Belajar Al Quran Dengan Pen Digital Al Quran: Satu Alternatif

Mereka yang mahu mendalami al Quran sudah semakin ramai. Dari sekecil anak-anak tadika (malah ada yang lebih kecil dari itu), anak muda remaja dan anak tua dewasa dan mereka yang sudah lanjut usianya. Baik lelaki mahupun wanita, mereka semua mahu mahir membaca al Quran dengan lancar.
Kesedaran Islam sudah semakin meluas.
Adalah biasa bila kanak-kanak atau remaja belajar al Quran di madrasah, di masjid atau di rumah guru al Quran. Lain halnya dengan orang yang terlebih dewasa, iaitu orang tua. Orang yang sudah berumur lanjut. Mereka ada kekangan dan halangan tersendiri.
Halangan utama ialah perasaan malu, terutama bila belajar dalam kumpulan yang ramai;
1# Memang malu bila sudah tua baru mahu belajar al Quran, baru bertatih-tahih mahu memahirkan diri membaca ayat-ayat al Quran, sedangkan ramai anak-anak kecil sudah fasih membaca.
2# Malu membaca di hadapan ahli kumpulan yang lain kerana bimbang tersilap baca. Ini akan membuatkan mereka semakin lambat memahirkan diri dalam pembacaan.
3# Malu untuk meminta guru mengulang kembali bacaan ayat yang sama beberapa kali bila mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar dengan sempurna.
4# Halangan lain ialah mereka tidak dapat selalu datang belajar. Mungkin kerana lokasi tempat belajar agak jauh dari rumah. Mungkin juga disebabkan keuzuran. Ada juga sebab lain.
Mereka yang berduit, bolehlah mengupah ustaz/ustazah sebagai ‘home tutor’ mereka. Bagi yang tidak berduit, pembelajaran mereka akan terganggu. Ini akan merugikan amalan hidup mereka.
Ada alternative yang boleh diambil oleh golongan yang ‘tersekat’ dalam mempelajari al Quran secara sempurna ini. Mereka boleh memiliki Pen al Quran Digital, satu gajet terbaru untuk memudahkan mereka belajar al Quran dengan menggunakan teknologi terkini.

 

Gajet ini juga boleh diguna oleh sesiapa sahaja yang sedang belajar al Quran, sebagai kaedah untuk memahirkan diri. Sebagai alat untuk mengulang kaji apa yang telah dipelajari dari ustaz/ustazah.
Gajet Pen al Quran Digital ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur kerana ia mesra pengguna.

Harga berpatutan dan sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau hasheena73@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s