Halalkah produk Shaklee….

Sebagai pengguna Muslim, kita mempunyai hak untuk bertanya status halal haram sesuatu produk jualan tersebut, lebih-lebih lagi jika produk tersebut bakal menjadi darah daging kita (untuk di makan). Dan, memang sewajarnya kita yakin sesuatu produk itu HALAL, sebelum kita masukkannya ke dalam mulut. Setuju?


Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee…


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM


Boleh baca dengan lebih lanjut di sini.
Semasa berada di luar negara dahulu, setiap kali membeli belah barang dapur, saya akan membaca ingredients produk tersebut dari mula sampai habis. Setiap produk! Walaupun dah selalu beli produk tersebut, saya masih lagi akan membaca ingredients nya kerana khuatir tiba-tiba pengeluar mungkin menambah ekstrak b4b1, lemak haiwan dan sebagainya. Makanya, mata memang dah macam scanner, laju jer baca bahan-bahan tersebut. Dah jadi habit!

Pengalaman tersebut membuatkan saya sangat menghargai kemewahan hidup di Malaysia nie. Produk Halal mudah diperolehi bila-bila masa. Namun, kita tak boleh alpa. Hak sebagai pengguna Islam perlu digunakan semaksimum mungkin.

Sehingga kini, kami masih lagi bertanya kepada waiter/ waitress setiap kali mencuba makan di restoran baru di pasar raya utama. Biasanya mereka sangat memberikan kerjasama, dan akan menunjukkan sijil halal restoran mereka/ supplier mereka kepada kami.

Dan, tidak semestinya sijil HALAL ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM sahaja. Sesetengah pengusaha restoran mendapatkan sijil halal dari badan bertauliah yang lain. Maka, sebagai pengguna Muslim yang bijak, kita perlu banyakkan pembacaan.

Ironinya, orang selalunya (termasuklah kami) tak pernah meragui status halal kedai makan Mak Minah ker, Restoran Mamat ker, Warung Pak Ali tepi jalan ker. Isu Halal Haram akan dipersoalkan apabila kedai makan tersebut mula melebarkan sayap (buka banyak branch) di seluruh Malaysia, ataupun mula mencipta nama menjadi kedai makan tersohor di tanah air.

SHAKLEE & STATUS HALAL

Produk Shaklee juga tidak terlepas dari menjadi bahan perbincangan, mengenai status ke”HALAL”an nya. Ada yang menyatakan produk Shaklee HARAM, setelah menghubungi pihak tertentu yang belum diketahui sahih kewujudannya. Peliknya, mengapa tidak menghubungi cawangan sah Shaklee di dalam Malaysia?

Bukankah kita sedang bercakap mengenai produk Shaklee yang dibuat di luar negara TETAPI dipasarkan di dalam Malaysia?

Buat pengetahuan, produk Shaklee yang di pasarakan di dalam Malaysia, adalah tidak sama dengan yang di pasarkan di negara lain. Contohnya, di Malaysia hanya menjual Vita-E with Selenium. Namun, di Jepun, terdapat 3 jenis Vitamin E Shaklee – Vitamin E, Vitamin E Plus, dan Vitamin E with Selenium.

Inilah Shaklee Vitamin E dengan Selenium yang dipasarkan oleh Shaklee Malaysia:

Ini pula Shaklee Vitamin E yang dipasarkan di Jepun:

*Pic courtesy from Shaklee Japan.

Dari gambar pun sudah berbeza bukan?

Jadi, jika anda meragui kapsul bovine gelatin yang digunakan oleh Shaklee Malaysia untuk pasaran Malaysia, wajarkah anda menghubungi pihak Shaklee Jepun (sekadar contoh) untuk penjelasan lanjut?

Sebagai pengguna dan pengedar Shaklee, sehingga ke saat ini, saya sangat yakin dengan status HALAL Shaklee.

Jika anda ragu-ragu, boleh pergi ke mana-mana cawangan sah Shaklee di seluruh Malaysia (Shaklee tiada stokis, Shaklee branch hanya di 7 tempat ini sahaja, selain daripada Independent Distributors) – Subang, Wangsa Maju, Johor Bahru, Ipoh, Penang, Kota Bharu dan Kota Kinabalu – dan lihat sendiri Sijil Halal yang diperolehi oleh Shaklee. Jangan malu-malu untuk bertanya dengan staf Shaklee jika ada sebarang kemusykilan.

Shaklee HALAL.

Shaklee halal atau haram, status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.

Beberapa fakta tentang status halal Shaklee:

* Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
* INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
* JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

United States of America Islamic Services America

Dari website Jurnal Halal

# ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah sebuah badan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.

6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.

dari website rasmi JAKIM

# Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.

Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia
KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.

Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

Julie Yeap, general manager of the company, said Shaklee Malaysia had realised strong double-digit sales growth last year and expected this positive trend to continue next year.

She said Shaklee Malaysia would launch hair-care products and indoor air purification systems next year.

Maka gunakan Shaklee tanpa was-was ya🙂 Shaklee juga merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa bezanya Shaklee dengan supplement lain? Ia adalah produk dari bahan semulajadi yang amat sesuai dengan tubuh manusia. Secara amnya ada 3 jenis supplement:

1. Yang dibuat dari bahan natural dan semulajadi.
2. Yang dibuat dari bahan sintetik.
3. Yang dihasilkan dari tindakbalas kimia bahan-bahan kimia tertentu.

Jadi selain status halal, periksalah jenis vitamin yang anda ambil kerana jenis ke-2 dan ke-3 di atas boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan, seperti:

* Badan tidak mampu berfungsi secara mandiri sebaliknya memerlukan ‘vitamin’ tersebut untuk bekerja.
* Memberi kesan kepada organ dalaman seperti otak dan buah pinggang.
* Mengubah DNA sel badan dan membuatkannya cepat rosak.

Carilah yang halal, kerana yang halal itu fardu. Dan pilihlah yang dibuat dari bahan semulajadi, kerana ia paling sesuai dengan tubuh kita.

Owh, dah alang-alang melawat ke Shaklee branch tue, boleh sajer teruskan pembelian produk Shaklee dengan menggunakan Shaklee ID (869586) untuk mendapatkan harga diskaun istimewa. (^_-)

Credit kak salwa, lyna dan genki mama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s