Hamil tapi masih menyusukan anak..

Kali ni cerita basi ku jugak.. 2 minggu lepas.. heheh Dah 2 minggu berlalu, and aku baru nak post pasal menyusukan anak ketika hamil.. atau dalam erti kata lain, menyusu ketika mengandung. Kenapa tiba2 aku buat satu entry pasal ni? Hehehhe No No No.. Bukan bukan bukan… Mesti korang ingat Khayra nak dapat adik kan? Sebab tu dok kecoh nak buat topik nih.. :P Sebenarnya aku terpanggil tuk buka topik ni sebab cerita 2 minggu lepas. Mula-mula aku percaya yang kalau time mengandung pun, kita boleh menyusukan anak kita.
Kenapa aku sangat nak tau pasal mengandung and menyusukan ni? Aku agak confius sikitla pasal ni sebabnya ikut pembacaan aku yang tak seberapa, aku tau boleh kalau kita sambil pregnant, kita menyusukan anak kita. Tapi ramai la pulak yang cakap tak boleh. Dan ada sorang kakak ni bagitau kalau kita pregnant, tak elok kalau kita menyusukan anak. Alasannya, susu kita tu tidak lagi mempunyai khasiat yang sepatutnya untuk anak kita. Dengan bagi susu kita ni jugak boleh mengundang perkembangan otak yang tidak sihat kepada anak kita. Anak kita boleh jadi lembab… Aku masa tu agak terkejut jugak. Bila aku tanya balik pasal tu, kakak ni cakap yang memang dah ada research bagitau pasal khasiat susu tu dah tak sama and ikut hadith pun cakap tidak elok. Memang lepas tu, dia nasihatkan pisahkan anak kalau dia menyusu badan dengan kita.Sebab kn kakak ni dok kaitkan dalam hadith pun ada tulis, membuatkan aku rasa nak cari lebih detail lagi pasal menyusukan anak ketika hamil nih. Tu yang lama gak post ni aku baru post sebab aku mencari info bagai.. :P
Mula-mula meh aku kongsikan pendapat orang tua kalau tiba-tiba kita mengandung and still menyusukan anak ni.. Kalau orang tua dulu2 memang tak kasi. Even nurse pun akan cakap suruh berhenti kalau menyusukan anak ni. Betul tak? Banyak sangat yang bagitau tak elok menyusukan anak ketika mengandung. Ada yang cakap, kalau mengandung lagi nanti, tak elok bagi anak susu badan sebab anak kita tu dah tak minum susu dah.. Dia dah minum darah, bukan susu lagi. Hehehhehe yang ni, memang aku tolak terusla alasan ni. Walaupun ada yang bgtau, susu ni memang asal-asalnya darah. Sebab aku ni kureng sikit bab2 yang macam ala-ala tak logik ni…. :D Aku senyap je.. Tak nak komen lebih2… Ahaks.. Lepas tu, ada yang cakap susu tu dah jadi hak adik. Bukan hak kakak/abang dia lagi.. Ada jugak yang bagitau nanti badan kita pulak takde nutrisi. Anak dalam kandungan tak cukup zat dan sebagainya. And semestinya, semuanya negatif belaka.. :) And aku percaya sekiranya la kan… In casela… kalau la Khayra dapat adik.. IN CASE tau… family aku sendiri akan bantah.. Hahahhahaha Sebab tu aku rasa tak salah tambah ilmu ni… At least aku ada pengetahuan and boleh defend diri aku bila tiba saat tu. Macam aku memperjuangkan kebaikan BF di mata diorang… :P
Lepas tu aku mulakan pencarian aku… Sebab aku nak tau lebih detail lagi, aku memang bercinta sakan la dgn mr. google. Heheheh sakan konon… lepas tu amik masa lebih 2 minggu… ekekkekeke Amik masa yang agak lama jugak sebab hubungan kami hanya mampu sekejap2 je.. Sebab aku sangat busy dengan keje aku… :DAku ada jumpa kat hamid arshad punye website. kat link ni.. Ada sorang kakak ni bertanyakan pasal mengandung sambil menyusu. Ni tahun 2006. Dah lama jugakla.. Mungkin tak releven, tapi biarla kita kongsi bersama.. :)
Soalan:
assalamualaikum dr..
saya berusia 26 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 14 bulan. saya baru saja disahkan hamil 7 minggu. untuk pengetahuan dr, anak sulung saya masih menyusu badan. saya pernah terbaca bahawa menyusu semasa hamil adalah merbahaya. kenapa? saya merancang untuk mengurangkan penyusuan badan secara beransur-ansur sebelum berhenti sepenuhnya. adakah ia akan menjejaskan kandungan saya sekiranya saya terus menyusukan anak sulung saya untuk tempoh sebulan lagi? harap dr dpt memberi penjelasan dan nasihat yang sebaiknya.
terima kasih atas kerjasama dr.

Jawapan:

Menyusu semasa hamil boleh menyebabkan keguguran terutama jika seseorang mempunyai kes sejarah keguguran yang tinggi. Ini kerana hormon prolactin menyebabkan pengecutan rahim dan ini boleh menyebabkan janin sukar melekat.
Jika anda menyusu sewaktu anda hamil anda mendedahkan diri kepada risiko keguguran walaupun terdapat kes di mana ia tidak berlaku.

And aku ada jumpa satu soalan daripada seorang hamba Allah ni mengenai dia terjumpa dengan satu fatwa yang menyatakan kita tidak dibenarkan menyusukan anak ketika hamil. Boleh baca kat sini ek :)
Soalan beliau adalah :

I heard that there are many Hadeeth saying breast feeding during pregnancy is not allowed. I managed to find only this: Partial Sunan Abu Dawood, Book 28, Number 3872: Narrated Asma, daughter of Yazid Ibn as-Sakan: I heard the Apostle of Allaah (peace be upon him) as saying: ‘Do not kill your children secretly, for the milk, with which a child is suckled while his mother is pregnant, overtakes the horseman and throws him from his horse.’ Please clarify.

