Makan vitamin sebelum makan? Apa kesannya?

Saya ingin kongsikan satu info yang menarik tentang pemakanan vitamin. Semoga dapat menambah pengetahuan am kita bersama.

———————————————————————————

Selama hampir 10 tahun ibu kenali Shaklee maka selama itu la juga ibu amalkan Lecithin sebelum makan. Zaman belajar kat U dulu tiada masalah sebab dari kolej nak ke Fakulti pun dah 15-20 minit jalan kaki….memang sangat membantu la untuk pembakaran lemak….hehehe. Memang slim. Selepas habis belajar, jogging sekali sekala. Banyak exercise dalam shopping complex….jalan satu Mid Valley pun belum tentu berpeluh sebab aircond kuat. Masa menyusu anak paling best!!!! Makan la apa pun semuanya ditukarkan menjadi susu. Best, memang badan maintain slim.

Tapi lepas tak menyusu….badan mula sedikit comel….huwaaaa. Maka ibu pun pastikan makan Lecithin dengan sangat konsisten. Bayangkan bila nak jalan petang ngan abah, ibu akan makan Lecithin sebelum keluar rumah….kononnya nak block nafsu makan. Tapi ibu notice sebaliknya terjadi. Lepas setengah jam, perut mula memulas bukan nak ke tandas tapi isyarat perut perlu di isi. Ish ni tak boleh jadi. Nanti jika berterusan ianya tanda tak bagus. Sebab ibu perlu kawal selera makan bukan menambah selera.

Namun berkat terbaca surat khabar Mingguan Malaysia ada sesuatu yang menarik perhatian ibu seterusnya menjana idea dalam kepala ini untuk mengatasi masalah diet yang ibu  sedang lalui. Dalam artikel kesihatan tersebut menceritakan keperluan enzim dalam tubuh badan manusia. Paling menarik, ada pengetahuan baru yang ibu temui….pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik. Berulang-ulang kali ibu baca untuk memahami statement tersebut….

 No wonder la ibu cepat lapar….sebab glukos yang sedia ada dalam badan sangat cepat ditukarkan kepada tenaga maka penyebabnya perut cepat lapar sebab badan perlukan lebih bahan untuk dibakar menjadi tenaga.   

Oh TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!! Maka selama ini ibu dah silap sebab makan  Lecithin sebelum makan.Bagi ibu yang menyusu memang tiada masalah makan sebelum makan sebab pembakaran lemak akan sentiasa berlaku atas keperluan badan untuk menghasilkan susuibu secara berterusan. Namun bagi ibu yang tidak menyusu badan ditambah kurang exercise adalah sangat bagus makan selepas makan.

 
 
 
 
 
 
 
Hmm patutlah ibu rasa macam tiada efek je makan Lecithin sebagai fungsi nak slim. Cuma kebaikan yang ketara adalah sangat senang dan lawas bila ke tandas. Sejak dari itu ibu menukar cara makan Lecithin. Makan selepas makan. Bagi orang yang baru mengenali Lecithin ibu cadangkan makan 3 selepas lunch dan 3 selepas dinner. Pastikan air diambil dengan banyak supaya penyingkiran toksin dapat dilakukan dengan lancar dan sangat baik.

Apa sebenarnya kebaikan Lecithin sebenarnya? Apa yang ibu belajar dulu, lecithin membantu peningkatan penghasilan kolin dan inositol supaya kita lebih mengingat. Jika Lecithin diambil dengan B complex, ia akan membantu kita lebih tumpuan dalam apa yang kita lakukan dan usahakan. Zaman belajar dulu memang rata-rata kawan ibu makan Lecithin dan B complex. Orite, Lecithin  juga membantu mengilatkan kuku, rambut dan mencantikkan kulit. Fungsi lainnya ialah membantu dalam pembakaran lemak tidak tepu dalam badan kita. Selain ia baik untuk jantung dan membantu dalam masalah pembuangan yang tidak lawas. 

Credit

 
Berminat?
 
Hubungi saya di 0128844580 atau email saya hasheena73@gmail.com
Setiap pembelian daripada sheena e shop house akan mendapat konsultasi percuma….
Advertisements

Chicken Pox, Selesema dan Clog Duct

Credit daripada kak nora

Selepas raya iaitu minggu lepas, kami sekeluarga diuji dengan ujian sakit.

