Kedai vitamin ku

Vitamin Shaklee

Penyusuan susu ibu: Mampukah menyelesaikan masalah sosial?

Kasihanilah bayi ini dia tak bersalah
Selamatkan bayi ini dengan susu ibu

Setiap hari kita disajikan oleh berita berkenaan dengan masalah sosial yang melanda bukan sahaja di kalangan remaja, malah orang dewasa dan di kalangan mereka yang telah berumahtangga. Ini sesuatu yang menyedihkan dan semua pihak masih lagi tercari-cari jalan penyelesaian yang paling mujarab untuk menghentikan semua isu-isu ini.
Ada beberapa pihak pernah melontarkan kemungkinan punca masalah ini berlaku adalah kerana mereka yang terlibat disusukan dengan susu binatang atau susu lembu. Dek kerana itulah mereka berperangai seperti binatang yang tidak berakal untuk membezakan perkara yang baik atau buruk.

Mungkin juga.

Jadi adakah mereka yang disusukan dengan susu ibu dijamin tidak akan langsung terlibat dengan masalah sosial di kemudian hari?
Itu tidak pasti.

Yang pastinya penyusuan susu ibu boleh menerapkan nilai-nilai murni yang mampu mendokong pembentukan sahsiah yang baik.

Bagaimana ia boleh dicapai?

Penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu ibu kepada si anak. Ia lebih kepada jalinan hubungan antara si ibu dan si anak. Rembesan hormon oksitoksin ketika sesi penyusuan dapat mengalirkan perasaan tenang dan membantu melahirkan perasaan kasih dari ibu buat anaknya. Apabila perasaan sayang ini timbul, sudah pasti si ibu tidak akan membuang anaknya. Paling tidak dia pasti akan menyerahkan anaknya kepada orang lain untuk dipelihara daripada membiarkan anak itu di tepi jalan atau di tempat pembuangan sampah.
Polisi penyusuan susu ibu di Malaysia adalah ibu-ibu digalakkan menyusukan anak dengan susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama dan penyusuan diteruskan dengan pemberian makanan tambahan selepas itu sehingga 2 tahun atau lebih. Sepanjang tempoh ini ibu dan anak mempunyai masa yang istimewa yang boleh digunakan untuk menerap dan mendidik anak dengan nilai-nilai murni. Hubungan antara ibu dan anak yang menyusu susu ibu akan menjadi lebih rapat. Ini memudahkan lagi untuk menanamkan rasa taat dan patuh arahan dari ibu.
Fitrahnya ibu mempunyai gerak hati yang kebanyakannya tepat terhadap anak terutama anak yang menyusu dengannya. Semakin lama anak itu menyusu dengan ibunya, semakin kuat gerak hati yang terjalin. Gerak hati ini dapat membantu mengesan gerak-geri anak yang mencurigakan.

Penyelamat bagi anak yang dibuang

Dilaporkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar terbitan tempatan terdapat lebih 400 pasangan yang mendaftar untuk mendapatkan anak angkat di Baby Hatch Centre. Anak angkat boleh bertukar status menjadi seperti anak sendiri dengan penyusuan susu ibu. Ibu-ibu angkat boleh menyusukan anak-anak ini dengan kaedah cetusan laktasi (Induce Lactation) walaupun mereka tidak pernah mengandung. Penyusuan susu ibu dapat memberi peluang kepada ibu angkat untuk mengenal, membina jalinan dan melahirkan rasa sayang. Sekaligus, anak-anak ini berpeluang mendapat khasiat susu ibu dari orang yang menyayanginya.
Masalah ini adalah masalah bersama. Semua orang bertanggungjawab untuk menghentikan gejala ini daripada berterusan. Bagi mereka yang mempunyai anak, susukan dengan susu ibu, didik mereka dengan asuhan alami iaitu memberi pendidikan agama, banyakkan aktiviti bersama anak-anak dan sentiasa menjadi pendengar utama masalah anak-anak bagi mengelakkan mereka keluar mencari penyelesaian kepada masalah mereka.

