan/stok)· Simpan lebihan susu yang tidak bercampur dengan lebihan susu yang telah diminum oleh bayi ke dalam
botol simpan @ plastik khas
· Guna botol simpan / plastik – boleh isi ikut berapa auns baby minum @ isi penuh botol (perlu tinggal ruang
kosong dalam ½ inci sebab susu beku akan mengembang.
· Labelkan tarikh susu dipam, masa dan berapa auns@ml. Kalau hantar kat pengasuh tambah nama.

3. PANDUAN BEKUKAN SUSU
(peti sejuk-bahagian atas)
a) Peti sejuk 1 pintu – Max. 2 minggu
b) Peti sejuk 2 pinti – Max. 3 bulan
c) Deep Freezer – Max. 6 bulan
d) Bawa susu beku dalam perjalanan – Susun susu beku dalam cooler box hingga 2/4 cooler box.
Tambah kiub ais selang selikan dengan garam sebanyak mungkin. (garam agen pembeku yg terbaik).
Untuk perjalanan jauh lebih 2 jam & sebagai langkah keselamatan, periksa susu beku setiap 2-3jam sekali. Buang ais cair & tambah garam & ais.

**PERINGATAN-
 
susu beku cair tak boleh dibekukan kembali sebab antibody dalam susu ibu dah hilang.
e) Bila dah dibekukan, sebahagian antibodi dah hilang sebab nak lawan bakteria semasa dalam proses
pembekuan. tapi jauh lebih baik daripada susu tepung. Sebab susu tepung takde antibodi.
f) Sekiranya susu telah dicairkan – susu tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam.


4.CAIRKAN SUSU IBU
(Perlu digunakan dalam tempoh 24jam-simpan dibahagian peti sejuk bawah)
a) Ambil stok yang paling lama/terawal yang dibekukan.
b) Lalukan bawah pili air sehingga susu mencair. Memang bazir air. Sesekali bolehla.
@
c) Lalukan sekejap bawah pili air sampai susu cair sikit je. Letakkan dalam bekas berisi air dan simpan
dalam peti sejuk bhgn bawah semalaman. Esok pagi dah boleh isi dalam botol minum anak ikut berapa auns yang bayi perlukan. simpan botol susu minum balik dalam peti ais bawah. Bila nak guna amik je sebotol dulu dan rendam dalam air panas. Susu beku yang dah cair kena guna dalam tempoh 24jam.
d) Kalau tak nak isikan dalam setiap botol minum susu pun boleh. Esoknye bawak je stok botol susu simpan / plastik simpan yg dah cair pegi umah pengasuh. Isi botol2 susu / plastik susu dalam cooler bag siap dengan ice pack yg tahan 12jam.
e) Dalam tempoh 24 jam susu cair baby tak sentuh lagi, Susu tu boleh campur dalam makanan baby, bagi adik beradik dia, mandikan baby, siram pokok bunga, paling akhir kalau sanggup boleh minum..rasa lebih kurang air nasi je. Kalau Putting luka sapukan dengan air susu, puting cepat baik.
 
***KERJA-KERJA ISI SUSU PERLU DILAKUKAN DENGAN PANTAS SUPAYA SUHU SEJUK SUSU TIDAK BERKURANG DENGAN CEPAT.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s