SET J: SUPLEMENT UNTUK IBU HAMIL

Alhamdulillah, bulan ini boleh dikatakan antara set yang semakin mendapat sambutan di RV.Com adalah Set J khas utk ibu hamil ini. Itu maknanya ramai kawan2 yang bakal menimang cahayamata tahun ini kan? Bestnyeee….Khas untuk anda semua, kali ini ingin saya kongsikan apakah VITAMIN ASAS yang boleh diambil oleh ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan 9bulan 10 hari.
Bagi ibu-ibu hamil yang mendapati sukar untuk mengambil kesemua zat yang diperlukan daripada diet harian masing-masing, contohnya ketika mabuk yang teruk, kesibukan bekerja, tahap kesihatan yang kurang memuaskan dsbnya, pengambilan suplemen sangat membantu untuk menampung mana-mana kekurangan nutrisi yang ada. Sebagai Shaklee Independent Distributor, pastinya saya akan memilih vitamin semulajadi Shaklee sebagai suplemen bagi kesihatan kami sekeluarga.

Bagi ibu-ibu mengandung, di bawah adalah beberapa cadangan suplemen (yang terangkum di bawah Set J- Set Ibu Hamil) yang boleh diambil mengikut kesesuaian dan peringkat kehamilan.

VITAMIN ASAS Sepanjang Trimester Pertama:



Lebih dikenali sebagai Set J-1 ataupun Eu-Four Pack, ia mengandungi:-

  • Vita-lea → multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan menyeluruh. Kandungan zat besi dan asid folik di dalamnya juga membantu ibu-ibu hamil mengekalkan paras hemoglobin adalah normal dalam darah dan mengelakkan anemia.
  • B-Complex → lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Ia berfungsi menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga, juga merupakan “happy vitamin” bagi membantu ibu-ibu sentiasa tenang, ceria dan gembira sentiasa. Vitamin B juga dapat menjadikan kulit si ibu lebih berseri dan tidak kusam.
  • Vita-C → membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, juga meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh jika diambil bersama Vita-lea Iron Formula.
  • Ostematrix → pengambilan kalsium yang cukup dapat membina tulang dan gigi sihat dan kuat bagi kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan. Ia juga membantu menghalang kekejangan otot yang dialami ketika hamil dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan, serta turut berperanan membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu.


VITAMIN ASAS Sepanjang Trimester Kedua & Ketiga:

 


Set ini dikenali sebagai Set J-2 , mengandungi suplemen yang sama dengan Set J-1 tadi, hanya ditambahkan OmegaGuard untuk menambahkan khasiat minyak ikan ke dalam nutrisi harian.

  • OmegaGuard merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


VITAMIN OPTIONAL Sepanjang Trimester:

Suplemen berikut juga baik untuk diamalkan mengikut keperluan badan (TAK WAJIB, ya!):

 


Saya yakin di luar sana terdapat pelbagai jenis pre-natal vitamin (vitamin untuk ibu mengandung) untuk ibu-ibu membuat pilihan. Secara ringkasnya, suplemen asas yang disyorkan untuk ibu hamil terdiri daripada multivitamin, asid folik (salah satu daripada 8 kumpulan B-complex), vitamin D dan kalsium, begitu juga dengan fish oil (minyak ikan) yang diakui baik untuk pembentukan dan pertumbuhan mata, otak, sistem imun dan juga sistem saraf bayi di dalam kandungan.

Jadi, pilihan di tangan anda untuk memilih jenis vitamin yang bagaimana, kerana pastinya setiap sumber vitamin ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Namun, jika anda juga ingin cuba mengamalkan vitamin semulajadi pilihan saya, boleh hubungi saya untuk cadangan dan jadual pengambilan vitamin yang sesuai.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kondisi kesihatan kita tidak sama, terutama ketika hamil ini. Maka, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius tatkala hamil, seperti Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ataupun Darah Tinggi, segeralah merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu ya.

Semoga para ibu hamil dapat menjalani tempoh kehamianl ini dengan lebih sihat, ceria dan bertenaga.

Credit
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-

Hasheena
Email : hasheena73@gmail.com
SMS/WhatsApp : 012-8844580

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s