Sebagai tetangga/jiran/anggota masyarakat, harus peka terhadap keadaan sekeliling, terutama gerak-geri yang mencurigakan dalam anggota masyarakat. Maklumat/peringatan/tindakan awal dapat menyelesaikan banyak masalah. Masih ingat kisah suami yang mengelar leher isteri sehingga maut baru-baru ini? Si isteri telah pun keluar dari rumah meminta tolong dari jiran tetangga apabila suami mula amuk. Jika jiran tetangga yang tinggal berhampiran bersikap peduli, sudah pasti pembunuhan ini dapat dielakkan.

Credit

Advertisements

Awas, Pneumonia Membawa Maut!

bayi2

Masih terbayang berita di dada akhbar pada pertengahan tahun lepas mengenai kematian bayi berusia empat bulan di sebuah taska. Kematiannya adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan disebabkan tersedak susu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, berita ini membuatkan kita terfikir bagaimana perkara itu boleh berlaku. Memang benar, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Namun sebagai hamba-Nya, kita boleh berikhtiar untuk mengelak daripada berlaku.

Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk. Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Credit majalah pa&ma
Wednesday, November 16, 2011

Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik


POLISI
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan

Faedah-faedah Kolostrum1. Kaya antibodi
– melindungi bayi dari jangkitan dan alahan.
2. Kaya sel darah putih
– melindungi dari jangkitan.
3. Kaya Vitamin A dan E
– kematangan usus dan mencegah alahan.
4. Faktor pertumbuhan
– kematangan usus dan mencegah alahan.
5. Sejenis laksatif
– mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi:1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi.
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontiik.
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesaran.
9. Penghadaman yang mudah.

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi:1. Membantu mengecutkan rahim – mengurangkan pendarahan.
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membatu menjarakkan kelahiran.
5. Menjimatkan masa dan wang.
6. Mudah dan tidak perlu persediaan.

Faedah ibu ibu dan anak bersama sepanjang masa (rooming in):1. Dapat disusuikan mengikut kehendak bayi.
2. Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.
3. Mudah meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.
4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu.
5. Mengelakkan bengkak payu dara.
6. Mengurangkan infeksi.
7. Risiko terdedah terhadap diabetes dikalangan bayi, kanser dan jangkitan telinga (Otitis Media)

Kepentingan Penyusuan sepenuhnya (EXCLUSIVE):1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu.
2. Tidak memberi puting tiruan keapada bayi (pecifier).
3. Berikan penyususan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari.
4. Antibodi dalam susu ibu membekalkan perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.
5. Mengurangkan alahan.
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu.
7. Mengelakkan bengkak payudara.
8. Mengeratkan kasih sayang.

Faedah pemberian susu ibu secara “demand”:1. Menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi.
2. Memudahkan ibu menyusu bayi.
3. Mengekalkan penghasilan susu.
4. Mengelakkan bengkak payudara.
5. Meransang pengeluaran susu dengan cepat.

Bagaimana memastikan susu ibu mencukupi:1. Memulakan penyusuan awal dalam masa 1 jam.
2. Memberi penyusuan susu ibu dengan kerap (10-12)kali sehari dan bila-bila perlu (Demand Feeding)
3. Tidak memberi bayi minuman lain selain susu ibu.
4. Makan makanan seimbang dan minuman secukupnya mengikut keperluan.
5. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
6. Menyusu dengan polisi dan pelekapan yang betul.
7. Teruskan penyusuan diwaktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
8. Pastikan tiada puting kosong / puting piring.
9. Makanan tambahan dimulakan pada bayi umur 6 bulan.

Kepentingan penyusuan awal dalam masa 1 jam selepas bersalin:1. Untuk merangsang pengaliran susu yang cepat.
2. Mengelakkan bengkak payudara.
3. Pemberian susu awal (kolostrum) yang kaya dengan protein serta antibodi untuk mengelakkan bayi dari jangkitan.
4. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
5. Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama untuk bayi.

Teknik penyusuan susu ibu yang betul:

1. Pastikan anda selesa (duduk/baring).
2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
3. Sentuh puting anda pada mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tompok hitam (aerola) ke mulut bayi.
4. Dagu bayi menyentuh payudara.
5. Kedengaran bunyi bayi menelan.