Bermula dengan Umar yang dijangkiti chicken pox, kemudian ayah yang selesema dan sakit kepala, bersambung pulak dengan ummi yang kene clog duct. Alhamdulillah, Allah berikan ujian sakit yang kecil je kepada kami.. chicken pox umar tak teruk, selesema ayah sehari dua dah baik, clog duct ummi, walaupun masih terasa sakit dah semakin kurang.

Untuk Umar, ummi mandikan dengan Basic-H disamping menggunakan daun semambu, minum air kelapa muda dan air tawar. Sehari, lebih kurang 3x ummi biarkan Umar berendam dalam air campuran Basic-H, suka betul Umar berendam, time nak berenti menangis2 tak mo keluar..kejap2 Umar cakap ‘main..main‘ sambil tunjuk kat bilik air. Masuk hari kedua, baru Basic-H + daun semambu. Alhamdulillah kat rumah nenek ada pokok semambu. Air kelapa, susah jugak ummi dan ayah cari, round setaman tak jumpa sebab selepas raya, kedai-kedai belum restock stock kelapa.

Last-last, try cari kat pasar borong selangor kat seri kembangan, Alhamdulillah dapat..dah alang-alang beli kat pasar borong..ummi pun borong la 5 biji kelapa..untuk Umar, ummi dan ayah..hehe =) Apa sebenarnya fungsi Basic-H, daun semambu dan air kelapa muda ?

syok berendam dalam Basic-H dan daun semambu.

Basic-H : Ummi mandikan Umar dengan Basic-H kerana Basic-H antibacterial. Cuma beberapa titis je diperlukan untuk Umar berendam. Basic-H adalah pencuci serbaguna, sungguhpun namanya pencuci, ia selamat kerana Basic-H bebas toksik, bebas gas beracun, bebas dari bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, lembut pada tangan dan kulit, pH yang seimbang dan tanpa klorin. Klik untuk mengetahui lanjut tentang Basic-H. Dengan izin Allah, nampak Umar tidak la gatal-gatal sangat, chicken pox pun terkawal..Umar pun aktif macam biasa. Selain mandikan Umar, ummi guna Basic-H untuk basuh baju-baju kami sekeluarga.

Daun Semambu : Secara tradisional, dipercayai daun semambu boleh mengurangkan rasa miang atau gatal akibat chicken pox dengan cara mandi atau berendam dengan air ramasan daun semambu. Selain itu, daun semambu diletakkan di bawah lapik tidur untuk kurangkan miang dan gatal. Cuma, letih sikit la nak kemas daun semambu tu masa buat mandi..tapi untuk kebaikan, layan je la..

Air Kelapa Muda : Secara tradisional, dipercayai dengan meminum air kelapa muda dapat menggalakkan pengeluaran ruam chicken pox, yang mana menjadikan tempoh masa seseorang mengalami chicken pox lebih pendek dan ruam keluar semua..mengelakkan jangkitan berulang.

Orang cakap, tanda chicken pox keluar semua adalah keluar ruam di tapak tangan dan kaki. Macam Umar, ruamnya keluar tak banyak, paling banyak pun kat punggung. Di tangan dan kaki tiada. Ummi pun tak pasti adakah sebab ummi mandikan Umar dengan Basic-H menyebabkan chicken pox Umar terkawal dan adakah Umar mungkin akan dijangkiti chicken pox lagi kerana keluarnya tak habis ?..Wallahua’lam. Ummi doakan yang terbaik sahaja untuk Umar.

Berbalik pulak ke cerita ayah dan ummi..Untuk selesema ayah, selain makan ubat selesema, ummi bagi ayah makan Vitamin C dan Performance Drink. Ubat selesema ayah ambik masa selesema teruk sangat je, bila dah terkawal ayah stop sebab ubat selesema kan mengantuk..asyik nak tidur je..apa pun tak boleh..hehe

Untuk clog duct ummi, ummi ambil 6 biji Lecithin sehari. Clog duct ni secara rigkasnya adalah saluran / duktus susu tersumbat. Jika berlarutan, boleh menyebabkan jangkitan dan kadang-kadang melibatkan pembedahan.

Mula-mula kene clog duct masa cuti menjaga Umar yang masih dalam tempoh kuarantin walaupun nampak dah baik dah dan menjaga ayah yang tak sihat. Patutnya ayah yang jaga Umar, tapi ayah pun tak sihat, Ummi la yang kene jaga kedua-duanya =) Stok lecithin ummi, ummi tinggal kat ofis, so hari kedua kene baru ummi dapat makan lecithin bila dah masuk ofis balik. Badan dah rasa nak demam..seram sejuk je. Alhamdulillah, lepas ambil 6 biji Lecithin beserta dengan bantuan Umar menyusu, keesokannya dah kurang..sakit masih terasa, tetapi rasa seram sejuk demam dah hilang.

