Kurma Yusuf Taiyoob

https://i2.wp.com/raaga.thr.fm/devamp/files/eb/eb131903-3acd-4a3e-82df-7281581111fb.jpg
 

.
———————–*****———————–
.
Produk 1 : KURMA MADU ROTAB (600 gram)
.
https://kedaivitaminku.files.wordpress.com/2012/09/rotab.jpg?w=300
Harga Promosi : (Harga Pasaran : RM11.00)
.
———————–*****———————–
.
Produk 2 : KURMA SAFIA BERTANGKAI (500 gram)
https://i1.wp.com/raaga.thr.fm/getattachment/@Raaga/Mid-Morning/Sections/Yusuf-Taiyoob-Kurma/edit_safia.jpg.aspx
Harga (Harga Pasaran : RM17.00)
.
.
———————–*****———————–
.
Produk 3 : KURMA AMINA BERTANGKAI (500 gram)
https://i1.wp.com/images01.olx.com.my/ui/20/78/67/1339158429_394417167_7-KURMA-RAMADHAN-2012-.jpg
(Harga Pasaran : RM15.00)
 
.
.
———————–*****———————–
.
Produk 4 : KURMA WASEM (500 gram)
https://i0.wp.com/images03.olx.com.my/ui/20/78/67/1339158429_394417167_6-KURMA-RAMADHAN-2012-Malaysia.jpg
 (Harga Pasaran : RM12.00)
 
 
 

NIKMAT KHASIAT SEBENAR KURMA

  • Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
  • Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2%, serat hampir 4% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.
  • Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf.Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
  • Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai
    beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Kurma diakui sebagai buah berkhasiatdan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat Al Mukminah ayat 19,
    “Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.
  • Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
  • Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.
  • Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja.Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s