Kanser

Sering kali kita dengar dan baca mengenai kanser serviks. Ia antara penyakit yang digeruni wanita dan merupakan kanser ketiga paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Di seluruh dunia, setiap dua minit seorang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.

Asia mencatatkan 312,900 kes baharu dan separuh daripada jumlah tersebut iaitu 159,800 melibatkan kematian.

Sungguhpun data-data tersebut cukup menggambarkan betapa ‘garangnya’ penangan kanser serviks yang disebabkan oleh virus papiloma manusia (HPV), masih ramai wanita tidak ambil pusing.

“Penyakit ini jarang sekali menunjukkan simptom-simptomnya pada peringkat awal kanser serviks.

“Namun, apabila kanser ini semakin berkembang, ia mula menunjukkan simptom-simptom seperti sakit belakang badan, sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit ketika membuang air kecil, pendarahan selepas menopaus dan pendarahan atau pengeluaran cecair abnormal pada vagina,” kata Ketua Perubatan Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin.

Pemeriksaan berkala

Sungguhpun begitu katanya, seseorang wanita itu tidak perlu menunggu sehingga tercetusnya simptom-simptom tersebut untuk berjumpa dengan doktor kerana mereka seharusnya menjalani pemeriksaan pap smear secara berkala.

Menurut Dalilah, seseorang wanita itu terdedah kepada jangkitan HPV sebaik sahaja aktiviti seks mereka bermula.

Ia mengambil masa dua dekad untuk kanser serviks menular selepas seseorang mendapat jangkitan HPV.

Insiden kanser serviks mula meningkat selepas seseorang berumur 30 tahun dan mencapai klimaks penyakit tersebut pada umur 65 hingga 69 tahun.

“Serviks yang sihat bersifat licin dan permukaannya berkilat, tetapi serviks yang mempunyai kanser sebaliknya. “Hampir 99.7 peratus kanser serviks disebabkan oleh sekumpulan virus iaitu HPV


Cegah Kanser Sebelum Ia Menyerang


Menerusi pembacaan di MAKNA dan beberapa sumber lain, saya terkejut dengan statistik yang ditunjukkan mengenai kanser di Malaysia.

Kanser merupakan antara punca ketiga kematian pramatang di Malaysia.
Menurut National Cancer Registry of Malaysia, 21773 rakyat Malaysia didignos dengan kanser setiap tahun. Hampir 70,000 kes kanser baru dikesan sekitar tahun 2003-2005 di kawasan semenanjung sahaja.
Dianggarkan seorang dari empat rakyat malaysia (1:4) akan mengidap kanser sebelum mencecah umur 75 tahun.
Lima jenis kanser yang paling banyak menyerang adalah kanser payudara, kanser usus, kanser paru-paru, kanser servik dan Kanser nasofaringeal.
Mengikut Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), kanser akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada 2008 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.

APAKAH KANSER?
Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benigna(bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser)

PUNCA KANSER?
Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut. Antaranya radiasi, asap rokok, alkohol dan corak pemakanan yang tidak sihat.

BAGAIMANA MENCEGAH KANSER?

Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya BOLEH DICEGAH setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam. “Sungguh menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain,” kata MArtin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.

Selain menukar dan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang lebih sihat, supplemen dapat membantu memperbaiki ruang- ruang yang kosong dalam diet harian kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

VITAMIN ACE & VIVIX SEBAGAI ANTIOKSIDAN

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..

PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..

BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan KANSER.


 
 
 
 

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s