Punca Kanak-Kanak Sembelit

Sembelit
Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.
Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.
Menghadapi masalah sembelit

* Berikan air yang lebih

Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.
Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.
Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

* Makanan kaya serat

Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.
Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.
Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

* Senaman yang cukup

Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

* Jadual pemakanan yang tetap
Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

* Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik
Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.

Sumber: Utusan Malaysia

Anda juga boleh mencuba Mealshake sebagai makanan tambahan untuk anak anda. Selain daripada dapat membekal nutrisi-nutrisi yang diperlukan badan Mealshake juga mengandungi kandungan serat yang tinggi yang boleh mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak. Saya telah mencubanya dan ia terbukti :)

 
 
 
 
Boleh baca kenapa Mealshake Kesukaan Ramai di sini
 


 credit…

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s