Posisi penyusuan yang betul:

Cara memerah susu ibu menggunakan tangan:
1. Letakkan ibu jari di atas aerola dan jari yang bertentangan di bahagian bawah aerola,
2. Mulakan memerah dengan menekan jejari ke arah dada dan picit untuk mengeluarkan susu. Ulang proses ini beberapa kali.
3. Tadah susu ke dalam bekas bersih.
Cara menyimpan perahan susu ibu:
1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup.
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan disetiap bekas simpanan susu.
3. Simpanan susu ibu:-
– di dalam peti sejuk beku tahan selama 3 bulan.
– di bahagian peti sejuk biasa tahan selama 72 jam.
– suhu bilik tahan selama 8 jam.
4. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas ke dalam air suam.
5. Baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula.
Panduan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja:

Hari
Masa
Hari
1 – 3
Hari
4 – 6
Hari
7 – 9
Hari
10 – 13
Sarapan Pagi
7.30 – 9.30 pg
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Minum Pagi
10 – 11.30 pg
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Makan Tengahari
12.30 – 1.30 ptg
Susu Ibu
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Minum Petang
2 – 4 ptg
Susu Ibu
Susu Ibu
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu

Kejayaan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja bergantung kepada kejayaan ibu menyusukan bayinya semasa dalam pantang. Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah sekiranya ibu memahami cara perahan yang betul Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain daripada susu ibu.

Zaman sekarang ni ada bermacam-macam jenis breast pump di pasaran. Pilihlah yang mana mengikut keselesaan dan kesesuaian individu. Dari yang murah sehingga yang mahal. Ada banyak brand seperti Medela, Avent, Spectra dan lain-lain lag

Keburukan susu botol:
1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selesema, demam).
2. Kesihatan ibu terjejas – risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari.
3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.
4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan.
5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang.
6. Mudah tercemar.
7. Kegemukan.
8. Mudah mendapat cirit birit.
Bagaimana susu ibu dihasilkan:

Reflek Oksitoksin
1. Susu hanya akan mengalir jika refleks dirangsangkan.
2. Cuping posterior kalenjar pituitari menerima impuls ini dan merembeskan hormon oksitoksin ke dalam darah. Oksitoksin yang sampai ke payudara menyebabkan otot-otot yang mengelilingi saluran susu mengecut.
3. Pengecutan otot memaksa susu mengalir melalui saluran susu.
Reflek Prolaktin
1. Bayi yang menghisap dipayudara ibu merangsang hujung saraf diputing dan impuls dihantar ke otak.
2. Kalenjar pituitari menerima impuls ini merembeskan prolaktin ke dalam aliran darah. prolaktin ini seterusnya dibawa ke tisu kalenjar di payudara untuk menghasilkan susu.
Credit

Bagaimana Rupa Bentuk Susu Ibu Sebenarnya?

Kalau susu formula atau susu tin tu, senanglah nak tau rupanya kan.. Bergantunglah kepada berapa banyak susu formula yang anda bancuh, jenis susu yang anda gunakan..

Kalau susu ibu ni, macamana pula?

Saya ingat lagi masa awal-awal saya menyusukan Shasha, masa tu saya pun tak tahu, betul ke ada keluar susu ni? Yalah, orang kata ada leaking, saya takde leaking..

Kesimpulannya, saya pun tak pernah tengok rupa susu ibu..

Oleh kerana masa tu tak pasti ada susu ke tak, saya cubalah pam sikit.Keluar sedikit saya pun berenti.. Warnanya cair jer.. Sedikit macam air gula.. Macam air, tapi keruh.. Tapi tidaklah sehingga putih macam air susu..

Lepas tu, saya dah tak kisah lagi dah dengan rupa susu ibu ni..

Tapi bila saya dah mula mengepam susu, saya rasa pelik juga.. Kenapa susu saya warna putih? Sebabnya saya tengok gambar kawan-kawan yang mengepam susu, susu mereka warna agak kekuningan..
Kemudian lagi, bila baca-baca posting dalam kumpulan-kumpulan yang membincangkan tentang penyusuan susu ibu ni, lagi lah saya keliru dan mungkin sedikit risau..