Sepanjang mengalami clog duct, ummi akan bagi Umar menyusu belah yang sakit dulu, kemudian baru belah yang satu lagi. Dengan cara menyusu direct akan lebih membantu menghilangkan clog duct selain sesi perahan semasa tidak menyusukan direct. Tujuannya adalah mengosongkan breast bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Untuk clog duct, Lecithin membantu kerana antara fungsi lecithin adalah memecahkan lemak. Ia membantu melancarkan pengaliran dan saluran susu.

Itu lah ceritanya bagaimana ummi menguruskan Umar dan ayah yang tidak sihat. Dengan izin Allah, Allah permudahkan jalan ummi menjaga dan menguruskan kesihatan keluarga =)

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya dan konsultasi percuma! ( 012 – 8844580 /hasheena73@gmail.com )

Alfalfa Bukan Sekadar Milk Booster

 

Alfalfa sinonim sebagai Milk Booster. Tapi..Tahukah anda, Alfalfa sebenarnya mempunyai pelbagai lagi khasiat?
Bercakap tentang Alfalfa sebagai milk booster, teringat kisah di mana semasa balik kampung, saya bagi abah Set G. Abah ada resdung. Bila dah balik KL, adik saya telefon tanya betul ke supplement yang saya bagi kat Abah? Sebabnya pada label tu antaranya tertulis :

  • Sebagai Milk Booster – bagi ibu yang menyusukan anak
  • Membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan
    Haha..sakit perut saya ketawa..dah la adik saya tu memang kelakar orangnya. Terlalu banyak sebenarnya khasiat Alfalfa, tak muat untuk disenarai dalam label.


    Ha..ni dia khasiat daun alfalfa, kalau dalam blog boleh la nak senaraikan banyak-banyak kan? Alfalfa..Selain membanyakkan susu ibu:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthritis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
Tengok item no .17, alfalfa pun bagus untuk lelaki. So, sambil-sambil makan alfalfa, boleh la suap-suap kat suami juga..Bahagia nya =)
 
credit….

 
Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkan Alfalfa dan konsultasi percuma! ( 012 – 8844580 / hasheena73@gmail.com)

Set Breastfeeding Shaklee : Mana yang sesuai untuk anda ?

Sebenarnya ada beberapa set yang biasa dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu. Setnya adalah :
– Set B
– Set E
– Set 3M

Jadi manakah yang paling sesuai untuk anda? Mari kita baca info di bawah untuk mengetahuinya.

Set B 

Untuk : Ibu yang tiada masalah penyusuan 
Kandungan : Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
Fungsi Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Gambar hiasan : Vitamin-vitamin dalam Set B
OsteMatrix


Set E
Untuk : Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian dan Ibu yang mengalami kemeruduman susu setiap kali PMS.

Kandungan : Set B ditambah Ostemetrix.  Ostematrix adalah kalsium Shaklee. Ia adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
Fungsi : Membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Membantu ibu mengurangkan masalah susu merudum sebelum dan semasa period. Walaubagaimanapun, selain Set E (Set + Ostemetrix), set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Untuk : Sangat digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Kandungan Set B , ESP dan Ostematrix.
Fungsi : Membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Ia juga membantu ibu-ibu untuk membuat stok susu.

credit

Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 – 8844580/ hasheena73@gmail.com )

Set Breastfeeding Shaklee : Mana yang sesuai untuk anda ?

 
Sebenarnya ada beberapa set yang biasa dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu. Setnya adalah :
– Set B
– Set E
– Set 3M


Jadi manakah yang paling sesuai untuk anda? Mari kita baca info di bawah untuk mengetahuinya.

Set B 

Untuk : Ibu yang tiada masalah penyusuan 
Kandungan : Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
Fungsi Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Gambar hiasan : Vitamin-vitamin dalam Set B
OsteMatrix


Set E
Untuk : Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian dan Ibu yang mengalami kemeruduman susu setiap kali PMS.

