Vitamin Shaklee vs Makanan Seimbang

Adakah anda memilih ini:

eat well plate

Atau ini:

set breastfeeding shaklee

Ramai yang tersalah pilih. Pilih yang atas. Pilih yang bawah.

Pilih kedua-kedua. Tiada istilah : makanan seimbang vs vitamin Shaklee.
Pengambilan vitamin dalam bentuk pil ni bukan bertujuan untuk ‘menggantikan dari makanan’, tidak sama sekali. Malah bukan menjadi sumber nutrien utama.

Makanan seimbang, aktiviti fizikal, amalan rohani, akhlak yang baik… adalah antara pilar-pilar dalam kesihatan yang unggul. Tidak boleh sama sekali meninggalkan asas-asas kesihatan yang baik ni. Tak boleh gantikan makanan seimbang dengan vitamin. Tak boleh gantikan senaman dengan vitamin. Apa lagi gantikan ibadah2 dengan vitamin.

Vitamin diperlukan untuk membantu tubuh kita melawan radikal bebas dari benda-benda ini:-

free radical

Suka atau tidak kita terdedah pada sekurang-kurangnya 40% dari benda-benda di atas.
Sebenarnya badan kita ni memang dah hasilkan radikal bebas secara semulajadi. Bayangkan sel-sel tubuh kita macam kereta… bila berlaku metabolisma, sel-sel ni mengeluarkan asap ‘ekzos’. Kalau kereta, asap ekzos tu yang bahaya sebab ada macam2 gas dalam tu kan. Sama lah sel tubuh kita. Tapi untuk proses semulajadi ni, tubuh kita ada mekanisma untuk neutralkan radikal bebas tu.

Tapi bila kita terdedah pada benda-benda di atas, tubuh kita menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Dan sistem badan kita tak dapat nak atasi dah.

Maka kita kena makan makanan seimbang, bebas segala -id (pestisid, herbisid, germisid), limitkan makanan yang diproses, dan yang paling penting, jauhi makanan rapu serta berkalori tinggi!
Mengikut kajian, penyebab penyakit2 kardiovaskular bukan lagi disebabkan oleh pengambilan lemak, tetapi makanan berkalori ni. Kalori tu dah cukup dah yang kita ambil dalam makanan harian kita ni, tak payah tambah-tambah kalori lagi dengan pengambilan makanan rapu dan minuman bergas. Lagi-lagi bila gaya hidup harian tu pagi-pagi keluar ke pejabat, malam baru balik. Tingkat 1 pun naik lif.

Jadi tidak relevan bila anda makan vitamin sebab nak ‘cover’ tabiat suka makan makanan rapu ni dan juga ‘tak ada masa bersenam’.

Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang adalah WAJIB, bukan pilihan dan gantinya ialah vitamin. Tidak sekali-kali. Namun memang tak dinafikan, tak semua orang mampu melakukannya. Misalnya jika berada di luar rumah, dan mereka yang bekerja pagi-malam ke pagi… Yang tak sempat nak masak di rumah… dan sebagainya. Tapi ia tetap bukan alasan untuk ‘takpelah makan makanan rapu ni, aku kan makan vitamin’.

Walaupun anda pengamal vitamin tegar, tak kiralah vitamin Shaklee ke vitamin apa ke, jangan abaikan perkara-perkara asas kesihatan. Vitamin bukan formula ajaib, ia cuma pelengkap untuk mencapai ODA.

vitamin shaklee RDA

“Makan vitamin pun kena jaga makan? Baik tak payah makan vitamin”. “Makan vitamin pun kena bersenam? Baik tak payah makan vitamin”

Macam ni lah.. Asas-asas hidup yang sihat tu seperti nasi lemak. Vitamin tu sambal tumisnya. Makan nasi lemak lebih kick dengan sambal, tapi makan nasi lemak kosong pun sedap dan kenyang juga. Orang masih panggil ia nasi lemak. Tapi… kalau makan sambal tumis saja? Dah tak nama nasi lemaklah.
Apa-apa sekalipun, vitamin bukan ‘excuse’ untuk tidak mementingkan penjagaan asas kesihatan ;)
Ramai tokoh negarawan kita pengamal vitamin namun mereka juga adalah pengamal gaya kehidupan sihat!
————————-
Berminat boleh hubungi saya terus di 0128844580 atau email saya hasheena73@gmail.com

Setiap pembelian daripada sheena e shop house akan mendapat konsultasi percuma…

Credit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s