Sebabnya, bila baca ramai yang bercerita tentang susu pekat.. Berapa pekat susu tu tak pula saya dapat bayangkan.. Tetapi lebih kurangnya apa yang disampaikan membuatkan saya difahamkan bahawa susu lebih pekat, ianya lebih baik, anak lebih cepat kenyang..

Berapa pekat sepatutnya susu ibu ni? Macam susu pekat manis ke?

Haaa.. Mesti ramai yang nak tahu juga kan..

 Sekarnag ni saya minum antara 4 – 6 liter air masak sehari..

BAGAIMANA MENGAWAL PENGELUARAN SUSU IBU

Saya pernah bersembang dengan rakan saya mengenai penyusuan susu ibu dan rakan saya terkejut bila mengetahui bahawa saya masih lagi menyusukan Shasha secara eksklusif walapun Shasha sudah berusia 7 bulan.

Rakan saya memberitahu yang beliau hanya dapat menyusukan anaknya tidak sampai 2 bulan.. Ini kerana menurut beliau susunya sedikit dan bayi tidak kenyang..

Soalan saya yang pertama apabila mendengar keluhan beliau adalah:

Masa anda perasan susu tidak banyak tu, memang dah campur FM ya?

Dan memang beliau akuinya yang beliau telahpun mula campur FM sewaktu dalam pantang lagi..
Hakikatnya, susu ibu masih lagi berteraskan konsep supply and demand.

Lebih tinggi permintaan, lebih banyaklah susu dihasilkan..

Payudara adalah kilang membuat susu, bukan stor atau gudang menyimpan susu.. Jadi, kalau perlukan lebih banyak susu, perlu berikan lebih stimulation kepada payudara..

Saya menjelaskan dengan ringkas tentang konsep penghasilan susu ibu kepada rakan tadi..
Apabila kita mendapati susu ibu tidak mencukupi, ramai yang mengambil keputusan untuk menambahkan dengan susu formula..

Tindakan ini adalah amat tidak bijak kerana ianya tidak akan menyebabkan lebih banyak susu dihasilkan.. Sebaliknya, sebaik saja kita mula menambahkan susu formula dalam pemakanan bayi, susu badan akan semakin sikit..

Semakin banyak susu formula digunakan, susu badan semakin sikit..

Kecuali, jika sewaktu susu formula diberikan untuk feeding bayi, kita turut memerah susu badan..
Jadi, rakan saya tadi, memberitahu yang beliau memang memerah sewaktu tidak bersama bayi, tetapi susu masih tidak mencukupi..

Satu perkara yang kita sering lupa adalah keseimbangan. Jika bayi minum susu formula (atau EBM) sebanyak 12 oz sehari, kita juga mesti memastikan yang kita berjaya memerah sekurang-kurangnya antara 12 ke 15 oz sehari..

Lebih tidak mengapa, tetapi kurang dari jumlah yang diminum oleh bayi, sama sekali tidak boleh..
Bukannya sekadar mengira mengikut jumlah feeding bayi.. Contohnya, bayi minum 2 kali (atau 2 botol) sepanjang kita bekerja, maka kita pun memerah cuma 2 kali sahaja..

Kalau hasil perahan sebanyak dua kali itu menyamai dengan jumlah yang diminum oleh bayi, tidak mengapa..
Yang menjadi masalahnya adalah apabila jumlah yang diperah tidak menyamai jumlah yang diminum oleh bayi..

Contohnya, bayi minum 12 oz sehari tetapi kita cuma berjaya memerah 6 oz sehari..

Yang pentingnya adalah setiap hari kita mesti memerah jumlah yang sama dengan bayi minum..
Walaupun bayi mungkin menghabiskan 12 oz dalam 4 kali feeding saja, dan kita pula mampu memerah 2 oz setiap kali sesi memerah.. Jika kita cuma memerah 4 kali sahaja (mengikut jumlah feeding bayi), kita cuma mendapat 4 x 2 = 8 oz..

Maknanya kita akan kekurangan 4 oz lagi..

