Wow..hebatnya set breastfeeding shaklee

Assalamualaikum…

Sejak semalam dah cuba ambil shaklee set B. Awal-awal beli trial dulu. tapi memang dah teruja, rasa nak beli terus full-pack+ESP tapi tunggu fulus masuk dulu la.

Semalam, tak perasan sangat perubahan, mungkin sebab cuti dan sibuk bercinta dengan suami. tapi still sempat pam dua kali di rumah. petang tu kami ke midvalley beli barang baby. sekarang ni memang tengah obses dengan barangan baby. beli first toy untuk muadz tapi lupa ambil gambar. lain kali la ye.ok, berbalik kepada topik. saya ambil vitamin B dan vitamin C selepas sarapan. tak lama kemudian terasa macam B membengkak sedikit. tak makan pun lagi alfalfa. mungkin sebab mind-set kot. dah ada dalam mind-set shaklee ni buat susu banyak. by 9.30 dah terasa sakit sikit. biasa pam jam 10.45 pagi. itupun takde rasa sakit.

Banyak? tak tau la. sebab tu dari belum masuk kerja punya. dari akhir bulan 5. so ada yang 2oz, 2.5oz, 3oz dan 5 oz. dan sebab ni first time nak buat stok susu sangatlah tak reti. hmm…guna plastik lagi jimat ruang rupanya. lepas ni semua masuk plastik je la. maybe boleh jimat ruang dan jimat wang. kalau tengok tak fully penuh pun lagi sebab kat bahagian pintu tu tak penuh. tapi ada yang kata tak berapa elok letak kat situ. dan kesian pula hubby takde space nak letak aiskrim dia.

tak boleh bayangkan macam mana nak pindah rumah nanti. dan tak boleh bayangkan macam mana kalau peti ais satu pintu tu dah tak boleh pakai. takpelah, pikir kemudian.

Credit

Berminat…sila hubungi saya di 012-8844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com. Sekiranya anda berada berdekatan dengan pusat Shaklee anda boleh gunakan ID saya 869586.
 

Set Shaklee untuk Ibu Hamil

Saya menerima pelbagai respon dari mereka yang mengambil Set B (Breastfeeding).

Ada yang berhenti mengambil set ini sebaik saja didapati hamil dan mereka merujuk kepada saya “Bolehkah set/vitamin ini diambil semasa hamil?”.
Jawapan saya ialah “Sangat boleh!”

Walaupun dinamakan Breastfeeding Set, tapi ia bukanlah milk booster seperti produk2 lain di pasaran. Shaklee adalah vitamin natural yang dalam keadaan biasa, amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Hakikatnya tak ramai yang tahu bahawa kita memakan buah, sayur, ikan, ayam, adalah untuk mengambil intipati atau vitamin dan galian di dalam makanan itu.Tapi kebanyakan kita makan untuk rasa sedapnya.

Bagi memastikan kita semua mendapat bekalan vitamin secukupnya untuk badan dan minda yang sihat, itulah pengambilan vitamin tambahan ini sangat2 utama.
Jadi bagi mereka yang didapati hamil, amat2 memerlukan vitamin tambahan. Jika ke klinik pun kita dibekalkan dengan vitamin seperti asid folik, obimin dan sebagainya sepanjang kehamilan.

Namun, jika anda mahukan sesuatu yang LEBIH BAIK, maka bertukarkan kepada Shaklee kerana ia memang lebih baik, malah jauh lebih baik dari vitamin sintetik di pasaran.

Saya sendiri telah mengamalkan vitamin Shaklee sejak hamil anak pertama sehingga sekarang.

Apa yang saya amalkan semasa hamil:
Set A (optimum set)
Energizing Soy Protein
Ostematrix
Omega Guard

Alhamdulillah bayi saya dilahirkan sihat dan kelahirannya juga dipermudahkan. Walaupun pada malam bulan puasa, dan saya berpuasa pada siang harinya, tanpa sempat berbuka puasa (mulai contraction waktu petang), kelahirannya pada jam

Berminat..bolehlah sms atau pertanyaan di 012-8844580, email saya di hasheena73@gmail.com

Credit

Isi borang ini untuk harga dan lain-lain pertanyaan

Nak kurus…pening tak tau cara…shaklee ada jawapannya.