Kandungan : Set B ditambah Ostemetrix.  Ostematrix adalah kalsium Shaklee. Ia adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
Fungsi : Membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Membantu ibu mengurangkan masalah susu merudum sebelum dan semasa period. Walaubagaimanapun, selain Set E (Set + Ostemetrix), set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Untuk : Sangat digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Kandungan Set B , ESP dan Ostematrix.
Fungsi : Membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Ia juga membantu ibu-ibu untuk membuat stok susu.


credit


Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.


Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk dapatkannya beserta konsultasi percuma! ( 012 – 8844580/ hasheena73@gmail.com )

SET PRODUK SHAKLEE

SET KULIT CANTIK DAN SIHAT

SET BERSALIN

SET TURUN BERAT BADAN

SET UNTUK WANITA

 

SET IBU MENGANDUNG

SET J-1 (Trimester I )
Vita-Lea
B Complex
Vitamin C
Ostematrix


SET J-2 ( Trimester II dan III)
Vita-Lea
B Complex
Vitamin C
Ostematrix
Omega Guard

SET IQ ANAK BIJAK

Cerdik dan Sihat)

Cadangan pengambilan supplement ini berbeza mengikut umur anak-anak……

Bagi anak-anak yang masih bersekolah rendah ( 7 tahun dan ke atas)..





1)Shaklee OmegaGuard 2)Shaklee Meal Shake



Bagi anak-anak di peringkat umur sekolah menengah (13 tahun dan ke atas)…..


1)Shaklee OmegaGuard

2)Shaklee Lecithin

3)Shaklee B-Complex

4)Shaklee Meal Shake

1)Lecitin

Mengandungi choline yang sangat perlu untuk otak berfungsi dan meningkatkan daya ingatan. Lecitin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak
<!–[if !supportLineBreakNewLine]–>
<!–[endif]–>
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.

2)Shaklee B-Complex

Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein,
Anti stress (sebagai penenang),
Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,
Menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan
Membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik)
Jadi, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya penumpuan akan menjadi lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


3)SHAKLEE OmegaGuard
SHAKLEE OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.
Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang.


4)SHAKLEE Meal Shake
Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Shaklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Shaklee Meal Shake ini, membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk tumbesaran anak-anak. Selain itu Shaklee Meal Shake ini juga merupakan sumber Kalsium yang tinggi dan diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein anak-anak. Di datangkan dalam perisa vanilla yang sangat lazat

********************************************************************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Kesan dan Bahaya mengambilan ponstan

Sejak dari dahulu lagi dan sudah menjadi kebiasaan kita sekiranya kita mengalami demam, senggugut atau pening kepala kita mesti cari ubat. Ramai yang mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan gejala kesakitan. Sama macam saya kalau sakit sikit makan penadol, sakit perut makan penadol. Penadol adalah satu jenis ubat yang mesti ada di dalam rumah dan pergi mana-mana mesti bawa penadol.

Tahukah anda bahayanya sekiranya kita kerap memakan ubat tahan sakit ini. Semenjak saya tahu kesan dan bahaya pengambilan ubat tahan sakit ini saya telah berusaha untuk menahan diri daripada memakan ubat tahan sakit. Menurut Pengarah Klinik Pakar. Hospital Mount Elizebeth Singapura, Dr. Alex Yeo ada yang beranggapan penyakit remeh temeh seperti pening kepala atau sengal-sengal boleh diubati dengan pengambilan penadol atau ubat tahan sakit.

belakang dan pergelangan yang kronik.
Kata beliau, banyak kajian melaporkan sakit kronik sebagai penyakit senyap yang sentiasa berlaku kepada masyarakat hari ini.

“Sakit sebegini walaupun ada kalanya dianggap remeh namun ia menjejaskan aktiviti harian termasuk kerja, tidur dan membuatkan seseorang tidak memberi perhatian sepenuhnya pada sesuatu tugasan atau menikmati hobi serta aktiviti yang lain,” katanya

Namun Penyakit yang dianggap remeh ini boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik jika pengambilan tidak terkawal serta tanpa mengambil rawatan yang betul. Pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan buah pinggang.




Bahaya Kepada Tubuh Kita


Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.
KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.
KESAN PADA GINJAL
Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.
Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke buah pinggang.
Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.
KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.
KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.
KESAN KEPADA PERUT
Kepada perut, kesan NSAIDs adalah bergantung kepada dos yang diambil. Kesan kepada perut :
– bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
– perut menjadi luka (gastritis)
– perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
– perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
– perut berlubang (gastro perforation)
Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung


Sumber rujukan Berita Harian
 

********************************************************************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse