BEBERAPA FAKTOR MENYEBABKAN ANDA SUKAR UTK MENDAPAT ZURIAT….KENALPASTI PUNCA DAN JOMMM ATASINYA!!!!!

Assalamualaikum..

salam sayang untuk anda yang tak sudah-sudah, tak habis-habis sibuk dengan urusan seharian kita, banyak benda, urusan, masalah nak diselesaikan tiap-tiap hari. masa sangat pantas berlalu kan?
 
sedar tak sedar anak saya dah empat, bertuah saya dikurniakan dengan dengan cahaya mata, penyejuk jiwa..syukur kpd allah atas nikmat ini, semoga anak-anak saya menjadi anak-anak yg soleh dan solehah yg mana saya dan suami boleh mendapat syafaat di akhirat kelak..saya terpanggil utk buat entry berkenaan tajuk ni mengenangkan nasib suami isteri yg masih ternanti-nantikan cahaya mata.. sesungguhnya ini sebahagian dari ujian allah ke atas hambanya, semoga anda bersabar dan berlapang dada menerima ujian ini dan ini sedikit tips utk anda. selagi kita berdaya, jom usaha utk dapat zuriat.

Ada beberapa faktor yang menyumbang kpd masalah ini :


1) Gangguan Stress ~ disini faktor latar belakang keluarga dimana gaya ddikan, sejarah silam, personaliti, isu-isu yg terpendam,tuntutan kerjaya dan banyak lagi boleh menyebabkan kegagalan ini.

2)Tak kurang juga KEINGINAN YANG AMAT SANGAT UTK MENDAPAT CAHAYAMATA JUGA ANTARA FAKTOR TEKANAN YANG MENYEBABKAN STRESS ~ kesannya GELOMBANG MINDA akan terperangkap di beta dan inilah sebhgn faktor doa pasangan masih ditangguhkan.Pengorbanan wang ringgit,masa, tenaga dan banyak lagi HASILNYA…masih tidak kunjung tiba!!!




Relaxation~ ketenangan AMAT PENTING APABILA KITA MELONTARKAN HAJAT & BERDOA.Ramai terlepas pandang…ingin BERDOA juga perlu ada TERTIB & SENINYA

3)Faktor Biology ~ masalah obesiti, gangguan hormon, cyst, endometrosis, haid yg tidak teratur dsbgnya. Keadaan ni juga dkenali Polycystic Ovary dimana suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.



Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?

Tidak Subur/Mandul.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

I.Haid tidak teratur.

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

IV.Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

4) Faktor Suami
masalah kegemukan,kesuburan dan kualiti sperm yg dihasilkan yang lazimnya berpunca dr tekanan kerja dan MEROKOK.

5) Faktor Gangguan Metafizik~

akibat gangguan sihir atau saka, tidak dinafikan dr segi Islam sendiri memang ada spesis jin @ syaitan yg kerjayanya memakan benih yg dihasilkan untuk membantutkan kelahiran manusia. Ianya disebabkan oleh gangguan jin yang tnggal di dlm rahim yang menganggu proses persenyawaan.(Sumber Rujukan : Tanda sihir & Kekuatan Ruh Mengatasinya oleh Dr Amran Kasimin)TANDA-TANDA GANGGUAN METAFIZIK
a) Sesak di dada selepas waktu asar yg mungkin membawa sehingga ke tengah malam
b) Fikiran selalu melayang
c) Rasa sakit di bawah tulang punggung
d) Cemas di waktu tidur
e) Kerap mengalami mimpi yang menakutkan spt jatuh gaung, dikejar hantu ataupun binatang buas, digigit binatang berbisa spt ular,kala jengking, kucing hitam, bermimpi tercekik,tenggelam dlm air, salib atau gereja dsbnya.
f)Mimpi bersetubuh yang berterusan sehingga 2 atau 3 kali seminggu
g) Mudah sensitif
h) Panas baran
i) Gangguan untuk melakukan ibadah ~ terlupa bacaan sembahyang, merasa was-was yg melampau, badan terasa mengeletar, perasaan terasa sayu dan pilu.
j) Terlihat jin atau terdengar bunyi-bunyi yang asing spt bunyian gendang, loceng, muzik, ribut dsbgnya.
k) Rasa lesu, tidak bermaya
l) Rasa putus asa untuk hidup ~ kegembiraan dan bersedihan yg bersangatan tanpa sebab yg jelas.Ada ketikanya timbul keinginan membunuh diri.
m) Menguap berulangkali, sendawa, mudah mengantuk, perjalanan darah dan degupan jantung lebih kencang, mengeluarkan air mata, bingung hingga kadang lupa jalan pulang cth dr tempat kerja balik ke rumah sehingga boleh tersesat.


saya nasihatkan anda supaya bertindak cepat..semakin hari, semakin umur kita meningkat, nanti bertambah satu lagi masalah iaitu faktor umur pulak, tapi rezeki allah siapa yg tahu..


kalau nak tahu, Shaklee ada menawarkan set kesuburan untuk lelaki dan wanita. sangat istimewa.
credit…..


 

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s