Vitamin Shaklee untuk kuruskan badan

Sejak balik dari mengikut suami outstation, saya dapat merasakan badan saya tambah berisi. Walaupun bila ditimbang naik +- 1kg tp bila tengok cermin nampak muka tembam ja. Perut pun ke depan lebey, cam pregnant berapa bulan tah. Oh tidak, sudahlah weekend ni ada award night untuk pencapaian dalam Shaklee

Jadi, kalau sebelum ni saya hanya mengambil vitalea, lecithin dan alfalfa untuk tujuan menjaga berat badan, kini saya up lagi.Dalam program slimming/detox trial pack terdiri dari herb lax, lecithin dan alfalfa.

Ketiga-tiga ini membantu dalam proses percernaan dan detox. Jadi saya pun tambah herb lax dalam senarai supplement saya. Untuk membantu diet saya juga, saya akan displinkan diri mengambil cinch shake mix dan energizing soy protein. Sebenarnya cinch shake mix dan herb lax tak disarankan untuk ibu menyusu anak kerana khuatir anak akan cirit birit. Namun, dari pemerhatian saya, anak saya yang berusia 15 bulan tu, tak ada mendapat kesan-kesan sampingan dari slimming series yang saya baru mulakan ini.

Cinch Shake Mix bukan sekadar memberi rasa kenyang. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Jadi leusina ini akan membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot.

Ini bermakna, hasilnya nanti badan akan berat dengan otot bukan berat dengan lemak.Namun, untuk ibu menyusu di luar sana, jika ada kekhuatiran boleh ambil energizing soy protein untuk menggantikan cinch shake mix. Saya sendiri telah mengalami kesan positif dengan pengambilan ESP secara teratur semasa Ramadhan tahun lepas. Memang time raya tu, rasa best dan orang perasan perubahan diri yang kembali maintain selepas melahirkan anak kedua.Ramai yang bertanya tentang Shaklee slimming series atau ada tak trial pek.

Sebernanya Shaklee weight management mengajurkan Cinch sebagai solution. Namun, kami memberikan pilihan yang lain bergantung kepada budget dan situasi anda.Antara produk yang membantu dalam program diet adalah seperti-Cinch Shaklee Mix-Cinch Energy Tea Mix-Energizing Soy Protein-Lecithin-Alfalfa-Herb Lax-Fiber-VitaleaBanyakkan? Bukan semua anda perlu ambil. Ia bergantung kepada keadaan kesihatan dan berat anda juga. Antara senario dan cadangan supplement seperti:Jika anda tidak gemuk, cuma sekadar nak maintain berat badan ideal, saya mengesyorkan

Alfalfa, Vitalea dan Lecithin.Jika anda sudah agak berusia, mengalami pertambahan berat badan yang serius, berisiko untuk diabetis dan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, cadangan saya
Alfalfa, Fiber dan Herb Lax

Tambahan Vitalea dan Lecitin jika berkemampuanJika anda nak kurangkan berat badan tapi sukar mengawal nafsu

Lecithin dan Cinch Shake MixJika anda ibu menyusu dan hendak kurangkan berat badan, pilihan yang ada mengikut budget

Set B
Set B + ESP
Set B + ESP + Lecithin

Kalau anda tak ada masalah budget, silalah beli semua senarai di atas. 😀

Credit

Penghantaran Pos Laju Percuma seluruh Malaysia. Sila emel saya di hasheena73@gmail.com atau contact saya di talian (sms/whatsapp) 012-8844580.
 

Untuk pertanyaan harga dan sebagainya isi borang dibawah

Mencerahkan dan menganjalkan payudara

Sebelum masuk ke entry kali ni. Perkara ni sentiasa bermain di minda saya.

