Perah susu guna teknik marmet

Pernah dgr tak teknik marmet ni?? Pada yg tak tau, teknik marmet ni ialah pam susu guna tangan sendiri secara manual.. tanpa bantuan pam2 biasa tu.. Dulu aku ada la terbaca pasal teknik ni.. tp time tu tak terfikir akan keperluannya.. yela, kan da beli breastpump, buat apa nak guna tangan plak.. berlagak btul.. tp bila beberapa hari lepas, nipple aku melecet sampai luka sket, barula kelam kabut nak blajar teknik marmet ni.. memula tu taklah sampai terluka, so aku nak pam la, skali terluka terus.. time tu rasa cuak btul.. mcm mana nak buat ni?? Nak bg direct, lg la makin teruk, nak pam pun tak bole gak.. time tu la baru terpikir nak pasal teknik marmet ni… aku google2 la gak.. tp kejap jer.. sbb time tu nak kuar umah dah.. aku pun main hentam jer picit2 situ.. picit2 sini.. sakit gak, tp bila fikir, kang kalo da kat luar, susah plak nak feed Kimi… hasilnya, dptla dlm 2 oz jer kot…wpun time tu cik b da agak bengkak gak la..
Nasib baik ada gak stok EBM kat umah.. bwk la 2 botol utk bekalan.. time tu sedih gak, rasa stress sbb tak dpt nak express byk.. huhu…. Time jalan2 kat luar tu, aku terus g kat mothercare kat the Curve… mula2 tu cari nipple cream.. pastu ternampak nipple shield.. terus beli… nasib baik Kimi ok jer aku pakai nipple shield tu..
Balik umah, terus sambung google pasal teknik marmet… hasilnya, aku dpt la info pasal teknik ni dr http://azurahanuar.my/memerah-susu-menggunakan-tangan/
Basically, caranya mudah jer..
1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
2. Duduk dengan selesa.
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.
4. Ampu payudara.
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.
6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9).
Tolak
7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.
Tolak dan golek
Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.
10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.
Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.
1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.
2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.
3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.
Bagi aku teknik ni wajib dipelajari oleh semua breastfeeding mummy.. utk emergency case.. contoh mcm kes aku, tak pun kalo tertinggal breastpump ker.. takdela kelam kabut kan.. Mula2 mungkin rasa kekok, tp lama2 ok jer.. rasa syok plak.. haha.. ok, selamat mencuba kwn2!!
nak lg senang, tgk je la video ni…

 
Credit….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s