Susu banyak bukan dengan Suplemen semata-mata..

 

Assalamualaikum,
Setiap ibu dan bakal ibu mengimpikan untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil, namun ia juga bukanlah sesuatu yang mudah. Tekad dan azam sahaja tidak mampu menjamin kejayaan si ibu menempuh tempoh penyusuan dengan jayanya. Ia perlu diiringi dengan usaha. Usaha di sini bermaksud persediaan mental dan juga fizikal.
Persediaan Mental

Mental kita akan lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya ilmu penyusuan penuh di dada. Antara info yang perlu ibu menyusu tahu ialah seperti:
  • Cabaran yang bakal dihadapi
  • Cara menyusu yang betul (latching, dll.)
  • Kebaikan menyusu kepada ibu dan bayi
  • Bagaimana susu ibu dihasilkan
  • Cara-cara pengendalian susu perahan (EBM)
  • Persediaan ibu bekerja untuk teruskan penyusuan
  • Mitos-mitos penyusuan
  • Diet sihat ibu menyusu
 

Banyak ilmu penyusuan dikongsikan di forum-forum seperti http://www.susuibu.com

Persediaan Fizikal

Peralatan atau gajet-gajet penyusuan yang mudah diperolehi sekarang ini juga membantu memudahkan si ibu mencapai misi penyusuan 2 tahun.
  • Pam susu – carilah yang bersesuaian dengan bajet dan yang lebih penting yang serasi dengan kita. Ada sesetengah kedai yang menjual peralatan penyusuan menyediakan pelbagai jenis pam untuk dicuba oleh ibu agar dapat membuat pilihan yang tepat.
  • Bekas menyimpan EBM – ada yang suka menyimpan susu perahan dalam botol dan tak kurang yang gemarkan liner kerana lebih menjimatkan ruang.
  • Deep Freezer – lebih hygienic kerana EBM tak bercampur dengan ikan, daging dsb..
  • Nursing Bra
  • Nursing Pillow
  • Breast pad

Nursing cover comel-comel sekarang ni🙂

Suplemen
Bagaimana pula dengan suplemen? Adakah keperluan zat bagi ibu menyusu boleh dipandang enteng? Sekiranya ibu mengandung sering dipantau pengambilan suplemennya, tetapi ibu menyusu kurang ditekankan kepentingan suplemennya. Contohnya keperluan kalsium di mana perlu diteruskan pengambilannya walaupun selepas melahirkan.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Ibu menyusu sepatutnya mengekalkan diet sihat seperti yang diamalkan semasa mengandung. Ini kerana keperluan nutrien ibu menyusu tidak jauh bezanya dengan ibu mengandung. Adalah normal bagi ibu menyusu berasa cepat lapar dan haus kerana pembakaran kalori yang banyak dalam penghasilan susu badan. Oleh yang demikian, sangat penting untuk si ibu memastikan pemakanan yang seimbang supaya penghasilan susu tidak terjejas. Pemakanan seimbang merangkumi:
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Hasil tenusu
  • Roti dan cereal
  • Protein
Secara idealnya memang kita mahu amalkan diet yang sihat.. dengan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Namun dengan gaya hidup zaman ini yang serba pantas dan ‘instant’, mungkin agak sukar untuk pastikan badan kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan daripada pemakanan harian. Di sinilah suplemen banyak membantu. Samalah sewaktu mengandung, zat dan nutrien diambil daripada badan si ibu utk disalurkan kepada bayi. Jadi jika si ibu tidak menggantikan zat-zat yang telah diambil itu, badan ibulah yang akan ‘suffer’.
Just because your baby won’t be harmed by your occasional dietary lapses doesn’t mean that you won’t suffer. When you don’t get the nutrients you need from your diet, your body draws on its reserves, which can eventually become depleted. Also, you need strength and stamina to meet the physical demands of caring for a new baby.

Sumber: WebMD

Suplemen membantu si ibu untuk lebih kuat, bertenaga serta ceria supaya penyusuan dapat berjalan lancar. Percaya atau tidak, bila badan kita mendapat khasiat yang secukupnya, ia secara tidak langsung mampu menghasilkan susu dengan baik sekali. Namun, pengambilan suplemen perlulah diiringi dengan konsep asas penyusuan.
Di sini saya kongsikan testimoni seorang ibu cekal yang telah berjaya mempertingkat hasil susu badannya dengan pengambilan suplemen Shaklee, beserta dengan jadual pam yang konsisten. Syukur alhamdulillah, beliau kini lebih bersemangat untuk meneruskan misi penyusuan kerana badan berasa lebih bertenaga. Sebagai bonus, kulitnya juga semakin cantik dan bersih😉
So far lebih dari ok makan Shaklee…alhamdulillah production susu pun makin bertambah dgn power pumping, pum konsisten… makan oste pun dah bertenaga dari dulu dah xrasa penat dan malas2 bila nak bangun pagi g keje..Mak mentua pun ade Tanya saya makan ape sampai kulit pun bersih je.. skrg stok susu untuk baby pun seronok tengok…

Sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan atau simply ingin mengekalkan momentum dengan hasil susu yang meriah, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Saya akan bantu berdasarkan pengalaman saya sendiri menyusukan tiga orang anak saya serta ilmu saya dalam bidang suplemen, insyaAllah.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-8844580
fb: Hasheenabeevi
ID Shaklee: 869586
 
credit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s