Yelah, saya sebagai seorang breastfeeding mommy..sudah tentu pada masa yang sama sebagai isteri kepada seorang suami. Risau one day suami komplen nanti..huhu..jadi awl2 dah kena ambil tindakan.

So hari ni saya nak share tips untuk kekal “bergaya” di mata suami walaupon kita breastfeed.

Credit

Ramai lagi golongan ibu yang khuatir jika menyusukan anaknya, si ibu akan mengalami kekenduran payudara atau kata lain hilang keanjalan payudara.Adakah benar ini akan terjadi?Begitu juga ada segelintir wanita yang takut untuk melahirkan anak, atas alasan ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

Namun tidak dinafikan golongan kecil ini takut mengalamai perubahan yang drastik terhadap bentuk tubuh badan mereka setelah melahirkan zuriat mereka. Sedarkah kita kaum ibu, apabila melahirkan anak, warna aerola atau sekitar kawasan nipple akan berubah menjadi gelap dan makin ramai anak yang dilahirkan maka akan lebih gelap kawasan tersebut dan ada yang berubah kepada warna kehitaman.

Memang benar ada wanita yang melalui fasa yang sedikir getir apabila menyusukan anak, bentuk payudaranya hilang keanjalan. Namun bukan semua melalui fasa ini. Jika kita mengambil langkah awal menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan serta penyusuan insyaALLAH masalah perubahan warna puting dan keanjalan akan dapat diatasi.Percayakah kalian bahawa pengambilan vitamin E 400 iu beserta selenium dan ESP membantu mengatasi masalah ini?Cuba baca petikan testimoni ini :

” Then search pasal nk tmbh susu tetiba jumpa blog Ita, tu yg try Set F tmbh ESP sbb masa tu br beli vitamin2 dr farmasi. Alhamdulillah.. hari pertama amik ESP dgn Alfalfa susu naik balik kepada 3oz dr 1oz hari sebelumnya. Dua ari lepas tu susu naik lagi dr 3oz kpd 5oz skali pam. Punya la suka.. Masa tu minum ESP 1x sehari dan 2 biji Alfalfa. Pikir nk jimat pun ada gak sbb baru renew insuran dan roadtax keta 🙂

Lagi satu saya suka (segan nk bgtau ni) sbb nipple lepas bersalin anak pertama tambah gelap.. smp anak ketiga ni lagi gelap.. TAPI sejak amik Vitamin E dr Ita aritu nipple kurang gelap dan skang ni nipple agak cerah (mcm ms blum kawin).. X sangka plak Vitamin E tu blh mencerahkan nipple.. plan amik untuk cantikkan kulit muka je sbb dh mula kusam.. tp result muka dh mula berseri sikit dr sebelumnya dan siap extra benefit lg.. “ESP membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya.

Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan.

Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang baik.

So, apa tunggu lagi? Mari dapatkan vitamin E dengan add on mana2 pek mini dengan hanya RM37 sahaja dan ESP RM131. Pilihan ditangan anda!

Boleh membuat pesanan ke hasheena73@gmail.com atau sms 012-8844580.

 

Kurangkan komplikasi semasa meneran- Kepentingan kalsium untuk wanita hamil

Credit

Salam Bahagia,

Sebelum ini saya pernah kongsikan tentang Kepentingan Kalsium dalam diet seharian : Osteoporosis penyakit senyap & Serius. Mengapa terjadi dan bagaimana mencegahnya?

Jom hari ini kita baca sedikit satu atikel dalam akhbar Kosmotentang kepentingan Kalsium untuk wanita hamil.

*****
Kurangkan komplikasi semasa meneran

Oleh NIZHA PERIASWAMYnizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan.

Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad. Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka.

Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asliKata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang.

Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsiumKehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Anda bagaimana?

So, saya nak share pasal OsteMatrix SHAKLEE.

