Doa Bagi melunaskan hutang

Doa Bagi Melunaskan Hutang dan sebagainya

Katakanlah: “Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu. (ali imran 26)

Engkau masukkan malam ke dalam siang (memperpanjang masa malam) dan Engkau masukkan siang ke dalam malam (memperpanjangkan pula masa siang). Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada terkira.”(ali imran 27)

Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya. Ini juga adalah amalan yang diajarkan oleh guru saya untuk menjadi amalan sepanjang hidup. Ayat ini jika diteliti mangandungi maksud yg sgt mendalam yang menjadi pegangan kita diwaktu susah atau senang, waktu suka dan duka, apabila ditimpa musibah, ditindas oleh orang, untuk mendapatkan kebaikan dan kedudukan yang baik di dunia dan akhirat, untuk diperluaskan rezeki, kemuliaan dunia dan akhirat, perlindungan dari sebarang bahaya…dan bermacam macam lagi yg mungkin bukan dalam pengetahuan saya..

apa pun apabila kita beramal, beramal lah dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana ganjaran atau fadhilat ayat tersebut…Insyaallah doa dan permintaan kita dimakbulkan.credit : forum.carigold.com & islam my relegion

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s