TIP BAGI IBU MENYUSU SEMASA BERPUASA

1) Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. Yakin Allah yang beri susu
 
2) Berdoa:”Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusukan anakku”.
3) Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur.
Nabi saw bersabda:
“Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”.

4) jangan skip sahur

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair

6) Banyakkan makan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman bergas

8) Makan makanan berkabohidrat dan kaya dengan serat

9) Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusu bayi

10) Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul

11) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

12) Pam susu sebelum sahur.

13) Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan untuk berpuasa.

14) Amik milk booster.

15) Elakkan terlalu penat

16) Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.

17) Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah


Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak:

Daripada Anas bin Malik: Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi anita hamil dan menyusu (ia meringankan) puasa”.
Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja
Credit
 
 
Advertisements