Tidak boleh tidak, kita perlu menambahkan jumlah sesi perahan untuk mendapatkan 4 oz yang masih berkurangan itu..

Saya pun pernah juga melalui saat-saat susu tidak mencukupi ini..
Tetapi kuncinya adalah mengelakkan dari mengambil jumlah susu yang tidak mencukupi ini daripada stok EBM beku.. Mengambil dari stok EBM beku samalah kesannya seperti menggantikannya dengan susu formula..

Ini kerana badan anda menerima pesanan susu ibu yang sedikit, tetapi anak tidak menerima pesanan yang sama..

Keseimbangan antara supply dan demand telah hilang..

Apabila keseimbangan hilang, maka jumlah susu yang dihasilkan tidak lagi mencukupi untuk anak..
Semakin kita menggunakan sumber lain menampung jumlah susu yang kurang, maka semakin berkuranganlah susu yang dihasilkan..

Bagi saya, saya akan memastikan jumlah susu yang diperah setiap hari mencukupi atau lebih sedikit daripada apa yang akan saya bekalkan untuk Afiah pada keesokan harinya..

Sekiranya ia tidak cukup, saya akan menambahkan sesi memerah dengan melakukan tandem nursing (sebelah menyusu, sebelah memerah) sepanjang malam bagi mencukupkan jumlah susu untuk Shasha Hasilnya setakat ini memang susu akan sedikt lebih pada hari-hari yang berikutnya.. Mudahkan?

Di samping itu saya juga ada mengambil vitamin Shaklee untuk menambahkan susu badan. Vitamin Shaklee banyak membantu saya menjayakan penyusuan susu ibu. Disamping minum air suam yang mencukupi dan makan yang cukup.



B ComplexB Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C) Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen, bertindak sebagai anti-oksidan, bertindak mengikut pelepasan masa. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Vitalea (Multivitamin)Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa (Milk Booster)Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE
Berminat sila hubungi saya di 012-8844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com. Terutama yang berada di Sarikei, Sibu atau dimana sahaja anda berada….
Credit

Bagaimana shaklee membantu suami-suami yang merokok

Apa yang sesuai untuk mereka2 yang merokok? Supplemen shaklee ada penawar???? siapa ah yang tak sayang suami.. yer tak…. saya tahu nak berhenti merokok ni perlu kekuatan minda dan fizikal… hmm..ni bukan nak membebel pasal rokok yer.. ni saya nak share.. banyak2 vitamin Shaklee.. faveret suami kawan saya Cery adalah vitamin C…bermula dgn vitamin C…dah hampir 5thn.. yang lain2 Cery kasi la gak mcm alfalfa, lecitin, fiber.. tapi vitamin C suami dia suka… dia sendiri admit.. kuar kahak hitam bile mkn vitamin C lepas merokok…

cuba buat experiment ni…”masukkan sebiji Vit C Shaklee ni kedlm air yg berisi air putih + beberapa titik iodin (kalo dlm paru2,yg hitam ni nikotin)…. lepas tu kacau air dlm gelas tu… jadi jernih air dlm gelas tu… amazing..

jadi pada2 ibu2 diluar sana yang beli Trial Pack boleh add on another 30tabs of vitamin C for your hubby… kalupun dia tak smoking.. vitamin C yang extra ni utk ibu2 gak..sebab kalau anak kita demam..or kita flu..kita akan makan lebih vitamin C……dan kalau nak menjaga kesihatan kulit.. boleh mkn vitamin C lebih dari sebiji sehari gak… tak cukup 30biji dlm trial pek tu..hehe..

Purchase any trial pack and add on 30’s Vitamin C for only  RM18
atau …
sebotol (mengandungi 180biji) cuma rm84 (plus delivery and 15%discount)


sekilas fakta, Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It’s made from all natural vitamin C sources (citrus fruits)..Functions of Vitamin C: –
  • membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan 
  • Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan. 
  • membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
  • membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka
  • membina kalogen untuk kulit yang sihat
  • bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan
  • meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging 


Berminat hubungi saya di 012-8844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com.

 
Credit dari ibuqiqi

Kepentingan susu ibu


Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal FeedsLazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006