Ibu Lokek Susu


Ibu Lokek Susu

Assalamu ‘alaikum,

Ha!!! Terpana tak dengan topik Ibu Lokek Susu. Sebenarnya, saya petik ini dari artikel Berita Harian – Lokek Susukan Zuriat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lokeksusukanzuriat/Article

Ada juga saya terfikir sebelum ini, tapi ragu-ragu nak suarakan pendapat. Bila ada artikel yang menyokong buah fikiran saya ni, uih… semangat betul saya nak kongsikan di sini.

Baca tak artikel kat atas tadi tu? Artikel tu tak penuh, yang penuh kena tengok akhbar, sisipan Ratu. Ha, bacalah sendiri…. (Serius saya ni tau!!!)

Apa yang saya boleh kongsikan adalah:

  1. Memang dituntut dalam Agama Islam agar menyusukan anak sehinggalah anak berumur 2 tahun… Bagi yang tidak mahu meneruskan atau sekiranya perlu diputuskan susu, dibolehkan dan mestilah mendapat muafakat antara ibu & bapa si anak, atas sebab-sebab yang relevan. Ibu-ibu yang berjaya menyusukan sehingga 2 tahun beerti berjaya menyempurnakan tugasnya (Al-Baqarah, Ayat 233). Kan bagus, jika kita salah seorang darinya 🙂;
  2. HANYA 1% daripada ibu menyusu di dalam dunia ini yang tidak mampu menyusukan anak atas faktor sakit dan sebagainya, jadi TIADA alasan sebenarnya melainkan si Ibu ini LOKEK sebenarnya;
  3. Sekiranya, susu merudum – itu bukan alasan. Banyak lagi makanan segar/semulajadi, vitamin, kaedah yang boleh membantu menambah susu. Sekiranya si ibu memberikan alasan, susu dah tak ada sedangkan sebelum ini boleh menyusukan, tetapi tidak berusaha dari segi kesihatan, diet dan tidak memerah susu 2 – 4 jam sekali, tidak mencuba aktiviti power pumping (sekiranya susu betul-betul telah menyusut), tidak cuba berurut (tidaklah digalakkan kerana boleh merosakkan tisu-tisu payudara) itu bermakna, si ibu ini MALAS!!!
  4. Sedangkan wanita yang tidak pernah mengandung, yang belum berkahwin pun boleh menjadi ibu susuan, inikan pulak kita yang mengandung, melahirkan dan pernah menyusukan? Bukanlah saya menyokong pengambilan ubat hormon bagi menghasilkan susu badan (apapun pilihan semulajadi tetap nombor 1 pilihan saya), tetapi ingin menegaskan dalam keadaan bukan semulajadi pun seseorang itu mampu menyusukan. Beerti, kita perlu berusaha dan berkorban!!! Bukan BERALASAN…
  5. Sekiranya, anak masih mahu menyusu sebelum mencapai usia 2 tahun, tapi kita yang tak mahu berikan atas sebab yang boleh dielakkan/diusahakan lagi, beerti kita tergolong dalam ibu yang ZALIM (secara halus). Sedarkah kita? Kita sendiri yang tahu apa yang kita lakukan…
  6. Sekurang-kurangya susukan lah selama 6 bulan, ingat lagi tak artikel saya tentang pneumonia? Pembunuh senyap kanak-kanak gara-gara tidak disusukan dengan susu ibu? Baca sini:

Ha3… Minta maaflah sekiranya, tulisan kali ini agak pedas!!! Pedas ke? Berdesing telinga? Iskh3… mesti salah intonasi baca tinta saya di atas tu. Bacalah dengan jiwa tenang, terbuka dan nada lembut. Nada kasih sayang tu. Apapun, sekiranya semua telah kita usahakan 100% dan lebih, tapi kita tak mampu juga, jangan bersedih pula. Redha dengan Kehendak Tuhan. Kalau setiap perahan, dapat sikit… pun Redha, ada juga…. Moga kita tidak tergolong dlm 1% tadi, kita tidak tergolong dalam ibu yang malas, kita tidak tergolong dalam ibu yang beralasan, kita tidak tergolong dalam ibu yang zalim dan kita BUKAN IBU YANG LOKEK SUSUKAN ANAK!!!

Sekiranya perlukan bantuan, banyak cara kita boleh dapat, kumpulan sokongan, merata di mana-mana. Atas talian pun ada. Cari sahaja di internet🙂

Kalau nak ikut cara saya… Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya – 0128844580 atau pm via fb: hasheenabeevi atau emel: hasheena73@gmail.com

Salam sayang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s