– membantu mengurangkan risiko osteoporosis
– membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat
– membantu mengekalkan tekanan darah normal
– membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf
– mengurangkan simptom PMS (senggugut)

Kelebihan OsteMatrix SHAKLEE :

– 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi (highly concentrated) dan mudah diserap
– 400 mg (100% DV) magnesium bergabung dengan kalsium untuk kekuatan tulang
– 400 IU (100% DV) vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.Yeah, 3 dalam 1!
Dapatkan Euphoria Preggy set (Set penyusuan Shaklee plus Calcium -Ostematrix-) hanya RM130.

Hubungi saya di hasheena73@gmail.com atau sms 012-8844580. Dapatkannya hari ini!

Untuk pertanyaan harga isi borang dibawah

 

Penawar terbaik untuk bayi demam kuning

Credit

Malam ahad lalu saya menerima pesanan ringkas melalui handphone dari seorang teman yang dah lama tidak saya temui…. Beliau bertanya tentang pengalaman saya menjaga anak saya kuning (selepas lahir). Saya menjawab mesej tersebut dengan ringkas dan padat. Namun jauh di sudut hati saya tertanya-tanya mengapa beliau bertanya demikian adakah beliau sudah bertambah ahli keluarga atau kerana lain.

Mungkin beliau juga rasa apa yang terdetik di hati saya kerana tidak lama selepas itu teman saya ini memberitahu tentang kawannya yang mengalami masalah yang sama tetapi lebih kritikal kerana anaknya yang baru dilahirkan selama 8 hari telah diletakkan bawah lampu biru di hospital kerana bacaan kuning melebihi 30.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah bilangan billirubin dalam darahnya sangat tinggi dan melebihi paras normal.Saya meminta izin teman saya untuk bercakap sendiri dengan kawannya dan beliau menyatakan tiada masalah namun saya lebih selesa jika teman saya memberitahu kawannya lebih awal agar kawannya tidak terkejut menerima panggilan dari saya. Selepas setengah jam berlalu, telefon bimbit saya berbunyi dari nombor yang tidak saya kenali.

Rupa-rupanya panggilan dari kawan kepada teman saya yang lebih mesra dikenali dengan Jue.Jue menceritakan masalah yang dilalui oleh anaknya. Jue meminta pandangan saya adakah baik untuk memberi anaknya susu kambing demi merawat demam kuning yang dilalui oleh anaknya. Memandangkan ini anak pertama Jue dan secara langsung keluarga Jue mahupun keluarga dari pihak suami Jue tidak pernah melalui pengalaman ini maka Jue terpaksa mencari alternative lain untuk menyelesaikan masalah anaknya ini. Memandangkan saya pernah melalui situasi yang sama dengan Jue, saya menasihatkan Jue untuk memberi susu ibu sekerap mungkin.

Saya juga mengesyorkan agar Jue mengambil supplement demi membantu meningkatkan immune system anaknya di samping meningkatkan pengeluaran susu badan untuk anaknya. Saya berani untuk rekomen produk yang saya makan dan tanpa banyak keraguan Jue mencubanya. Pada malam itu juga ibu mertua saya menghantar supplement kepada Jue iaitu ESP, B Complex dan Vit C di hospital.Pada hari isnin petang Jue menelefon saya memberitahu bacaan kuning anaknya semakin meningkat iaitu 34. Jue meminta pandangan saya , adakah elok untuk beliau membawa pulang anaknya ke rumah dan merawat menggunakan cara tradisional. Selepas saya berbincang dengan teman baik saya doctor Siti Munirah, saya memaklumkan kepada Jue agar meneruskan treatment di hospital sahaja.

Saya meminta Jue berhenti untuk mengamalkan pengambilan makanan seperti lada hitam, halia dan kunyit kerana sepanjang pengetahuan saya inilah antara punca kuning anaknya semakin meningkat. Alhamdulillah Jue tidak berputus asa. Beliau terus dengan pengambilan supplement yang saya syorkan. Saya meminta Jue meningkatkan kekerapan penyusuan kepada bayinya itu. Jika sebelum ini Jue menyusukan antara 2-3 jam untuk satu sesi tetapi saya meminta beliau menyusukan sekerap yang mungkin agar bayinya dapat bekalan air yang mencukupi untuk mengurangkan bilangan billirubin dalam darahnya.

