Cara Mengurus dan Menyimpan Perahan Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”
Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233

Susu Perahan Untuk Raudhah

Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu🙂


Bekas yang Sesuai Digunakan:

  1. Botol kaca – terbaik namun mahal dan sukar dikendalikan terutama jika bayi dihantar ke nursery
  2. Botol susu biasa (BPA Free) yang tidak mempunyai gambar berwarna kerana warna dikhuatiri boleh bercampur dengan susu
  3. Bekas Dadih – Boleh digunapakai sebanyak 3 kali sahaja
  4. Plastik pakai buang yang dikhaskan untuk susu ibu.


Tempoh Hayat Susu Perahan:

 

1. Suhu Bilik

  • Bilik tak de aircond (suhu antara 25C – 37C) – tidak lebih 4 jam.

  • Bilik ade aircond (suhu antara 15C – 25C) – antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnye aircond sentiasa ‘on’ sepanjang masa.

2. Dalam Fridge/Freezer

  • Cooler bag/box – tahan antara 12 – 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu – bahagian beku (suhu antara -18C – -20C), 3 bulan, bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C – 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu – bahagian beku, 2 minggu
  • Deep Freezer – 6 bulan

Credit – Jadual Penyimpanan Susu Ibu


Kaedah Penyimpanan

  • Pastikan kuantiti mencukupi setiap kali penyusuan. Contohnya, jika bayi minum 2oz tiap kali penyusuan, letakkan susu sebanyak 2-3 oz bagi setiap bekas.
  • Simpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan dilakukan.
  • Simpan di dalam peti sejuk, di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk bagi memastikan suhunya lebih stabil.
  • Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas tidak diisi terlalu penuh, maksudnye ada ruang untuk pembekuan susu berlaku.

Kaedah mencairkan susu ibu


Memanaskan susu ibu dengan air yang sangat panas akan memusnahkan nutrien dalam susu tersebut. Cara yang sesuai untuk mencair dan memanaskan susu ibu ialah dengan mencairkannya dengan perlahan2 di mana perubahan suhu tidak secara mendadak.


Susu yang dibekukan:

  1. Turunkan ke bahagian bawah (bahagian sejuk) di sebelah malam sebelum susu tersebut diberi kepada pengasuh
  2. Biarkan susu mencair dengan sendiri atau membiarkannya di bawah aliran air paip
  3. Panaskan susu dengan air suam


Salam sayang,

Berminat dengan pam susu dan barangan penyimpanan susu boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com
 
credit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s