Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)…Apakah Definisi dan Langkah Pengawasan Yang Perlu Diketahuil??

Baru-baru ini ada seorang sahabat yg memberitahu bahawa anaknya kekurangan G6PD jadi beliau bertanyakan saya sama ada boleh atau tidak beliau mengambil Alfalfa kerana beliau masih menyusukan anak beliau dan beliau ada terdengar yg Alfalfa tidak boleh diambil bagi seseorang yg kekurangan G6PD. Dalam hati saya mengucap panjang dan bersyukur kerana si ibu tersangat prihatin dan tahu apa yg boleh dan tidak boleh untuk anaknya. Nasib baik juga si ibu alert dengan keadaan ni dan memberitahu saya jika tidak dikhuatiri sesuatu yg buruk mungkin boleh terjadi.

Jadi saya minta kepada semua sahabat lain, jika boleh sebelum mendapatkan sebarang produk Shaklee terutamanya suplemen daripada saya, mohon untuk maklumkan terlebih dahulu jika anda menghidapai sebarang penyakit yg sedang dipantau oleh pakar perubatan. Mohon juga untuk mendapat khidmat nasihat dari pakar perubatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen atau produk kesihatan yg lain. Untuk makluman anda juga, produk Shaklee adalah suplemen yg insyaALLAH boleh membantu tetapi bukanlah ubatan yg boleh merawat atau mengdiagnosis sebarang penyakit

Oklah berbalik pada topik kita hari ini. Saya nak berkongsi sedikit mengenai Masalah Kekurangan enzim G6PD (G6PD Deficiency).

Apa yg dimaksudkan dengan kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)?

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am, ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria

Pada kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi

Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.

Apakah Langkah-langkah pengawasan yang boleh anda lakukan sekiranya anda atau anak anda menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini?

Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.

Pastikan sebarang ubatan yg diambil haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran dari pakar perubatan. Elakkan dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan maklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak yg kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan ubatan. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapu perut atau kepala boleh memudaratkan. Saya juga ada terbaca mengenai larangan menggunakan Vicks dari seorang pakar perubatan tapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun tidak salah jika kita cuba elakkan.


Kacang Parang — Antara makanan yg perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan G6PD

Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Berikut pula adalah ubat-ubatan serta antara makanan yang tidak boleh diambil atau perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan enzim G6PD:

Ubat untuk Merawat Malaria:

Choroquine
Hydroxycloroquine
Primarquine
Pamaquine
Quinine


Contoh Aspirin — Antara ubatan yg perlu dielakkan

Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit

Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
Phenacetin (Acetophenetidin)
Aminopyrine (
Amidopyrine)

Ubat Antibiotik

Chloramphenicol
Cotrimoxazole (Bactrim)
Furazolidine
Nalidixic Acid
Nitrofurantoin
Nitrofurazone
Para-Aminosalicy Acid
Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
Sulfapyridine
Sulfasalazine

Lain-Lain

Fava Bean (jenis kacang parang)
Naphtalene (Ubat Gegat)
Ubat tradisional
Parabenecid
Dimercaprol
Dapsone
Procainamide
Para-Aminobenzoic Acid
Silver Sulphadiazine Cream
Methylene Blue

Apakah pula tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai??

Ibu bapa semua perlu alert ya dan segera bawa anak ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda berikut pada anak anda ya:

Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
Letih / lesu dan tidak bermaya
Demam

Diharap sedikit sebanyak perkongsian hari ini dapat memberi panduan kepada anda semua ya. InsyaALLAH kekurangan enzim G6PD ini jika dikawal dan dipantau pemakanan serta ubatan yg diambil tidak akan mendatangkan apa2 kemudaratan atau masalah yg serius. Apa-apa pun sebelum pengambilan apa2 jenis produk mahupun ubat-ubatan dapatkanlah nasihat daripada pakar perubatan anda terlebih dahulu

 credit…

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s