Saya yakin selalunya penyakit hendak pergi memang mengambil masa. Petang Selasa saya pula menelefon Jue untuk bertanyakan khabar anaknya. Jue dengan nada gembira memberitahu kuning anaknya turun kepada 26. Alhamdulillah satu peningkatan yang memberansangkan. Rabu petang saya menerima mesej Jue menyatakan kuning anaknya semakin beransur kurang dan doctor mengizinkannya membawa bayinya yang comel itu pulang ke rumah. Jue juga memberitahu bahawa doctor impress kerana berat anaknya ada peningkatan dalam beberapa hari ini.

Saya dapat membayangkan kegembiraan yang Jue lalui semasa itu. Semoga usaha Jue untuk memberi anaknya susu ibu berjaya ke tahap yang dapat membanggakan dirinya sebagai seorang ibu muda yang sabar melalui dugaan penyusuan.Hakikatnya bukan mudah untuk bergelar ibu bapa yang berjaya namun dengan sedikit usaha, kesabaran dan ilmu, seseorang itu pasti berjaya!!!!

Boleh hubungi saya di hasheena73@gmail.com atau sms ke 012-8844580 untuk konsultasi percuma.
Klik sini untuk Harga

ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini ialah testimoni Mommy Lyna yang saya ambil dari blog beliau…jom baca pengakuan benar beliau.


Saya telah mengambil supplement Shaklee sejak mengandung anak pertama, dan meneruskannya hinggalah sekarang. Dan antaranya saya mengambil Energizing Soy Protein, sejenis minuman protin soya non-GMO dari Shaklee.

Soy Protein (kiri) bersama adik tirinya, Performance Drink

Sekarang ni saya biasanya ambil soy protein di waktu malam. Walaupun ada tips rahsia untuk membanyakkan susu ***RAHSIA NI HANYA BOLEH DIKETAHUI BILA ANDA HUBUNGI SAYA JE*** tapi saya jarang buat.. sebabnya, saya tak suka bancuh2 air kat office (Sebab malas. AAK?), kemudian saya pernah le buat dulu.. 2 kali buat, 2 kali saya demam (demam susu sebab banyak susu tak ter-pam). So tanpa mengamalkan tips rahsia tu, OK je la susu saya hari2 pam dapat 24 oz.. iaitu 4 oz x 6 container. 4 saya letak dalam botol, simpan fresh dalam fridge; 2 lagi masuk freezer utk stock. Esoknya bekalkan Danny dengan 4 botol yang fresh to dengan satu frozen dari stok lama. So everyday saya ada extra 4 oz untuk stock.

Tapi, dalam 2-3 menjak ni susu perahan saya jadi bertambah banyak. Sampai tak cukup botol. Dan biasanya saya pam 30 minit untuk penuhkan kedua2 botol (saya guna pam double- Medela Freestyle).. tapi semenjak itu 15 minit dah melimpah ruah (serius melimpah ruah sampai basah kainkuuu). Dan dapat bekalkan 100% fresh milk tanpa usik bekalan untuk stash!

Tahu kenapa? Sebab saya ambil Energizing Soy Protein ni….***wah ada rahsia ni*** ni tak sama dengan RAHSIA yang kat atas sana tau. Kalau nak tahu apa dia rahsianya, dapatkan dulu satu canister Soy Protein Shaklee dengan harga istimewa. JIMAT RM11 dari biasa tau! Hanya untuk minggu ni je, cepat2 jangan ketinggalan!

Sama ke kalau ambil Soy Protein Shaklee ni dengan minuman soya lain, especially yang beli kat kedai tu. Jawapannya sudah tentu TIDAK. Saya dah pernah cuba, instead of minum Soy Protein Shaklee, saya minum soya lain… tapi Soy Protein Shaklee works wonder.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan satu canister ESP dengan penghantaran PERCUMA.


Boleh email kepada saya di hasheena73@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-8844580 untuk konsultasi percuma.