And jawapan untuk soalan ini,

A pregnant woman is permitted to breastfeed her child if this breastfeeding does not cause her, her child, or the foetus she has in her womb any harm. This harm could be known by experience or by being informed about it by a trustworthy doctor. The Prophet  sallallaahu  `alayhi  wa  sallam ( may  Allaah exalt his mention ) said:I was about to forbid Al-Gheelah (having intercourse with one’s wife while she is breastfeeding), and then I remembered that the Romans and Persians did so, and it did not harm their children.[Muslim]
The scholars may  Allaah  have  mercy  upon  them differed in opinion when interpreting the meaning of Al-Gheelah in the above narration. Some interpreted it by a husband having sexual intercourse with his wife while she is breastfeeding. Some others interpreted it by a woman breastfeeding her child while pregnant. Anyway, in both cases, this is not forbidden if there is no real harm or when one is pretty sure that this does not cause any harm. For more benefit, please refer to Fatwa 87785.
As regards the narration which is mentioned in the question, it is reported by Ahmad and Abu Daawood may  Allaah  have  mercy  upon  them and it is a weak narration.
Allaah Knows best.

Bila aku jumpa pasal info ni, lagila menambahkan keyakinan kepada aku yang kita memang boleh menyusukan anak kita walaupun kita hamil. Kebanyakan yang aku google pun banyak yang bagitau kita boleh menyusukan anak kita ketika hamil.
Aku ada baca pasal Mommy Lyna, still BF kan anak dia, hafiy walaupun dia sedang pregnant. :) Kalau tak silap aku, mula-mula aku baca kat e-book dia rasanya. Dalam blog Mommy Lyna sendiri ada satu topik pasal ghilah ni. Search je word ghilah. Hehehhehe Aku dah baca and aku dapati hadith yang mommy lyna dapat tu pun sama dengan hadith yang aku dapat tu.. Okeh, ni translator dia.. Mommy Lyna, saya kepilkan sikit kat sini ye.. :)

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
Kemudian, dalam blog kak fid pun ada jugak bagitau pasal menyusukan anak ketika pregnant ni. Ia tidak menjadi kesalahan agama kalau kita tetap nak teruskan untuk menyusukan anak kita walaupun kita preggy. Ingatkan aku ada mention pasal orang tua-tua dulu, mesti akan cakap, tak elok sebab amik hak adik? Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, ni pulak cakap, takde istilah abang/kakak minum susu adik dia.. Sebab hak adik tu, adalah masa saat dilahirkan. :)
And aku ada baca dalam forum susu ibu tentang nutrien flow bila kita menyusu dan mengandung ni. Mana yang didahulukan dan mana yang dikemudiankan. Keperluan yang paling utama ketika mengandung sudah semestinya anak dalam kandungan kita tu kan? so, semua nutrien akan ke fetus dulu. Lepas tu baru la ke anak yang sedang kita susukan and last sekali barula kita. :) Betulkan kalau info saya ni salah ye… :)
Dan banyakla lagi info-info yang aku dapat dari pencarian aku nih. Apa yang dapat aku simpulkan dari pencarian aku tu, Islam tidak melarang sekiranya kita ingin menyusukan anak kita walaupun ketika itu kita sedang mengandung dengan SYARAT kita mampu dan tidak memberi kesan buruk terhadap diri kita, anak dalam kandungan dan anak yang sedang menyusu.
Untuk memastikan yang kita berkemampuan untuk menyusukan anak kita walaupun kita hamil, mula-mula kita kene consult dengan pakar or doktor yang bertauliah. Minta nasihat daripada mereka. Ini kerana kalau kita pernah mengalami keadaan seperti:
  • Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • Pernah keguguran
  • Mengalami pendarahan semasa hamil
  • Positif GBS carrier
  • Atau kehamilan yang berisiko tinggi seperti mengandung berusia lebih dari 35 tahun atau kurang 17 tahun, ada penyakit kronik seperti diabetes dsb.

Biasanya kita tidak boleh meneruskan niat kita untuk BF anak kita. Dikhuatiri akan memudaratkan diri kita sendiri.
Bagi yang memilih untuk meneruskan niat suci murni kita ni, kita perlu pastikan yang kita bertenaga dan berkemampuan. Kita juga perlu tahu semasa kita mengandung, puting susu kita akan lebih sensitif. Penghasilan susu juga akan berkurangan. Oleh itu, kita perlu

  • Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan. Pemakanan yang sihat boleh membantu dalam menjayakan niat kita tu. :D
  • Dapatkan rehat secukupnya sebab kita mudah untuk terasa penat.
  • Pastikan anak kita menyusu dengan betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil.
  • Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.
  • Kita juga tidak perlu bimbang anak kita “mencuri” kolostrum untuk adiknya sebab badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan. :D
  • Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.
Ermm.. rasa dah panjang sangat post aku kali ni.. :) Aku pun rasa dah clear pasal topik ni. Walau apa pun, pilihan adalah terletak ditanga kita sendiri. Sama ada kita nak pilih cara yang bagaimana. Yang penting, kita tahu apa yang kita nak. Semuanya bergantung pada niat. Tidak kira apa je pilihan yang kita buat, yang penting, kita bahagia dan gembira. Betul tak? :D

Antara sumber-sumber:

 
Credit
 
Berminat ingin mengetahui tentang shaklee hubungi saya di 0128844580 natau email saya hasheena73@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s