Sakit jantung pembunuh nombor satu

PAKAR Kardiologi, Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, Dr. Azhani Mohamed Daud memberitahu, golongan lelaki merupakan penghidap sakit jantung dalam bilangan yang lebih tinggi berbanding wanita.

Lebih membimbangkan, 50 peratus kes kematian lelaki akibat sakit jantung gagal diselamatkan di hospital disebabkan serangan yang berlaku secara tiba-tiba.

“Walaupun mereka tidak berasa sakit sebelum itu, ia tidak bermakna mereka sihat sepenuhnya.
“Lelaki berusia 40 tahun ke atas khususnya, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan diri mereka bebas daripada sebarang penyakit berbahaya.
“Pemeriksaan tersebut perlu dijalankan secara berkala agar tidak terjadi kes-kes kematian mengejut akibat sakit jantung,” jelasnya.

Ujar Azhani, beberapa siri ujian membabitkan ujian tekanan, ujian elektrikal kardiogram (ECG) dan ujian spirometri dapat mengesan tanda-tanda awal masalah jantung ataupun penyakit kardiovaskular yang lain.

Namun, tambahnya, jika keputusan ujian tersebut negatif, ia tidak bermakna lelaki itu bebas daripada masalah jantung kerana berkemungkinan penyempitan salur darah masih kecil.
Selain itu, penyakit jantung juga sukar dikesan ketika mendapan kolestrol dalam salur darah masih tipis. Maka, golongan lelaki diingatkan agar tidak mengambil mudah faktor-faktor penyebab serangan jantung.
“Disebabkan pengabaian itu, terjadilah kematian akibat serangan jantung terhadap individu yang tidak disangka mempunyai penyakit tersebut.

“Sakit jantung akan terjadi apabila kolestrol dalam salur darah pecah dan membeku serta-merta.
“Oleh itu, amat penting bagi orang ramai mengenal pasti faktor-faktor serangan jantung seperti usia dan juga latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami sakit jantung,” katanya.
Azhani turut memberitahu bahawa risiko sakit jantung adalah lebih tinggi bagi perokok dan yang tidak mengamalkan pemakanan sihat serta tidak bersenam.

Oleh itu, golongan lelaki dinasihati agar memulakan inisiatif awal mencegah terjadinya penyakit jantung denga ngaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa.

*dipetik dari Akhbar,Kosmo,6 Ogos 2011.

Boleh email kepada saya di hasheena73@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-8844580  untuk sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s