Selama hampir 10 tahun ibu kenali Shaklee maka selama itu la juga ibu amalkan Lecithin sebelum makan. Zaman belajar kat U dulu tiada masalah sebab dari kolej nak ke Fakulti pun dah 15-20 minit jalan kaki….memang sangat membantu la untuk pembakaran lemak….hehehe. Memang slim. Selepas habis belajar, jogging sekali sekala. Banyak exercise dalam shopping complex….jalan satu Mid Valley pun belum tentu berpeluh sebab aircond kuat. Masa menyusu anak paling best!!!! Makan la apa pun semuanya ditukarkan menjadi susu. Best, memang badan maintain slim.
Namun berkat terbaca surat khabar Mingguan Malaysia ada sesuatu yang menarik perhatian ibu seterusnya menjana idea dalam kepala ini untuk mengatasi masalah diet yang ibu sedang lalui. Dalam artikel kesihatan tersebut menceritakan keperluan enzim dalam tubuh badan manusia. Paling menarik, ada pengetahuan baru yang ibu temui….pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik. Berulang-ulang kali ibu baca untuk memahami statement tersebut….
No wonder la ibu cepat lapar….sebab glukos yang sedia ada dalam badan sangat cepat ditukarkan kepada tenaga maka penyebabnya perut cepat lapar sebab badan perlukan lebih bahan untuk dibakar menjadi tenaga.
Oh TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!! Maka selama ini ibu dah silap sebab makan Lecithin sebelum makan.Bagi ibu yang menyusu memang tiada masalah makan sebelum makan sebab pembakaran lemak akan sentiasa berlaku atas keperluan badan untuk menghasilkan susuibu secara berterusan. Namun bagi ibu yang tidak menyusu badan ditambah kurang exercise adalah sangat bagus makan selepas makan.
Apa sebenarnya kebaikan Lecithin sebenarnya? Apa yang ibu belajar dulu, lecithin membantu peningkatan penghasilan kolin dan inositol supaya kita lebih mengingat. Jika Lecithin diambil dengan B complex, ia akan membantu kita lebih tumpuan dalam apa yang kita lakukan dan usahakan. Zaman belajar dulu memang rata-rata kawan ibu makan Lecithin dan B complex. Orite, Lecithin juga membantu mengilatkan kuku, rambut dan mencantikkan kulit. Fungsi lainnya ialah membantu dalam pembakaran lemak tidak tepu dalam badan kita. Selain ia baik untuk jantung dan membantu dalam masalah pembuangan yang tidak lawas.